Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2018

kau atau AKU

Terlalu banyak persoalan, banyak sangkaan, banyak tangisan dan kekecewaan jika berlaku musibah atau keadaan yang tidak membahagiakan.  Tetapi pulangkan semula persoalan itu kepada Siapa Yang Berkuasa dan menemtukan takdir , qada dan qadar , yang mengizinkan kejadian, sebarang keadaan pada ketika itu?  Siapa yang berkuasa Allah atau hamba? Jika sudah jelas maka tiada  keperluan lagi menitiskan airmata, menyalahkan takdir, bersangka buruk, kerana kita sudah menyaksikan KekuasaanNya tidak mampu ditebus dengan apa jua desakan, paksaan dan airmata.  Jadi, memohon lah  pertolongan denganNya , menadah kedua tangan memohon dan bermunajat , mengakui diri adalah lemah jika tidak diberi pertolonganNya, merasa diri yang  tiada apa-apa yang boleh persoalkan lagi, meminta tolong kepada Allah, tiada ada jalan lain selain pertolonganNya diharap-harapkan.  When i been test by The  Almighty The All-Powerful, I realise one thing i always forget   , about...

Ketenangan Hati

Benarlah,  dengan mengingatiNya hati menjadi tenang. Sungguh, jiwa yang tidak ada lagi kehidupan lain didalamnya kecuali jiwa yang  hidup dengan sifat tenang itu sendiri.  Terpersona  memerhati segala   keindahan  disebalik ciptaanNya yang bergerak mahupun tidak bergerak, membaca setiap gerakkan alam yang patuh mengikut peraturan. Kenapa perlu menunggu syurga sedangkan syurga itu sudah ada disini dialam ini.  Jiwa yang tenang itulah syurga yang kita cari-cari. Bagaimana hendak mendapatkan syurga itu?  Bukan mudah    merasakan ketenangan yang meresap hati itu.  Bukan mudah merasakan ketenangan hati yang merasuk sanubari sehingga mabuk dengan kedamaian itu.  Bukan mudah jika tidak menjiwai keihlasan hati. Tetapi bukan mustahil untuk memiliki  hati yang setenang itu. Kerana hati itu berada  didalam genggamanNya maka Dia sahajalah yang memberi nur dan hidayah dihati sanubari hamba-hambaNya. Jauh lagi perjalanan ,...