Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2018

Jenis-jenis Talak

Perceraian, dari segi bahasa Arab, bererti tindakan melepaskan atau menguraikan ikatan. Contohnya – (a) “Aku ceraikan kau”; (b) “Aku lepaskan kau” Lafaz perceraian boleh dibahagikan kepada 2 jenis – (a) dalam bentuk jelas (sareh); (b) dalam bentuk tidak jelas atau sindiran (kinayah). Lafaz sareh ialah lafaz yang menggunakan ucapan yang jelas dan tegas dengan maksud menunjukkan makna perceraian. Contohnya – (a) “Aku talakkan engkau”; (b) “Aku ceraikan engkau dengan talak 1, 2 atau 3” Lafaz kinayah ialah suatu lafaz yang boleh bererti talak dan boleh pula membawa erti yang lain. Lafaz itu haruslah dilihat hubungannya dengan suasana sebelum dan sesudahnya serta tanda-tanda (qarinah) yang mempertegas erti yang dimaksudkan dan juga niat pihak suami. Talak kinayah adalah lafaz yang mengandungi makna perceraian yang tersirat tetapi tidak secara langsung.   Juga termasuk dalam talak kinayah adalah talak sharih (langsung) yang dibuat secara tertulis ata...

Pembentukan Kontrak Akta Kontrak 1950 (Akta 136) _ Niat dan Kelayakan untuk berkontrak

Pembentukan kontrak 1.         Tawaran 2.         Penerimaan 3.         Balasan 4.         Niat mewujudkan perhubungan undang-udang 5.         Kelayakan untuk berkontrak Elemen niat untuk mewujudkan perhubungan yang mengikat disisi undang-undang.   Dan boleh dikuatkuasakan melalui undang-undang. 5.              Kelayakan untuk berkontrak Seksyen 10 (1)   menjelaskan, Semua perjanjian adalah kontrak jika dibuat atas kerelaan bebas pihak-pihak yang layak membuat kontrak, untuk sesuatu balasan yang sah dan dengan sesuatu tujuan yang sah; dan tidak ditetapkan dengan nyata dibawah peruntukan Ordinan ini bahawa ianya batal. Seksyen 11 menjelaskan setiap   orang layak membuat kontrak sekiranya ia dewasa menurut und...

Pembentukan Kontrak Akta Kontrak 1950 (Akta 136)_Balasan

Pembentukan kontrak 1.         Tawaran 2.         Penerimaan 3.         Balasan 4.         Niat mewujudkan perhubungan undang-udang 5.         Kelayakan untuk berkontrak 3.1  Balasan Seksyen 2(d) menjelaskan balasan adalah menurut kehendak pembuat janji, apabila penerima janji atau siapa sahaja yang telah membuat atau telah menahan diri dari membuat sesuatu, maka perbuatan atau penahan diri atau janji itu adalah disebut sebagai balasan untuk janji itu. Seksyen 2(e) setiap janji dan setiap set janji yang menjadi balasan pihak masing-masing adalah suatu perjanjian. S. 2(f) janji yang merupakan balasan atau sebahagian balasan untuk pihak masing-masing adalah disebut janji berbalas (reciprocal promises)    S.2(g) sesuatu perjanjian yang tidak boleh dikuatkuasakan oleh und...

Pembentukan kontrak Akta Kontra 1950 (Akta 136)_ Penerimaan

Pembentukan kontrak 1.         Tawaran 2.         Penerimaan 3.         Balasan 4.         Niat mewujudkan perhubungan undang-udang 5.         Kelayakan untuk berkontrak 2.1   Seksyen 3 menjelaskan komunikasi penerimaan melalui perbuatan atau ketinggalan pihak yang menerima.   Seksyen 3 menjelaskan komunikasi cadangan, penerimaan cadangan, pembatalan cadangan dan pembatalan penerimaan masing-masing adalah dianggap dibuat dengan mana-mana perbuatan atau ketinggalan perbuatan oleh pihak yang mencadang,   yang menerima atau membatalkan . dengan pihak itu berniat untuk mengkomunikasikan cadangan,   penerimaan, atau pembatalan itu, atau yang pembatalan itu atau yang mempunyai akibat untuk mengkomunikasikan cadangan itu.          ...

Pembentukan kontrak Akta Kontrak 1950 (Akta 136) _Tawaran

Pembentukan kontrak Akta Kontrak 1950 (Akta 136) 1.         Tawaran 2.         Penerimaan 3.         Balasan 4.         Niat mewujudkan perhubungan undang-udang 5.         Kelayakan untuk berkontrak Sekyen 10 Akta Kontrak 1.         Tawaran 1.1      Seksyen 2(a) mendefinasikan makusd tawaran bagi akta kontrak menggunakan perkataan “cadangan” tetapi ia membawa erti yang sama dengan “tawaran”.   Ia juga harus menyatakan bahawa terma-terma satu tawaran mesti menunjukkan kesanggupan pihak yang membuat tawaran untuk diikat sebaik sahaja tawaran itu diterima oleh penerima tawaran. 1.2      Keperluan satu tawaran (a)      Tawaran mesti sah dari segi undang-undang (b)      Tawaran mesti teran...