Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2019

Nasab dan Status Anak Tidak Sah Taraf

Perkahwinan dalam Islam Perkahwinan adalah amanah Allah swt. Untuk menyempurnakan amanah Allah itu ia memerlukan lima rukun iaitu: 1.        Calon suami 2.        Calon isteri 3.        Wali 4.        Dua orang saksi 5.        Sighah ijab qabul Jika kekurangan salah satu rukun itu maka perkahwinan itu tidak sah .   Oleh kerana wali merupakan salah satu syarat sah nikah maka bukan semua orang boleh menjadi wali. Syarat-syarat sah menjadi wali ialah: 1.         Islam 2.         Baligh (sekurang-kurangnya sudah berumur 15 tahun). 3.         Berakal - Orang gila, mabuk dan orang yang sangat bodoh tidak sah menjadi wali. 4.         Lelaki - Orang perempuan tidak sah menjadi ...

Harta Pusaka Islam

HARTA PUSAKA Harta Pusaka ialah harta yang ditinggal oleh seseorang yang mati untuk diwarisi oleh ahli keluarganya serta yang lain. Harta yang dimaksudkan itu ialah segala harta peninggalan simati yang meliputi harta alih dan harta tak alih setelah ditolak segala hutang dan kewajipan yang perlu diberikan kepada pihak-pihak yang berhak menurut undang-undang. BIDANG KUASA Bidang kuasa Pentadbiran dan Pembahagian Harta Pusaka di Malaysia adalah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan seperti yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 4(e)(1),    Senarai 1, Jadual Kesembilan yang memperuntukkan undang-undang berkaitan pewarisan harta berwasiat dan tidak berwasiat adalah terletak di bawah senarai Persekutuan. Ini bermakna kuasa perundangan berkaitan harta pusaka yang merangkumi harta alih atau tak alih, harta berwasiat atau bukan berwasiat adalah terletak kepada bidangkuasa Persekutuan. Harta Pusaka Islam hendaklah ditadbir mengikut Akta-Akta berkaitan selar...