Skip to main content

Harta Sepencarian



Dibawah Seksyen 2 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 “harta sepencarian” ditafsirkan sebagai harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuat kuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak. Berdasarkan takrif yang diperuntukan, bolehlah difahami bahawa harta sepencarian termasuklah harta samada harta alih atau tidak alih yang diperoleh suami dan isteri melalui usaha mereka bersama dan bukannya daripada satu pihak sahaja semasa perkahwinan. Mahkamah Syariah telahpun diberi bidangkuasa khusus dan eksklusif bagi membicarakannya. Ia juga telah diperuntukan dalam semua Enakmen Pentadbiran Keluarga Islam di setiap negeri dan juga dalam arahan Amalan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM).  Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan menjelaskan  tidaklah mempunyai bidangkuasa berkenaan apa-apa perkara dalam bidang kuasa mahkamah syariah.

 FAKTOR-FAKTOR PEMBAHAGIAN HARTA SEPENCARIAN

Adalah menjadi tugas Mahkamah .  ketika menggunakan kuasa dalam menentukan dan membahagikan harta sepencarian suami isteri, akan memperhatikan semua faktor-faktor yang berkaitan dengan sesebuah kes.  Faktor-faktor keutamaan adalah seperti dibawah dan terdiri daripada dua (2) iaitu :

Sumbangan secara langsung adalah sumbangan yang berbentuk kewangan.

Sumbangan tidak langsung pula adalah berbentuk perhatian dalam rumahtangga seperti menjaga kebajikan keluarga, memelihara rumahtangga serta menjaga keperluan keluarga termasuk anak-anak.

1   Sumbangan secara langsung

       1.1  Kewangan dan  hartanah

Faktor  pertama yang diambil kira adalah sumbangan kewangan dan  hartanah iaitu yang diberikan oleh salah satu pasangan ke atas harta yang dimiliki oleh pasangannya dengan cara ikut terlibat dalam perolehan harta tersebut, atau ikut mengembangkannya, atau ikut dalam penjagaan dan pengurusannya. Bentuk sumbangan ini sering disebut sebagai sumbangan langsung.  Sumbangan langsung adalah sebab utama yang dijadikan penilaian oleh pihak Mahkamah bagi menentukan sama ada sesebuah harta yang dimiliki oleh salah satu pasangan adalah termasuk dalam harta sepencarian suami isteri atau ianya adalah hak individu pasangan.  Mahkamah berpendapat apabila dibuktikan harta telah diperoleh setelah perkahwinan dilangsungkan dengan usaha atau sumbangan bersama, suatu anggapan wujud yang ia adalah harta sepencarian. 

Bagi Mahkamah Syariah, sumbangan langsung adalah merupakan factor penting dan panduan utama dalam menentukan kes-kes harta sepencarian di Mahkamah Syariah. Ianya memainkan peranan sebagai penentu dalam menilai kadar bahagian masing-masing pihak daripada harta sepencarian. Hal ini dapat dimengerti, kerana sumbangan kewangan adalah sebab utama diperolehinya sesebuah aset. Tanpa adanya sumbangan kewangan, harta tidak akan dapat dimiliki.  Mahkamah menegaskan bahawa sudah menjadi panduan perlaksanaan di Mahkamah Syariah dan Lembaga Rayuan bahawa sumbangan kewangan adalah perkara utama dalam menentukan kadar bahagian yang berhak diperoleh oleh masing-masing pasangan daripada harta sepencarian.  Dalam konteks jual beli pula, sumbangan kewangan merupakan satu bahagian daripada 'al-Ma‘qūd ‘alaih'  adalah merupakan rukun, yang tanpanya jual beli tidak dapat dijalankan dan tidak sah.  Berarti tanpa sumbangan kewangan, maka rumah tersebut tidak boleh dimiliki. Oleh itu, Mahkamah akan menenutukan sumbangan kewangan adalah tidak boleh dinafikan.

  
1.2    Tenaga dan pengurusan

Hak harta sepencarian thabit berasaskan keterangan Kadi Besar dalam perbicaraan kes tersebut apabila beliau berkata:
"... jika seorang isteri membantu suaminya untuk menebang, menebas, bercucuk tanam, atau mengusahakan tanah suaminya, dia adalah berhak mendapat upah..."

Dengan itu jelas segala usaha-usaha yang dilakukan oleh isteri dalam membantu memajukan tanah suaminya berupa sumbangan tenaga dan pengurusan demi menjaga dan melindungi harta suaminya.    Kerana sumbangan tenaga, pengurusan ataupun modal ke atas sesebuah harta adalah merupakan salah satu cara yang diiktiraf oleh Islam untuk mendapat dan memperoleh harta. Sumbangan berupa modal dan tenaga serupa dengan konsep syarikah 'inān.  Dalam keadaan suami isteri bekerja dan memajukan suatu usaha yang sama secara koletif menyumbang tenaga, pikiran dan modal sudah pasti ada sumbangan secara langsung daripada kedua belah pihak. Setiap seorang daripada mereka berdua pastilah mempunyai hak ke atas harta tersebut sebagai rakan kongsi kerja atau upah daripada kerja yang dijalankannya.   

Percampuran harta suami dan isteri selama mereka menjalani kehidupan suami isteri, harta yang bercampur dan tidak dapat dikesan kadar sumbangan masing-masing pihak, boleh dihuraikan mengikut harta musyā‘, iaitu dengan diadakannya perdamaian jika memungkinkan, atau keduanya bersumpah akan hak ke atas harta bersama tersebut dan harta yang bercampur tersebut dibahagi menjadi dua. 

Mahkamah selalu memastikan bahawa setiap pihak mesti mendapatkan secara sempurna sumbangan kewangan yang telah dikeluarkan. Oleh itu ketika sesebuah rumah diputuskan untuk dijual, Mahkamah mengeluarkan perintah untuk mengembalikan sumbangan kewangan masing-masing pihak ke dalam akaun  masing-masing sesuai dengan kadar yang disumbangkan.  Keuntungan daripada penjualan rumah tersebut hanya dibahagikan setelah ditolak semua kos kewangan yang dikeluarkan oleh pihak masing-masing dikembalikan dan diambil kira.  Barulah pihak Mahkamah mempertimbangkan factor-faktor lain yang mempengaruhi kadar bahagian daripada keuntungan penjualan rumah tersebut. Di antara faktor yang utama yang selalu menjadi asas penghakiman ke atas kadar bahagian daripada harta sepencarian adalah sumbangan tidak langsung bagi pihak masing-masing.


2         Sumbangan Secara Tidak Langsung

2.1 Usia Perkahwinan

Yang ingin diberikan perhatian di sini adalah kaitan antara umur perkahwinan dengan sumbangan tidak langsung pihak isteri terhadap kadar bahagian yang berhak diperoleh olehnya.  terdapat ketidak selarasan antara umur perkawinan yang ikut menentukan besar-kecilnya sumbangan tidak langsung pihak isteri, dan kadar bahagian daripada harta sepencarian. Umur perkahwinan yang mencecah 35 tahun, sama nilainya dengan umur perkahwinan yang berlangsung selama 10 tahun. Usia perkahwinan yang hanya berjalan selama 1½ tahun dinilaikan dengan 30%, sedangkan 2 tahun usia perhakwinan dikadarkan hanya 10%.  Adalah menjadi tugas Mahkamah ketika menentukan kadar bahagian yang berhak dimiliki tetapi juga penyelarasan yang jelas antara usia perkahwinan dan nilai kadar bahagian sebagai salah satu panduan dan ukuran bagi menilai sumbangan tidak langsung pihak isteri ke atas harta sepencarian suami isteri.  Kadar pembahagian harta sepencarian  dengan mengaitkan antara  umur suami isteri dan panjang-pendeknya usia perkahwinan perlu diperhatikan ketika menentukan kadar bahagian daripada harta sepencarian.   Semakin tua umur seseorang semakin berkurangan keupayaan untuk hidup berdikari dan mencari nafkah sendiri. Maka semakin perlukan bantuan dan perlindungan daripada keluarga

2.2 Jasa dan perkhidmatan

Sumbangan tidak langung lebih kepada jasa dan khidmat yang dilakukan oleh pihak isteri ke atas keluarga selama tempoh perkahwinan.  Akad nikah  adalah suatu akad yang menghalalkan hubungan seksual antara suami dan isteri dengan cara yang disyariatkan untuk membina keluarga sakinah mawaddah wa raḥmah; untuk membina generasi Muslim yang unggul. Tujuan perkahwinan bukan untuk mengumpulkan harta dan bukan salah satu lembaga usaha yang disyariatkan oleh Allah untuk mencari wang, sebagaimana ianya ada dalam syarikah al-abdān. Memaksakan konsep syarikah al-abdān ke dalam akad nikah telah merubah dan mencorakkan tujuan mulia daripada institusi perkahwinan yang diinginkan oleh Islam.

     (a)     Konsep Akad Mudharabah

Sumbangan kerja dan tenaga sahaja terdapat dalam konsep akad muḍārabah  dalam muamalah Islam. Tidak dibenarkan bagi seseorang mengambil dan menggunakan harta orang lain tanpa keizinan dan keredaan daripada pemiliknya. Pemindahan harta daripada seseorang kepada orang lain juga tidak boleh dilakukan kecuali jika ianya bersesuaian dengan syariah Islam. Tukar menukar suatu barang dengan barang yang lain juga tidak dibolehkan kecuali jika ianya tidak bertentangan dengan sistem akad muamalah dalam Islam.

  
(    b)     Konsep syarikah al-abdān

Mazhab Maliki sahaja yang mensyaratkan persamaan kerjaya bagi sahnya syarikah jenis ini.  Dalam syarikah alabdān, dua orang atau lebih telah berakad bahawa hasil daripada pekerjaan yang dilakukan oleh keduanya adalah milik bersama dibahagi dua atau dibahagi sesuai dengan kesepakatan antara keduanya. Jenis pekerjaan daripada ahli syarikat tidak mesti sama, ia boleh berbeza. Jika konsep ini dikiaskan dengan suami isteri, ertinya bahawa suami isteri telah berakad dengan badan, tenaga dan kemahiran masing-masing untuk melakukan suatu pekerjaan iaitu membina rumah tangga dan mencari nafkah untuk keluarga. Hasil daripada kerja yang dijalankan oleh kedua suami isteri dibahagi dua atau sesuai dengan kesepakatan suami isteri.


2            2.3    Upah ke atas khidmat isteri

 Memasukkan khidmat isteri di rumah suaminya sebagai bahagian daripada kerja yang patut mendapatkan upah seperti apa yang digambarkan adalah tidak tepat.  Surah al- Surah al-Nisā' (4) : 32. Allah berfirman:

Ertinya: "Lelaki mendapat bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan bagi perempuan mendapat bahagian daripada apa yang mereka usahakan".

Tidak relevan jika ayat yang semulanya menjadi simbol kesamarataan antara lelaki dengan perempuan dari segi balasan amal kebaikan di sisi Allah swt., dialihkan kepada makna dan ganjaran kebendaan yang berhak diperoleh oleh pihak isteri daripada menjalankan tugasnya sebagai suri rumah dengan baik.


3. Adat

Pengiktirafan adat ini tergambar daripada kaedah usul fiqh yang menyebutkan bahawa al-‘ādah muḥakkamah. Adat adalah salah satu sumber perundangan Islam. Sesuatu perkara yang menjadi adat atau ‘uruf yang tidak bertentangan dengan hukum syarak serta menjadi kebiasaan amalan, maka ia layak diiktiraf dari sudut undang-undang. Oleh kerana harta sepencarian adalah hasil adat, maka perlu dipastikan bahawa adat ini tidak bertentangan dengan kaedah umum undang-undang pemilikan harta dalam Islam.  Tanpa sumbangan tidak langsung pun harta tersebut masih boleh diperoleh oleh pasangan. Ertinya kewujudan harta tersebut tidak bergantung kepadanya. Memasukkan sumbangan tidak langsung sebagai bahagian daripada harta sepencarian adalah suatu ijtihad yang patut dipikirkan semula. 


4.  Muttah

Allah swt telah mewajibkan kepada pihak suami untuk membayar mut‘ah sebagai saguhati dan untuk menghargai jasa isteri yang telah hidup bersama suaminya selama dalam ikatan  perkahwinan. Dengan mut‘ah, kesan negatif daripada perceraian tersebut dan beban kewangan pihak isteri juga menjadi lebih ringan. Mut‘ah diwajibkan untuk menghargai jasa dan suka duka menjalani hidup berumah tangga seorang wanita bersama suaminya sebagai alat untuk mengiktiraf sumbangan dan khidmat isteri ke atas harta yang dimiliki oleh suami. Jasa ini diiktiraf oleh syariah Islam dengan mewajibkan mut‘ah ke atas suami apabila berlaku perceraian  Menurut Mazhab Syafi‘ī, mut‘ah adalah pemberian yang wajib diberikan ke atas isteri yang telah diceraikan sebagai saguhati.  Sementara dalam Mahzab Hanafī dan Hambalī pula ianya sunnah.  Adalah baik jika boleh dicapai kata sepakat antara suami isteri berkaitan dengan kadar mut‘ah yang perlu diberikan oleh pihak suami kepada pihak isteri berasaskan kepada sumbangan dan khidmat isteri selama dalam tempoh perkahwinan.

Mahkamah Syariah telah melaksanakan konsep yang sangat munasabah berkaitan dengan kadar mut‘ah. Mahkamah menggunakan ukuran tempoh perkahwinan sebagai penentu ke atas kadar mut‘ah yang perlu diberikan oleh pihak suami ke atas isterinya dengan tidak mengabaikan keupayaan suami untuk membayar mut‘ah. Kadar kebiasaan bagi mut‘ah adalah $1.50 bagi setiap hari.  Jika suatu perkahwinan berakhir dengan perceraian setelah berlangsung selama 10 tahun, maka kadar mut‘ah yang wajib diberikan oleh pihak suami ke atas isterinya adalah $1.50x365x10=$5.475.00

Jika khidmat isteri kepada suami dan anak-anak selama dalam tempoh perkahwinan ditambahkan ke dalam kadar mut‘ah yang sedia ada, berarti kadarnya mesti ditambah dan disesuaikan dengan aset yang dimiliki oleh suaminya selama dalam tempoh perkahwinan. Penambahan kadar mut‘ah dibenarkan oleh syara‘, kerana Mahkamah diberi kuasa untuk menentukan kadarnya jika tidak berlaku kesepakatan kadar mut‘ah sesuai dengan kedudukan kewangan suami dan status hidup isteri dan keturunannya.  Allah berfirman berkaitan dengan hal ini:

Ertinya: "Walaupun demikian, hendaklah kamu memberi "Mut'ah" (pemberian saguhati) kepada mereka (yang diceraikan itu). Iaitu: suami yang senang (hendaklah memberi saguhati itu)  menurut ukuran kemampuannya; dan suami yang susah pula menurut ukuran kemampuannya, sebagai pemberian saguhati menurut yang patut, lagi menjadi satu kewajipan atas orang-orang (yang mahu) berbuat kebaikan."

5.   Faktor Kebajikan Anak-Anak


Ertinya: "Perkara halal yang paling dibenci oleh Allah swt. Adalah perceraian"

Anak-anak merupakan amanah daripada Allah swt. kepada suami isteri yang sepatutnya segala haknya dipenuhi dengan sempurna bagi terwujudnya generasi Muslim yang unggul. Anak-anak adalah golongan yang paling teruk terjejas jika berlaku perceraian antara suami isteri. Bukan hanya dari sudut kasih sayang dan ketentraman jiwa yang hilang, tetapi masalah tempat tinggal dan keperluan pendidikan mereka juga ikut terjejas dengan perpisahan kedua orangtua mereka.  keputusan-keputusan Mahkamah berkaitan dengan pembahagian harta sepencarian dan kadar yang sepatutnya diperoleh oleh pihak yang mendapatkan hak jagaan anak.  Dalam seksyen 52(8)(c), kepentingan dan kebajikan anak-anak juga mendapat perhatian tersendiri. Kebajikan mereka dimasukkan dalam faktor-faktor yang perlu diambil kira oleh Mahkamah dalam penentuan kadar bahagian harta sepencarian suami isteri.

kes antara Ali lawan Seniati,
Mahkamah memberikan isteri hak 25% iaitu sebanyak $90,000.00 daripada semua aset yang dimiliki oleh suaminya sebagai bahagian daripada harta sepencarian. Salah satu sebab yang diambil kira oleh Mahkamah dalam menentukan kadar tersebut adalah bahawa pihak isteri mendapat hak penjagaan anak-anak yang masih kecil yang sudah pasti perlukan kepada tempat tinggal yang sesuai untuk isteri dan anakanaknya. Dengan wang $90,000.00 tersebut diharapkan bahawa pihak isteri mendapatkan tempat tinggal yang sesuai bagi dirinya dalam mendidik dan membesarkan anak-anaknya.

Dalam kes antara Saleh lawan Zainun,  
pihak isteri telah menjadi suri rumah sepenuh masa selama dalam tempoh perkahwinan. Oleh kerana tiada sumbangan kewangan yang disumbangkan oleh pihak isteri ke atas diperolehinya harta sepencarian suami isteri, maka pihak suami bersedia memberikan 30% daripadanya kepada pihak isteri. Tetapi Mahkamah menilai kadar tersebut kurang munasabah memandangkan bahawa pihak isteri telah mendapat hak penjagaan anak. Mahkamah memberikan pihak isteri kadar 40%, lebih besar 10% daripada kadar yang sedia diberikan oleh pihak suami dan kurang 10% daripada kadar yang dituntut oleh pihak isteri.

Dalam penghakiman kes antara Khadijah lawan Yusoff

Pihak Mahkamah menyatakan:
"Tambahan pula isteri diberikan hak penjagaan anak. Anak ini pula tentunya perlukan tempat berteduh. Beliau perlukan tempat yang selesa untuk belajar dan membangunkan fizikan dan mentalnya. Oleh itu, Mahkamah memberikan 60% dari hasil keuntungan bersih kepada isteri".

Kadar 60% untuk pihak isteri yang tidak menyumbang dari segi kewangan ke atas pembelian rumah  adalah di antara yang tertinggi pernah diberikan oleh pihak Mahkamah.  Tidak dapat dinafikan bahawa faktor penjagaan dan kebajikan anak menjadi penentu ke atas besarnya kadar yang diterima oleh pihak isteri daripada harta sepencarian.


6.  Keperluan Kewangan, Kewajiban dan Tanggungjawab Masing-masing

Selain itu mahkamah juga akan mempertimbangkan keperluan bagi kewajiban dan tanggungjawab kewangan kedua pasangan yang mungkin dihadapi oleh keduanya di masa yang akan datang.  Pertimbangannya bahawa kedua suami isteri telah menjalani hidup bersama selama bertahun, bahkan berpuluh tahun dengan segala bebanan dan dugaan yang dihadapi oleh keduanya. Mereka telah mengabdikan kehidupan mereka kepada keluarga yang dibina bersama. Maka adalah suatu ketidakadilan di mata Mahkamah, jika setelah semua sumbangan yang dilakukan oleh masing-masing pasangan, salah satu daripada mereka tidak mendapatkan bekalan kewangan yang secukupnya untuk mengharungi kehidupan di masa tua, sementara pasangannya telah berjaya mengumpulkan aset yang mencukupi atau bahkan lebih untuk menyara masa tuanya.   Keperluan kewangan, kewajiban dan tanggungjawab yang akan dijalani oleh pihak isteri selepas perceraian menjadi pertimbangan Mahkamah ketika memberikan pihak isteri 40% daripada harta sepencarian mereka.

dalam kes antara Carsten lawan Yasmin
Pihak Mahkamah memberikan 10% kepada pihak isteri daripada harta sepencarian walaupun perkahwinan antara keduanya hanya 2 tahun dan tiada sumbangan kewangan dikeluarkan oleh pihak isteri ke atas aset suami. Di antara sebabnya adalah kedudukan kewangan isteri yang kurang kukuh. Dalam penghakimannya Mahkamah mendapati bahawa isteri mempunyai $7,892.00 dalam akaunnya. Pihak isteri juga hanya mempunyai baki $11.50 dalam akaun simpanan banknya. Lembaga Rayuan juga menolak rayuan pihak suami yang merasakan bahawa 10% yang berjumlah 40,000.00 terlalu banyak untuk sebuah perhakwinan yang hanya berlangsung selama dua tahun.


7.   Sikap tidak bertanggungjawab, kelemaham peribadi dan akhlak

Selain faktor-faktor itu, Mahkamah melihat ada beberapa faktor lain yang dianggap penting dan ikut mempengaruhi kadar bahagian daripada harta sepencarian suami isteri jika berlaku perceraian. Faktor-faktor tersebut biasanya berasal daripada salah satu pasangan suami isteri, seperti sikap tidak bertanggungjawab dalam menjalankan tugas masing-masing, atau kelemaham peribadi dan akhlak salah satu pasangan dan yang lainnya.

Dalam kes antara Syed lawan Saniah
Mahkamah melihat bahawa perceraian yang berlaku antara keduanya berpunca daripada kemahuan pihak suami tanpa didasari sebab-sebab yang munasabah. Mahkamah menilai bahawa pihak isteri telah menjalankan tugasnya sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak dengan baik.  29 tahun usia perkahwinan setelah semua pengorbanan dan khidmat yang diberikan oleh pihak isteri, pihak suami menceraikannya begitu sahaja tanpa alasan yang munasabah adalah suatu perbuatan yang bertengangan dengan tujuan institusi rumah tangga Islam.   Oleh itu maka wajar bagi Mahkamah untuk menjatuhkan denda di atas sikapnya yang tidak bertanggungjawab sebagai peringatan baginya dan juga orang lain untuk tidak melakukan perkara yang sama. Dalam kes tersebut, Mahkamah memberikan pihak isteri 60% daripada harta sepencarian melebihi kadar yang biasa diterima oleh isteri dalam kes-kes yang seumpama, dan mengurangkan hak suami menjadi 40% kerana pihak suami dianggap menjadi penyebab ke atas perceraian yang berlaku.

dalam kes antara Aminah lawan Jasni
pihak Mahkamah hanya memberikan kepada pihak suami 25% daripada keuntungan rumah yang dimiliki bersama oleh kedua belah pihak. Pihak isteri menyebutkan bahawa suaminya telah mencabuli kehormatan anaknya sendiri; dia juga meninggalkan rumah dan telah mengkhianati ikatan perkahwinan yang telah dibina lebih dari 10 tahun.  Walaupun dalam kes ini, pihak isteri yang telah menuntut perceraian, tetapi kerana tuntutan ini dikeranakan kesalahan dan kelemahan pihak suami dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang suami, maka pihak
Mahkamah mengurangkan bahagian yang sepatutnya diperoleh oleh suami daripada 50% kepada 25% sahaja. Pengurangan 25% daripada hak yang sepatutnya diterima adalah seumpama denda tambahan kerana kesalahan yang dibuatnya dan akibat daripada sikap yang bertentangan dengan syariat Islam.

Dalam kes antara Fadzil lawan Aernie
pihak suami dianggap telah tidak berterus terang berkaitan dengan semua aset yang dimikili olehnya. Dengan sikap tidak telus yang ditunjukkan oleh pihak suami, pihak Mahkamah mungkin tidak dapat memasukkan beberapa harta yang dimiliki oleh pihak suami ke dalam harta sepencarian yang patut dibahagi kepada kedua belah pihak.  Dalam kes ini, Mahkamah Syariah memberikan pihak isteri 25% daripada harta dan aset yang dimiliki oleh suaminya sebagai bahagian daripada harta sepencarian. Kemudiannya kedua belah pihak tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut bagi isteri ia merasakan rendah dan tidak memadai kerana terdapat aset suami yang masih tidak dimaklumkan dan bagi pihak suami hanya bersetuju antara 10-20% dan tidak bersetuju 25% kerana ianya adalah sangat besar dan keduanya telah merujukkan kes ini kepada Lembaga Rayuan. Di Lembaga Rayuan, ketidaktelusan dan sikap menutup-nutupi pihak suami ke atas harta yang dimiliki olehnya menjadi perhatian khusus. Dokumen-dokumen yang dibentangkan oleh kedua belah pihak menunjukkan bahawa pihak suami tidak berterus terang dengan aset yang dimilikinya. Pihak suami dilihat telah gagal memberikan keterangan yang secukupnya berkaitan dengan nilai terkini ke atas aset-aset yang dimilikinya dan Mahkamah tidak dapat menilai secara benar dan tepat nilai harta sepencarian yang dipertikaikan oleh kedua belah pihak.  Setelah menunjukkan adanya tanda-tanda bahawa aset sebenar yang dimiliki oleh pihak suami lebih daripada apa yang telah berjaya diungkapkan dalam perbincangan. Nilai aset yang dimilikinya juga sudah pasti lebih besar daripada yang didedahkannya kepada Mahkamah. Dengan sebab itu dan sebab-sebab lain, maka Mahkamah telah menambah kadar bahagian harta sepencarian pihak isteri daripada apa yang telah diberikan oleh Mahkamah iaitu 25% kepada 50%.


8.   Konsep Illah  (sebab) Pelanggar hukum syarak

Konsep menetapkan denda tambahan ke atas kesalahan dan pelanggaran hukum syarak menjadi salah satu ‘illah (sebab) hukum dalam mazhab Syafi‘ī.   Pelanggaran ke atas hukum syarak juga dapat menghilangkan hak yang sepatutnya boleh dimilikinya, atau menghalangnya daripada melakukan hak yang diperbolehkannya.  Jika dia menceraikan isterinya ketika mabuk atau menjual barangnya dengan harga yang sangat murah, maka kedua perbuatan tersebut dikira dan sah. Orang yang mabuk tetap mukallaf dan semua perbuatannya diambil kira. Hukuman tambahan ini adalah untuk menjadikan pelaku serik dan tidak melakukan perbuatannya lagi. 

Begitu juga dengan pengurangan kadar bahagian daripada harta sepencarian adalah salah satu akibat yang harus ditanggungnya. Jika salah satu pasangan telah menyulitkan proses perbincangan dan tidak bekerjasama dalam memberikan semua fakta-fakta yang mungkin boleh membantu menilai sesebuah kes dengan lebih baik. Perbuatan tidak telus tersebut boleh mengakibatkan haknya dikurangkan daripada yang semestinya, kerana ada kemungkinan bahawa ada aset-aset lain yang belum tersentuh oleh Mahkamah dalam perbincangan. Maka penambahan bahagian kepada pihak yang lagi satu adalah sebagai pengganti kepada sebahagian aset yang belum terungkap.


TUNTUTAN HARTA SEPENCARIAN
Harta sepencaarian boleh dituntut apabila suami isteri berpisah kerana penceraian hidup seperti fasakh, talak, li’an , takliq atau  salah seorang mati semasa tempoh perkahwinannya atau suami berpoligami maka pasangan mempunyai hak untuk menuntut harta yang dimiliki selama dalam tempoh perkahiwnannya sebagai harta sepencarian.  Tuntutan harta sepencarian dilakukan di Mahkamah Tinggi Syariah, ia boleh dilaksanakan dalam tiga (3)  keadaan iaitu :
A.   Bagi tuntutan selepas perceraian, Seksyen 122 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 misalnya memperuntukkan bahawa mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk memerintahkan pembahagian harta sepencarian apabila mahkamah itu membenarkan lafaz cerai atau perintah perceraian. 
B.     Tuntutan harta sepencarian juga boleh dibuat semasa tempoh perkahwinan. Seksyen 23(10)(b) memperuntukan bahawa isteri boleh memohon perintah daripada mahkamah supaya diadakan terlebih dahulu pembahagian harta sepencarian sebelum permohonan poligami disahkan. Malah Seksyen 119(11) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan 2003 menyebut bahawa sebelum Mahkamah mengesahkan keluar agama, satu perintah untuk membahagikan harta sepencarian hendaklah dilaksanakan. Kedua-dua peruntukan tersebut berkaitan dengan permohonan poligami dan juga keluar agama Islam.

C.  Bagi tuntutan selepas kematian, meskipun tiada peruntukan khusus yang membolehkan mahkamah membahagikan harta sepencarian sekiranya akibat kematian, namun fatwa negeri Selangor menjelaskan bahawa jika berlaku kematian, maka pihak yang hidup boleh memohon pengisytiharan harta sepencarian sebelum harta itu menjadi harta pusaka. Jadi pihak itu perlu membuktikan bahawa sebahagian harta itu adalah harta sepencarian.

Dari perspektif undang-undang, Seksyen 122 (1) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Selangor) 2003 memperuntukkan, mahkamah mempunyai kuasa apabila membenarkan lafaz talak atau apabila membuat suatu perintah perceraian untuk memerintahkan supaya aset yang diperoleh pada masa perkahwinan dengan usaha bersama dibahagikan antara mereka atau supaya aset yang diperoleh pihak itu pada masa perkahwinan dengan usaha bersama dibahagikan antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan dibahagikan antara pihak itu.

Dalam kes dari Wilayah persekutuan, Yang Chik lwn. Abdul Jamal (1986) 6 JH 146, Sheikh Ghazali bin Haji Abdul Rahman, Kadi Besar telah berkata:
“Konsep harta sepencarian ialah harta yang diperolehi semasa dalam perkahwinan dengan masing-masing suami isteri sama-sama menyumbang tenaga atau wang ringgit untuk mendapat harta tersebut”.
1.       Jika si suami yang menceraikan tanpa ada sebarang kesilapan di pihak isteri,
suami mestilah memberi nafkah selama tiga bulan dan semua harta perlu dibahagikan. Harta yang merupakan senjata atau alat perang diserahkan kepada suami. Dia juga akan menanggung apa-apa hutang atau cukai. Sementara semua perkakasan rumah dan tembaga akan diserahkan kepada isteri. Isteri juga akan mendapat rumah perkahwinan yang mereka diami serta tanah.
2.       Jika si isteri yang memohon cerai,
Isteri hanya akan memperoleh perceraian jika dia dapat membuktikan kesnya (fasakh) dan selepas perceraian, isteri perlu mengembalikan semua harta boleh alih kepada suaminya. Ini bermakna, mengikut adat Temenggung, isteri tidak boleh memohon cerai dan jika dia berbuat demikian, dia kehilangan hak harta boleh alih daripada suaminya.
3.      Undang-undang adat Temenggung ini berbeza-beza dari satu negeri ke negeri yang lain. Contohnya di Perak, apabila perceraian berlaku, seorang isteri yang telah menyumbangkan usahanya mengerjakan tanah milik pasangan tersebut, adalah berhak ke atas separuh daripada tanah yang diperoleh ketika perkahwinan.
4.       Sedangkan, jika dia tidak memberikan apa-apa sumbangan, dia tetap akan mendapat 1/3 daripada harta sepencarian.
5.      Prinsip yang sama juga terpakai seandainya mana-mana pasangan meninggal dunia. Harta yang selebihnya akan diberikan kepada anak-anak atau ahli keluarga yang lain mengikut hukum faraid.


HARTA SEPENCARIAN SEBELUM HUKUM FARAID

Seterusnya, jika berlaku kematian kepada suami setelah beberapa tahun berkahwin dengan puan, rumah itu akan menjadi harta pusaka suami.  Semua waris yang layak termasuk isteri semasa berhak mendapat bahagian masing-masing mengikut hukum faraid.  Bagaimanapun, sebelum rumah itu diselesaikan secara pembahagian pusaka, penyelesaian mengenai sebarang tuntutan harta sepencarian hendaklah diselesaikan terlebih dahulu. Ini bermakna balu/isteri boleh membuat tuntutan hak dalam pembahagian harta sepencariannya terdahulu. Selepas selesai pembahagian harta sepencarian, barulah rumah itu akan dibahagikan mengikut hukum faraid.

PERSETUJUAN DAMAI - KAEDAH SULH
Kaedah penyelesaian apabila melibatkan harta sepencarian ialah melalui kaedah sulh iaitu dengan cara berdamai samada melalui pengakuan dan penyerahan hak pemilikan kepada satu pihak lagi atau nilai harta yang dipersetujui dibahagi mengikut persetujuan. Persetujuan ini boleh dibuat samaada di luar mahkamah atau di hadapan pegawai sulh dan kemudian ianya akan diendors sebagai satu perintah oleh mahkamah. Kaedah lain adalah melalui persetujuan semasa perbicaraan sedang berlangsung. Hakim kebiasaannya akan memberi peluang kepada kdua-dua pihak untuk mencapai persetujuan bersama. Maka persetujuan ini akan diendors sebagai satu perintah Mahkamah. Sekiranya kedua-dua kaedah tersebut tidak dapat menyelesaikan pertikaian, maka mahkamah akan meneliti setiap keterangan dan penghujahan pihak-pihak. Seterusnya mahkamah akan memutuskan pembahagian harta sepencarian tersebut melalui perintah mahkamah.

FAKTA-FAKTA HARTA SEPENCARIAN

Dalam mempertimbangkan Harta sepencarian, Mahkamah akan mengambil kira beberapa perkara penting di dalam permohonan puan antaranya ialah:
1. butiran peribadi pihak-pihak
2. tarikh pernikahan
3. butiran anak-anak
4. tarikh & tempat berlaku perceraian
5. butiran harta-harta yang diperolehi semasa dalam tempoh perkahwinan sehingga bercerai, tarikh diperolehi dll
6. adakah terdapat harta yang diperolehi sebelum perkahwinan tetapi di majukan di dalam tempoh perkahwinan. Jika ada nyatakan butirannya, tarikh diperolehi dan apakah bentuk kemajuan yang dibuat ke atas harta tersebut.
7. asset-asset perhiasan, gelang emas dll
8. tempat tinggal utama di mana pihak-pihak hidup bersama semasa perkahwinan (rumah kelamin).
9. Sama ada ada orang gaji atau pembantu rumah ada disediakan atau tidak
10. Butir-butir harta yang diperolehi bagi setiap pasangan seperti tarikh perolehi harta dll
11. Sejarah pekerjaan setiap pihak
12. Sejarah kedudukan kewangan, sebelum dan semasa pernikahan
13. Sumber-sumber yang menjadi harta-harta diperolehi
14. Perkara yang berkaitan dengan amanah. Contohnya harta diamanahkan kepada anak-anak. Tanggungan pihak-pihak terlibat
15. Kesihatan pihak-pihak terlibat. Ia ada kaitan dengan kemampuan memperolehi harta
16. Harta yang diberi sebagai tanda kasih sayang
17. Fakta mengenai ketenangan jiwa yang diberi oleh isteri kepada suami seperti menjaga anak-anak, dulu bekerja tetapi berhenti untuk menjaga anak-anak dll
18. Berapakah jumlah tuntutan yang dipohon
19. Cara tuntutan diselesaikan (sama ada dengan dijual, pindah milik, tukar milik dll).


Comments

Popular posts from this blog

Pemberimilikkan Tanah

 S.76  KTN memberikan maksud pemberimilikkan adalah suatu pelupusan tanah kerajaan oleh PBN sama ada untuk :      (a) tempoh tidak melebihi 99 tahun      (b) buat selama-lamanya  Pegangan tanah terdiri daripada dua (2) jenis  :      a. pegangan kekal (freehold)      b. Pegangan bertempoh (leasehold) PBN diberikan kuasa untuk menentukan bentuk pegangan sama ada hakmilik  freehold atau leasehold bergantung kepada syarat-syarat pelupusan tanah yang akan dikenakan dan terikat status tersebut dan tidak mudah untuk diubah  atau ditukar sewenang-wenangnya. Hak milik terbahagi kepada dua :   1          Hak milik Pejabat Pendaftaran – iaitu hak milik yang dibuat melalui Pejabat Pengarah Tanah dan Galian di peringkat negeri. Hak milik jenis ini adalah untuk tanah bandar dan tanah pekan; lot tanah desa melebihi 4 hektar;dan bahagian pinggir laut atau dasar laut. 2.  ...

Pecah Bahagian Tanah ,Sempadan Tanah dan Menyatukan Tanah

Pecah bahagian ialahn satu proses yangn membolehkan mana-mana sebidang tanah bermilik yang dimiliki oleh dua (2) orang atau lebih pemilik bersama dipecah bahagian untuk membolehkan setiap pihak memperolehi kuasa keatas tanah berkenaan dibawah hakmilik yang berasingan.  Pernohonan dan syarat-syarat tertakluk kepada kelulusan Pengarah Negeri dan Pentadbir Tanah dibawah S.41 KTN. Permohonan Pecah Bahagian S.142  kelulusan permohan pecah sebahagian mana-mana tanah perlu dikemukakan secara bertulis menggunakan Borang 9B dan disertai oleh perkara-perkara berikut: a. fee permohonan b. Satu pelan menurut skala yang betul c. Kelulusan mana-mana pihak Perancang Pembangunan d. Keizinan bertulis dalam perenggan (e) e. Keizinan bertulis terhadap permohonan untuk tuanpunya bersama Pecah Tanah oleh Pemegang Syer Majoriti dan Pemegang Minoriti S.141A  pindaan-pindaan yang membenarkan tuan tanah, pemegang minoriti untuk membuat permohonan bagi pecah bahagian tanpa mendapatkan persetujuan ...

Hak Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan Pelupusan Tanah

  Undang-undang tanah di Malaysia adalah berasaskan Sistem Torrens iaitu  pendaftaran adalah segalanya.    Pada dasarnya urusan tanah terletak dibawah bidangkuasa Kerajaan Negeri sebagai Pihak Berkuasa Negeri (PBN) seperti yang Senarai II, Jadual ke-9 Perlembagaan Persekutuan.  S.40 KTN memperuntukkan bahawa semua tanah didalam negeri dan semua galian dan batuan yang terkandung didalam tanah terletak dibawah kuasa PBN. Oleh kerana PBN mempunyai kuasa keatas tanah negeri, maka kerajaan negeri mempunyai kuasa penuh dan hak seperti yang diperuntukkan dibawah seksyen-seksyen berikut; S.40- S.50 termasuk a. mempunyai hak dalam semua harta dalam bentuk tanah b. kuasa pelupusan melalui pemberimilikkan, perizaban, pemberian lsen dan permit c. Kuasa mengenakan syarat mengenai penjenisan dan penggunaan tanah. Selain itu PBN juga mempunyai kuasa : S.130 melucuthakkan atau merampas tanah S.195 Menyerah balik tanah S.351 Perkembalian tanah kepada PBN Kuasa Pelupusan Tanah Ha...