Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2018

Dare to fail

Gagal adalah satu istilah yang paling tidak mendapat tempat dihati. Tiada seorang pun mahu kegagalan dalam apa jua bidang dan perihal kehidupan. Gagal boleh lah diusul sebagai  sifat lawan berjaya dan unsur kegagalan selalunya apa yang dirancang tidak berhasil, dari segi pelan perancangan, strategi dan juga usaha yang tidak menjadi.  Dari segi islamik, kegagalan boleh disifatkan sebagai tiada rezeki, tiada keizinan dariNya. Istilah kegagalan yang bersangka baik, bukan takut  kegagalan  tetapi takut untuk mencuba, takut untuk mengambil risiko atau dari segi istilah islamik tiada sifat tawakal, tidak berusaha dulu kemudian berdoa bukan berdoa sahaja tiada usaha. Jika disenaraikan, ada berjuta kegagalan.  Dari segi islamik, semuanya adalah ujian belaka.  Semuanya ujian dari Allah swt.  Kenapa?  Supaya kita menjadi  kuat. Bermakna, kegagalan adalah ujian supaya latihan memantapkan mental dan fizikal yang bermutu dapat membentuk sahsiah dan ...