Undi
Tidak Percaya di Parlimen
Dalam negara
demokrasi sesebuah kerajaan terbentuk daripada undi majoriti rakyat yang
mengundi parti mana yang menang dalam satu-satu pilliharanya umum. Parti yang mendapat undian terbanyak akan
membentuk sebuah kerajaan yang telah disepakati oleh rakyat. Perdana Menteri
adalah Ketua Kerajaan dengan barisan Jemaah kabinetnya sebagai sebuah kuasa pemerintah
yang akan membentuk sebuah kerajaan berpalembagaan dalam komponen Parlimen daripada Dewan Rakyat,
Dewan Negara yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Sistem demokrasi berpalimen yang diamalkan di
Malaysia terdiri daripada tiga badan
iaitu Badan Pemerintah (eksekutif), Badan Perundangan (Legastif) dan Badan
Kehakiman (Judisiary) yang berasingan dengan bidang kuasa masing-masing. Sistem perundangan seharusnya dihormati dan diletakkan ditempat yang tinggi tanpa ada didalammya unsur penyelewangan dan salah-guna kuasa yang boleh menjejaskan sistem demokrasi disesebuah negara.
Makna demokrasi itu sendiri ialah
suatu bentuk kerajaan dengan kuasa
menggubal undang-undang dan
dasar struktur kerajaannya ditentukan oleh rakyat. Ini kerana kuasa
ahli-alhli parlimen adalah ditentukan dalam tempoh lima tahun sahaja untuk
menujukkan sebarang progresif, rancangan-rancangan kemajuan, pembangunan, ekonomi,
hala-tuju kerajaan yang diingikan oleh rakyat.
Dalam sistem demokrasi, undang-undang yang digubal
didalam parlimen oleh badan legastif yang terdiri daripada Dewan Rakyat dan
Dewan Negara adalah suara
rakyat melalui wakil yang dipilih oleh mereka
sebagai tempat menyalurkan segala aduan , pendapat, isu berbangkit, permasalahan
dan mencari jalan penyelesaian . Dalam
tempoh tersebut ahli-ahli parlimen perlulah menunjukkan prestasi dan melakukan
sebaik mungkin untuk berkhidmat kepada rakyat sebelum berakhirnya penggal
pemerintahan.
Persoalannya,
bagaimana jika kerajaan yang dipilih oleh rakyat kini tidak mendapat kepercayaan
rakyat dan antara ahli dalam dewan dan bagaimana ahli-ahli dewan boleh
menyingkirkan Ketua Kerajaannya? Dalam demokratik
negara memang cara yang terbaik untuk menukar Kerajaan atau Perdana Menteri
adalah dengan undi tidak percaya dalam dewan.
Di Malaysia perlembagaan memperuntukkan penyingkiran Perdana Menteri boleh dibuat
jika ada bukti ia tidak mendapat sokongan daripada anggota Dewan Rakyat dengan
apa-apa cara yang jelas walaupun tidak ada usul dalam Dewan. Ini bermakna
jika majoriti ahli Dewan (Kerajaan dan Pembangkang) mengemukakan pengakuan
secara bertulis, ditandatangani dan bersaksi, bahawa mereka tidak lagi percaya
kepada Perdana Menteri, maka Yang diPertuan Agong boleh bertindak mengguling Perdana Menteri.
Membuat deklarasi atau tuntutan penggulingan Perdana Menteri tidak ada dalam
perlembagaan dan belum timbul di Malaysia. Akan tetapi jika berlaku atas
rintihan rakyat, maka Raja-Raja Melayu akan termaklum mengenainya. Dahulu, semasa melawan Malayan Union, setelah
Raja-Raja dipaksa oleh pihak British menandatangani perjanjian menyerah
negeri-negeri Melayu British, rakyat bangun dan menghasut Raja-Raja supaya
tidak menghadiri dan mengiktiraf pelantikan Gabenor untuk Malayan
Union. Raja-Raja pun tidak hadir. British terpaksa menyalahkan
rancangan Malayan Union mereka dan menubuh Persekutuan Tanah Melayu pada tahun
1948. Dari peristiwa ini kita boleh
buat kesimpulan bahawa suara rakyat ada hikmatnya. Itulah sebab deklarasi rakyat penting.
Berbalik kepada undi tidak percaya, Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan
menjelaskan:
Jika Perdana Menteri tidak
lagi mendapat kepercayaan majority ahli Dewn Rakyat, maka Perdana Menteri
hendaklah meletakkan jawatan Jemaah menteri melainkan atas permintaannya
parliamen dibubarkan oleh YPDA.
Apabila undi tidak percaya seseorang Perdana Menteri harus
melakukan salah satu daripada berikut:
1. Meletakkan
jawatannya bersama-sama semua menteri-menteri yang lain atau
meminta perkenan YPDA untuk menggantikannya dengan seseorang yang mendapat
undian majoriti.
2.
Meminta
YPDA membubarkan parlimen dan mengadakan satu piliharanraya umum.
Perkara 43(3) menunjukkan Jemaah
Menteri hendaklah bersama-sama bertanggungjawab sebagai satu pasukan kepada
Parlimen bermakna segala keputusan yang dibuat dan dijalankan oleh seseorang
menteri mestilah disokong oleh menteri-menteri lain dalam kabinet.
Konvensyen Perlembagaan saling
jaga-menjaga reputasi Pemerintah.
Berdasarkan
peruntukan perlembagaan ini, jelas
menunjukkan undi-tidak percaya boleh berlaku kepada Perdana Menteri jika sekiranya terdapat usul dan usul tersebut diterima oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat dan beliau membuat pertimbangan
sama ada menerima atau tidak untuk dibahaskan dalam Dewan mengikut peruntukan
dalam Standing Orders (Peraturan Mesyuarat) dimana Dewan Rakyat , Speaker akan mengusul
kepada ahli-ahli Parlimen untuk berbahas dan mengundi. Konvensyen
berlembagaan adalah hasil keputusan prosedur pembuangan undi tidak percaya
kepada Perdana Menteri di parlimen. Ia berlaku apabila Perdana Menteri dilihat gagal
menjalankan fungsinya sebagai ketua kerajaan atau hilang kewibawaannya dalam
meyakinkan parti lain dengan kecekapan kepimpinannya. Ia juga berlaku apabila
hilang keyakinan rakan-rakan sepasukan dalam parlimen dan juga sokongan
parti.
Dari segi sudut politik, konvensyen
berlembagaan adalah konsep “tanggungjawab
bersama” iaitu amalan yang menjadi
pegangan atau adat dalam kerajaan perlembagaan terpakai kepada semua institusi
kerajaan demi menjaga kedaulatan orang ramai. Dari segi amalan politik prinsip
tanggjungjawab bersama mengawal menteri sama ada dari segi peribadi atau awam tidak
melanggar kedaulatan undang-undang itu sendiri walaupun mereka adalah badan pembuat undang-undang . Keberkesanan konvensyen jika berlaku perlanggaran maka tanggungjawab
seseorang menteri tersebut haruslah meletakkan jawatannya kerana akur dengan
prinsip “tanggungjawab bersama” demi menjaga kementerian dan portfolio
masing-masing dan reputasi kerajaan . Konsep konvensyen perlembagaan adalah prisip-prinsip
yang berkonsepkan kawalan terhadap kerajaan yang memerintah terpakai kepada perdana
menteri, kabinet menteri supaya
menjalankan fungsi dan tanggungjwab tugas masing-masing dengan kreadibiliti , ketelusan
dan integriti.
Implikasi
konvensyen dari segi kesan politik digunakan untuk menegaskan kepentingan parti. Sekiranya seorang menteri tidak bersetuju
dengan dasar atau kepimpinan kerajaan maka beliau perlu meletak jawatan sebagai
tanda tidak sehaluan dengan kabinet yang lain termasuk Perdana Menteri. Ia digunakan sebagai sokongan menteri kepada
kerajaan adalah tidak berbelah-bagi dan saling berkerjasama dalam satu pasukan
untuk melindungi kepentingan bersama dan menjaga nama baik kerajaan. Konvensyen dianggap tidak
memberikan kesan dari segi perundangan dan ianya bukan undang-undang yang dikuatkusakan oleh mahkamah sekiranya berlaku perlanggaran terhadapnya kerana dianggap sebagai menghormati etika politik atau moraliti
perlembagaan.
Comments
Post a Comment