Undi Tidak Percaya di Parlimen Dalam negara demokrasi sesebuah kerajaan terbentuk daripada undi majoriti rakyat yang mengundi parti mana yang menang dalam satu-satu pilliharanya umum. Parti yang mendapat undian terbanyak akan membentuk sebuah kerajaan yang telah disepakati oleh rakyat. Perdana Menteri adalah Ketua Kerajaan dengan barisan Jemaah kabinetnya sebagai sebuah kuasa pemerintah yang akan membentuk sebuah kerajaan berpalembagaan dalam k omponen Parlimen daripada Dewan Rakyat, Dewan Negara yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Sistem demokrasi berpalimen yang diamalkan di Malaysia terdiri daripada tiga badan iaitu Badan Pemerintah (eksekutif), Badan Perundangan (Legastif) dan Badan Kehakiman (Judisiary) yang berasingan dengan bidang kuasa masing-masing. Sistem perundangan seharusnya dihormati dan diletakkan ditempat yang tinggi tanpa ada didalammya unsur penyelewangan dan salah-guna kuasa yang boleh...