Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2019

Pertunangan dan mungkir janji-kahwin

Pertunangan dan mungkir janji-kahwin Bertunang bermaksud mengikat janji untuk menjadi suami-isteri. Pertunangan adalah tanda persetujuan oleh kedua-dua pihak untuk membina sebuah rumahtangga.  Dalam islam, pertunangan adalah bagi tujuan mengenal akhlak dan sifat pasangan sebelum diadakan akad nikah serta persiapan diri masing-masing sebelum berkahwin. Riwayat Al-Tirmizi “Lihatlah perempuan itu dulu kerana ia akan lebih mengekalkan kasih sayang antara kamu berdua”. S.15 Akta undang-undang kelaurga Islam (Wilayah Persekutuan) memperuntukkan pertunangan mengikut undang-undang yang sah. S. 15 pertunangan dalam syarak sama ada secara lisan atau bertulis, sama ada secara bersendirian atau perantaraan.. Maka ia adalah dianggap suatu perjanjian yang sah. Riwayat Bukhari “Orang islam terikat dengan syarat perjanjian mereka kecuali perjanjian untuk menjadikan perkara haram halal dan halal haram”. S.15 jika pertunangan itu diputuskan, pihak yang satu enggan berkahwin tanpa ...

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia penyelaras undang-undang syarie

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) Mahkamah syariah adalah terletak dibawah bidangkuasa kerajaan negeri. Setiap negeri di Malaysua berkuasa untuk menubuhkan dan mentadbir Mahkamah Syariah dalam soal hukum syarak  dan undang-undang islam.  Pentadbiran undang-undang islam di Malaysia seperti yang dinyatakan dalam perkara 74 dan 75 dalam perlembagaan Persekutuan berkaitan hal-hal perkara undang-undang Persekutuan dan Negeri. Perkara 74(2) badan perundangan negeri boleh membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara dalam senarai Negeri (Jadual kesembilan Senarai kedua) atau Senarai Bersama .   Perkara 75 menyatakan jika mana-mana undang-undang Negeri tidak selaras dengan undang-undang Persekutuan maka undang-undang Persekutuan mengatasi undang-undang Negeri dan undang- undang negeri tidak sah adalah setakat yang tidak selaras itu. Penubuhan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) pada tahun 1988 adalah bertujuan sebagai Penyelaras iaitu menyelar...

Bidangkuasa Mahkamah Syariah di Malaysia

Bidangkuasa Mahkamah Syariah di Malaysia Pindaan perlembagaan 121(1A) memperuntukkan apa-apa bidangkuasa mahkamah syariah adalah berasingan dari Mahkamah Sivil dan kuasa Mahkamah Persekutuan dalam perkara 121(1). Mahkamah syariah ialah institusi kehakiman yang membicarakan serta menjatuhkan hukuman bagi kesalahan sivil dan jenayah keatas orang islam mengikut bidangkuasa yang diperuntukkan kepadanya.   Peranan Mahkamah syariah adalah melaksanakan keadilan mengikut hukum syarak yang diberikan oleh undang-undang dan dibawah perlembagaan seperti dalam Jadual ke sembilan senarai kedua. Antara bidangkuasa Mahkamah syariah adalah: 1. Bidangkuasa undang-undang Mal (sivil) 2. Bidangkuasa undang-undang jenayah 3. Bidangkuasa semakan kehakiman Bidangkuasa sivil * perkahwinan, pertunangan, pembubaran dan penceraian perkahwinan *wasiat dan pembahagian harta pusaka  * tuntutan nafkah, harta sepencarian dan penjagaan anak * wakaf, nazar, hibah dan lain-la...