Skip to main content

Ketenangan Hati



Benarlah,  dengan mengingatiNya hati menjadi tenang. Sungguh, jiwa yang tidak ada lagi kehidupan lain didalamnya kecuali jiwa yang  hidup dengan sifat tenang itu sendiri.  Terpersona  memerhati segala   keindahan  disebalik ciptaanNya yang bergerak mahupun tidak bergerak, membaca setiap gerakkan alam yang patuh mengikut peraturan.

Kenapa perlu menunggu syurga sedangkan syurga itu sudah ada disini dialam ini.  Jiwa yang tenang itulah syurga yang kita cari-cari. Bagaimana hendak mendapatkan syurga itu?  Bukan mudah    merasakan ketenangan yang meresap hati itu.  Bukan mudah merasakan ketenangan hati yang merasuk sanubari sehingga mabuk dengan kedamaian itu.  Bukan mudah jika tidak menjiwai keihlasan hati. Tetapi bukan mustahil untuk memiliki  hati yang setenang itu. Kerana hati itu berada  didalam genggamanNya maka Dia sahajalah yang memberi nur dan hidayah dihati sanubari hamba-hambaNya.

Jauh lagi perjalanan , panjang lagi langkah untuk mengingati diri yang alpa itu, masih ada kesempatan lagi untuk balik semula kepada Sunnatullah dan menjadi insan yang taat,  teruskan  bermusafir dibumiNya demi memburu ketenangan hati itu.  Teruskan menghambakan diri kepadaNya , teruskan membersihkan hati dari setitik pun noda hitam yang mengotori hati,  teruskan bermatlamat hidup dan mati kerana  lillahitaala dan semoga kepulangan kita  ke tempat asal iaitu akhirat untuk berjumpa denganNya dengan  membawa hati yang bersih seperti kapas putih.

Kenapa kita pulang perlu membawa hati yang bersih? Kerana hubungan hati dan Allah sejak hari pertama terciptanya, walau dicampak dihalau keluar dari syurga, namun hati dan Allah saling kenal mengenali, saling sayang menyayangi, saling rindu merindui, saling cinta mencintai dan saling redho meredohi..

Benarlah dengan mengingatiMu, hati menjadi tenang.. Maha suci Engkau ya Allah..

Comments

Popular posts from this blog

Pemberimilikkan Tanah

 S.76  KTN memberikan maksud pemberimilikkan adalah suatu pelupusan tanah kerajaan oleh PBN sama ada untuk :      (a) tempoh tidak melebihi 99 tahun      (b) buat selama-lamanya  Pegangan tanah terdiri daripada dua (2) jenis  :      a. pegangan kekal (freehold)      b. Pegangan bertempoh (leasehold) PBN diberikan kuasa untuk menentukan bentuk pegangan sama ada hakmilik  freehold atau leasehold bergantung kepada syarat-syarat pelupusan tanah yang akan dikenakan dan terikat status tersebut dan tidak mudah untuk diubah  atau ditukar sewenang-wenangnya. Hak milik terbahagi kepada dua :   1          Hak milik Pejabat Pendaftaran – iaitu hak milik yang dibuat melalui Pejabat Pengarah Tanah dan Galian di peringkat negeri. Hak milik jenis ini adalah untuk tanah bandar dan tanah pekan; lot tanah desa melebihi 4 hektar;dan bahagian pinggir laut atau dasar laut. 2.  ...

Pecah Bahagian Tanah ,Sempadan Tanah dan Menyatukan Tanah

Pecah bahagian ialahn satu proses yangn membolehkan mana-mana sebidang tanah bermilik yang dimiliki oleh dua (2) orang atau lebih pemilik bersama dipecah bahagian untuk membolehkan setiap pihak memperolehi kuasa keatas tanah berkenaan dibawah hakmilik yang berasingan.  Pernohonan dan syarat-syarat tertakluk kepada kelulusan Pengarah Negeri dan Pentadbir Tanah dibawah S.41 KTN. Permohonan Pecah Bahagian S.142  kelulusan permohan pecah sebahagian mana-mana tanah perlu dikemukakan secara bertulis menggunakan Borang 9B dan disertai oleh perkara-perkara berikut: a. fee permohonan b. Satu pelan menurut skala yang betul c. Kelulusan mana-mana pihak Perancang Pembangunan d. Keizinan bertulis dalam perenggan (e) e. Keizinan bertulis terhadap permohonan untuk tuanpunya bersama Pecah Tanah oleh Pemegang Syer Majoriti dan Pemegang Minoriti S.141A  pindaan-pindaan yang membenarkan tuan tanah, pemegang minoriti untuk membuat permohonan bagi pecah bahagian tanpa mendapatkan persetujuan ...

Hak Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan Pelupusan Tanah

  Undang-undang tanah di Malaysia adalah berasaskan Sistem Torrens iaitu  pendaftaran adalah segalanya.    Pada dasarnya urusan tanah terletak dibawah bidangkuasa Kerajaan Negeri sebagai Pihak Berkuasa Negeri (PBN) seperti yang Senarai II, Jadual ke-9 Perlembagaan Persekutuan.  S.40 KTN memperuntukkan bahawa semua tanah didalam negeri dan semua galian dan batuan yang terkandung didalam tanah terletak dibawah kuasa PBN. Oleh kerana PBN mempunyai kuasa keatas tanah negeri, maka kerajaan negeri mempunyai kuasa penuh dan hak seperti yang diperuntukkan dibawah seksyen-seksyen berikut; S.40- S.50 termasuk a. mempunyai hak dalam semua harta dalam bentuk tanah b. kuasa pelupusan melalui pemberimilikkan, perizaban, pemberian lsen dan permit c. Kuasa mengenakan syarat mengenai penjenisan dan penggunaan tanah. Selain itu PBN juga mempunyai kuasa : S.130 melucuthakkan atau merampas tanah S.195 Menyerah balik tanah S.351 Perkembalian tanah kepada PBN Kuasa Pelupusan Tanah Ha...