Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2019

Kedaulatan Undang-Undang

Definasi kedaulatan undang-undang diambil daripada definasi Rule of Law bermaksud Peraturan Perundangan, m embawa prinsip bahawa semua orang dan juga kerajaan tidak terkecuali terikat untuk mematuhi peraturan undang-undang , bertanggungjawab   dan tertakluk kepada undang-undang yang sedang berkuatkuasa.   Prinsip Moden Kedaulatan Undang-Undang adalah konsep baharu kedaulatan menyatakan bahawa semua undang-undang hendaklah berkesan dan berkuatkuasa ke hadapan, dan tidak ada undang-undang retrospektif, iaitu undang-undang yang memberi kesan secara kebelakang.   Kedaulatan undang-undang juga merujuk kepada badan kehakiman yang bebas (Perkara 125), serta pemakaian prinsip semakan kehakiman dan kebebasan asasi (Bahagian II Perlembagaan). Ini membawa maksud pentadbiran yang berlandaskan undang-undang; bukan yang dipelopori oleh pemerintah semata-mata.    Kedaulatan undang-undang berteraskan kepada konsep Pengasingan Kuasa yang menjamin institusi kehakiman yang ...

Pengasingan Kuasa

PENGASINGAN KUASA DI MALAYSIA Pembahagian Kuasa Dalam kes Pendakwa Raya lwn Kok Wah Kuan [2007] 5 MLJ 174, Mahkamah Persekutuan me­nyatakan bahawa “pengasingan kuasa adalah satu terma yang dicipta oleh ahli pemikir Perancis bernama Baron de Montesquieu. Ia adalah satu doktrin politik di mana badan perundangan, badan eksekutif dan badan kehakiman kerajaan hendaklah diasingkan, demi mengelak dari berlakunya penyalahgunaan kuasa. Pembahagian Kuasa  atau dipanggil " Separation of Powers " merupakan satu  doktrin  dalam pemerintahan  demokrasi  yang membahagikan urusan dalam  negara  kepada tiga cabang utama : 1.Badan Pemerintah atau Eksekutif membuat undang-undang dan m enguatkuasakan serta mentadbir mengikut perlembagaan serta-merta . 2.Badan Perundangan atau Legislatif penggubal undang-undang, meminda dan meluluskan undang-undang persekutuan dan negeri. 3.Badan Kehakiman   atau Judisiari mentafsir undang-undang bertulis y...

Hak Kesamarataan ataupun pengkelasan orang-orang tertentu

Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan "Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang." Dalam memahami hak kesamarataan ia adalah hak yang bukan mutlak dan terdapat syarat dan had-had tertentu diberikan perhatian dalam menangani isu berkaitan kes-kes yang dikira rasional untuk diberkan perbezaan dan perbezaan layanan yang dikira sah dalam keputusan-keputusan mahkamah.   Berikut prinsip-prinsip yang diambil kira dalam menentukan sesuatu keputusan mahkamah yang berbeza antara satu sama lain walupun terdapat kes yang hamper-hampir sama . PP v Tengku Mahmood Iskandar (1973) Di dalam kes ini, responden telah dituduh menyebabkan kematian pekerja di kelab golf semasa beliau bermain golf di  Cameron Highland . Namun, disebabkan alasan beliau seorang putera Sultan Johor, hukuman terhadapnya dikurangkan. Perkara ini menimbulkan kontroversi kerana ia didakwa bercanggah dengan apa yang termaktub d...