Skip to main content

Hasutan ataupun Kebebasan bersuara




Akta Hasutan 1948 Akta 15

Mentafsir “menghasut” apabila dipakai bagi atau digunakan berkenaan dengan apa-apa perbuatan, ucapan, perkataan, penerbitan atau apa-apa benda lain menjadikan perbuatan, ucapan, perkataan, penerbitan atau benda lain itu sebagai yang mempunyai kecenderungan menghasut.

S3. (1) Sesuatu “kecenderungan menghasut” ialah kecenderungan:

(a) bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja atau Kerajaan;
(b) bagi membangkitkan rakyat mana-mana Raja atau penduduk mana-mana wilayah yang diperintah oleh mana-mana Kerajaan supaya cuba mendapatkan perubahan, dengan apa-apa cara selain cara yang sah, apa-apa jua yang wujud menurut undang-undang di dalam wilayah Raja itu atau wilayah yang diperintah oleh Kerajaan itu;
(c) bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap pentadbiran keadilan di Malaysia atau di mana-mana Negeri;
(d) bagi menimbulkan perasaan tidak puas hati atau tidak setia di kalangan rakyat Yang di-Pertuan Agong atau rakyat Raja mana-mana Negeri atau di kalangan penduduk Malaysia atau penduduk mana-mana Negeri;
(e) bagi mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia; atau
(f) bagi mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 152, 153 atau 181 Perlembagaan Persekutuan.

S 4. (1) Mana-mana orang yang menghasut jika:

(a) melakukan atau cuba melakukan, atau membuat apa-apa persediaan untuk melakukan, atau berkomplot dengan mana-mana orang untuk melakukan, apa-apa perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut, atau, jika dilakukan, akan mempunyai kecenderungan menghasut;
(b) menyebut apa-apa perkataan menghasut;
(c) mencetak, menerbitkan, menjual, menawarkan untuk dijual, mengedarkan atau mengeluarkan semula apaapa penerbitan menghasut; atau
(d) mengimport apa-apa penerbitan menghasut,

Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan - Kebebasan Bercakap, Berhimpun dan Berpersatuan

Apabila bercakap berkenaan kebebasan bersuara hal  ini terpakai bukan sahaja pendapat, fikiran, maklumat, idea yang popular yang diterima oleh masyarakat tetapi ia juga terpakai kepada maklumat, pendapat yang menimbulkan kontroversi, perasaan tidak senang hati yang memeranjatkan segelintir masyarakat yang dibawah oleh pemikir pluraris , bersikap toleransi melampau dan berfikiran luas. Di Barat kebebasan bersuara dianggap sebagai  hak asas asasi manusia dalam sesebuah negara demokrasi. Dimana kebebasan mengeluarkan fikiran itu adalah awalan syaratnya , jika terdapat had-had dan sekatan boleh menjejaskan sesebuah demokrasi.  Tanpa kebebasan bersuara, masyarakt dianggap bukan masyarakat demokratik, memandangkan demokriasi adalah berdasarkan kepada keizinan  dan penyertaan kepada sikap pluraris, toleransi dan berfikran luas. 

Namum hakikatnya, negara-negara di Eropah sedang berdiri pada landasan toleransi dan kebebasan bersuara yang tidak adil.  Kehilangan toleransi dan sikap tidak adil negara-negara Barat di dalam isu-isu “Holocaust” , Kes pembunuhan 12 pekerja Charlie Hebdo di Paris, PEGIDA,  kebebasan bersuara tersebut mendedahkan kemelut negara-negara Barat dalam menetapkan nilai-nilai hak asasi manusia mereka.  Secara dasarnya, demokrasi perlu mempunyai had-had yang tertentu dikenakan keatas hak-hak individu apabila berhadapan dengan aktiviti-aktiviti surversif untuk memberentas ancaman-ancaman dengan berkesan supaya demokrasi  terus kekal.

Kebebasan bersuara adalah hak rakya bagi sesebuah negara yang berdemokrasi. Di peringkat sejagat, hak kebebasan bersuara termaktub sebagai hak memberikan pendapat dan berekspresi - Everyone has the right to freedom of opinion and expression; this right includes freedom to hold opinions without interference and to seek, receive and impart information and ideas through any media and regardless of frontiers di dalam Perkara 19 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR 1948), yang merupakan salah satu dokumen utama hak asasi manusia yang diisytiharkan Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada 10 Disember 1948 di Palais de Chaillot, Paris.

Di Malaysia, kebebasan bersuara termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan mengenai hak warganegara Malaysia dalam bercakap, berhimpun dan berpersatuan.   Perkara 10(4), yang memperuntukkan kebenaran kepada Parlimen untuk meluluskan undang-undang yang melarang apa-apa yang mempersoalkan perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan dan kedaulatan yang dilindungi di bawah Perkara 3 (kedudukan agama Islam), Perkara 152 (Bahasa Kebangsaan), Perkara 153 (Perizaban kuota bagi orang Melayu, bumiputera Sabah dan Sarawak) dan Perkara 181 (Pengecualian bagi kedaulatan Raja-Raja Melayu). 

Hal ini menjelaskan bahawa setiap anggota masyarakat adalah bebas  mengeluarkan pendapat, bersuara lantang melontarkan kritikan, melibatkan diri dalam perhimpunan yang dibenarkan atau menganjurkan dan turut serta dalam suatu perhimpunan dengan aman tanpa senjata, tertakluk kepada sekatan yang dianggap perlu dan demi kepentingan ketenteraman dan keselamatan awam,  mendaftar pertubuhan ataupun persatuan bagi  agenda persatuan masing-masing.  Akan tetapi sebarang aktiviti tersebut mempunyai had dan sekatan agar tidak terlibat dalam penghinaan kepada hak-hak prerogratif, sensitiviti kaum dan agama lain, hasutan dan ancaman yang boleh menggugat keselamatan dan kestabilan negara dek kerana mencabar perkara yang telah termaktub didalam perlembagaan sebagai undang-undang sah, jika perlanggaran berlaku maka adalah menjadi satu kesalahan dan boleh dijatuhkan hukuman.   Ini menunjukkan kebebasan bersuara bukan jalan untuk melakukan perbuatan sesuka-hati kerana ada had-had dan sekatan-sekatan yang mereka perlu faham dan ambil serius.


Akta Hasutan penting melindungi Kontrak Sosial rakyat berbilang kaum.


Rakyat Malaysia perlu memahami kontak sosial dengan jelas berdasarkan kepada fakta sejarah. Kontrak sosial harus difahami sekurang-kurangnya tentang hubung kaitnya kepada empat perkara utama iaitu Bahasa Kebangsaan, Agama Islam, Kedudukan Raja-Raja Melayu , Keistimewaan orang melayu penduduk asal Malaysia.  Kontrak sosial adalah berdasarkan satu persetujuan tiga kaum di kalangan pemimpin dan kumpulan elit tertentu yang dicapai sebelum merdeka di kalangan wakil dari UMNOMCA dan MIC yang melalui kemenangan Perikatan dalam pilihan raya 1955.   Ia juga merupakan penggantian beri-memberi atau quid pro quo melalui Perkara 14–18 Persekutuan yang berkenaan dengan pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada orang-orang bukan Melayu, dan Perkara 153 yang memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga kedudukan keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia.   Tanpa kontrak sosial mungkin kita tidak dapat mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 kerana pihak British ketika itu menjadikan permuafakatan itu sebagai prasyarat.   
Prinsip kerakyatan yang diperkenalkan oleh British secara Jus Soli apabila British dengan mudah memberikan kerakyatan kepada orang dagang atau imigran kaum Cina dan India ke Tanah Melayu membangkitkan kebimbangan dikalangan masyarakat tempatannya.  Prinsip jus soli diperkenalkan untuk menyelesaikan status kerakyatan kaum imigran dalam gagasan Malayan Union. Prinsip ini digunakan juga pada tahun 1945 oleh pihak British dan dilaksanakan oleh gagasan Malayan Union pada tahun 1946 walaubagaimanapun Malayan Union dibubarkan dan digantikan oleh Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948.   Pembentukan Persekutuan  1957 telah mengetatkkan syarat kepada kewarganegaraan jus soli yang diterima secara automatis sebagai warganegara dalam Persekutuan yang mendapat kerakyatan dengan ini bersetuju dengan empat perkara penting dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu:
1.       Agama Islam sebagai Agama persekutuan (Perkara 3) ;
2.       Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan (Perkara 152) ;
3.       Mengenai kedudukan istemewa orang Melayu dan Anak Negeri Sabah dan Sarawak (Perkara 153) dan
4.       Kedudukan Raja-Raja Melayu (Perkara 181)


Maka bermula era itu,  titik permulaan kontrak sosial sebagai asas kepada sistem pemerintahan yang menjadikan kita negara demokrasi berparlimen raja berperlembagaan dengan konsep negeri dan persekutuan. 

Akta Hasutan penting untuk melindungi kontrak sosial kontrak sosial antara kaum yang dipersetujui sebelum negara mencapai kemerdekaan Hakikat bahawa Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang mempunyai perbezaan budaya dan agama.  Sesungguhnya akta ini amat diperlukan untuk menjamin kestabilan, keamanan, dan keharmonian yang kita rasai selama ini.   Akta Hasutan 1948 perlu dipertahankan dengan apa cara sekali pun kerana akta ini melindungi kontrak sosial yang dipersetujui  oleh tiga kaum utama sejak merdeka lagi  , mengekang dan menangkis ancaman yang mungkin berlaku  dan menjamin keamanan negara dan keharmonian rakyat di negara ini.    



Sumber:

Sumber Maklumat:- Bahagian Pengurusan Maklumat Strategik, Kementerian Penerangan Malaysia





Comments

Popular posts from this blog

Pemberimilikkan Tanah

 S.76  KTN memberikan maksud pemberimilikkan adalah suatu pelupusan tanah kerajaan oleh PBN sama ada untuk :      (a) tempoh tidak melebihi 99 tahun      (b) buat selama-lamanya  Pegangan tanah terdiri daripada dua (2) jenis  :      a. pegangan kekal (freehold)      b. Pegangan bertempoh (leasehold) PBN diberikan kuasa untuk menentukan bentuk pegangan sama ada hakmilik  freehold atau leasehold bergantung kepada syarat-syarat pelupusan tanah yang akan dikenakan dan terikat status tersebut dan tidak mudah untuk diubah  atau ditukar sewenang-wenangnya. Hak milik terbahagi kepada dua :   1          Hak milik Pejabat Pendaftaran – iaitu hak milik yang dibuat melalui Pejabat Pengarah Tanah dan Galian di peringkat negeri. Hak milik jenis ini adalah untuk tanah bandar dan tanah pekan; lot tanah desa melebihi 4 hektar;dan bahagian pinggir laut atau dasar laut. 2.  ...

Pecah Bahagian Tanah ,Sempadan Tanah dan Menyatukan Tanah

Pecah bahagian ialahn satu proses yangn membolehkan mana-mana sebidang tanah bermilik yang dimiliki oleh dua (2) orang atau lebih pemilik bersama dipecah bahagian untuk membolehkan setiap pihak memperolehi kuasa keatas tanah berkenaan dibawah hakmilik yang berasingan.  Pernohonan dan syarat-syarat tertakluk kepada kelulusan Pengarah Negeri dan Pentadbir Tanah dibawah S.41 KTN. Permohonan Pecah Bahagian S.142  kelulusan permohan pecah sebahagian mana-mana tanah perlu dikemukakan secara bertulis menggunakan Borang 9B dan disertai oleh perkara-perkara berikut: a. fee permohonan b. Satu pelan menurut skala yang betul c. Kelulusan mana-mana pihak Perancang Pembangunan d. Keizinan bertulis dalam perenggan (e) e. Keizinan bertulis terhadap permohonan untuk tuanpunya bersama Pecah Tanah oleh Pemegang Syer Majoriti dan Pemegang Minoriti S.141A  pindaan-pindaan yang membenarkan tuan tanah, pemegang minoriti untuk membuat permohonan bagi pecah bahagian tanpa mendapatkan persetujuan ...

Hak Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan Pelupusan Tanah

  Undang-undang tanah di Malaysia adalah berasaskan Sistem Torrens iaitu  pendaftaran adalah segalanya.    Pada dasarnya urusan tanah terletak dibawah bidangkuasa Kerajaan Negeri sebagai Pihak Berkuasa Negeri (PBN) seperti yang Senarai II, Jadual ke-9 Perlembagaan Persekutuan.  S.40 KTN memperuntukkan bahawa semua tanah didalam negeri dan semua galian dan batuan yang terkandung didalam tanah terletak dibawah kuasa PBN. Oleh kerana PBN mempunyai kuasa keatas tanah negeri, maka kerajaan negeri mempunyai kuasa penuh dan hak seperti yang diperuntukkan dibawah seksyen-seksyen berikut; S.40- S.50 termasuk a. mempunyai hak dalam semua harta dalam bentuk tanah b. kuasa pelupusan melalui pemberimilikkan, perizaban, pemberian lsen dan permit c. Kuasa mengenakan syarat mengenai penjenisan dan penggunaan tanah. Selain itu PBN juga mempunyai kuasa : S.130 melucuthakkan atau merampas tanah S.195 Menyerah balik tanah S.351 Perkembalian tanah kepada PBN Kuasa Pelupusan Tanah Ha...