Gagal adalah satu istilah yang paling tidak mendapat tempat dihati. Tiada seorang pun mahu kegagalan dalam apa jua bidang dan perihal kehidupan. Gagal boleh lah diusul sebagai sifat lawan berjaya dan unsur kegagalan selalunya apa yang dirancang tidak berhasil, dari segi pelan perancangan, strategi dan juga usaha yang tidak menjadi. Dari segi islamik, kegagalan boleh disifatkan sebagai tiada rezeki, tiada keizinan dariNya.
Istilah kegagalan yang bersangka baik, bukan takut kegagalan tetapi takut untuk mencuba, takut untuk mengambil risiko atau dari segi istilah islamik tiada sifat tawakal, tidak berusaha dulu kemudian berdoa bukan berdoa sahaja tiada usaha. Jika disenaraikan, ada berjuta kegagalan. Dari segi islamik, semuanya adalah ujian belaka. Semuanya ujian dari Allah swt. Kenapa? Supaya kita menjadi kuat. Bermakna, kegagalan adalah ujian supaya latihan memantapkan mental dan fizikal yang bermutu dapat membentuk sahsiah dan peribadi insan berjaya.
Jadi, jangan panik jika berlaku kegagalan dalam hidup kerana kegagalan hidup adalah formula untuk berjaya dalam hidup. Berapa ramai orang yang berjaya di dunia ini bermula dengan kegagalan. Kenapa? Kerana rahsia kegagalan adalah kekuatan. Jika kekuatan tadi diselarikan dengan sifat kekuatan itu sendiri. dari segi islamik, kekuatan pun datang dariNya. Tiada sifat kegembiraan disebalik kegagalan, selalunya bila berlaku kegagalan maka kemerosotan akal dan pikiran merundum ataupun melemahkan semangat dalaman dan luaran diri. Maka tuntut dengan kekuatan. Apabila kekuatan telah menjadi kaki dan tangan, mata, telinga , lidah dan akal akan menjadi dorongan untuk berjaya maka tiada istilah kegagalan dalam hidup.
Siapa boleh menyangka sama ada esok kita gagal atau berjaya? Tiada siapa menyangka apa akan jadi pada esok hari. Jadi harungi hari ini dengan kekuatan, sedia menerima cabaran, tidak takut jika hasil dan usaha tidak berpihak lagi, gagal atau berjaya bukan menjadi keutaaman lagi, yang penting usaha yang tidak mengenal putus-asa. Untuk menjadi seorang yang berjaya, bukan gagal merancang tetapi istilah yang tepat adalah rancangan itu gagal pada saat itu sahaja, bukan selama-lamanya. Jadi bangkit lagi, usaha lagi, gagal sekali lagi dan berjaya berkali- kali.

Comments
Post a Comment