Definasi kedaulatan undang-undang diambil
daripada definasi Rule of Law bermaksud Peraturan Perundangan, membawa prinsip bahawa semua
orang dan juga kerajaan tidak terkecuali terikat untuk mematuhi peraturan
undang-undang , bertanggungjawab dan
tertakluk kepada undang-undang yang sedang berkuatkuasa. Prinsip Moden Kedaulatan Undang-Undang adalah konsep baharu
kedaulatan menyatakan bahawa semua undang-undang hendaklah berkesan dan
berkuatkuasa ke hadapan, dan tidak ada undang-undang retrospektif, iaitu
undang-undang yang memberi kesan secara kebelakang. Kedaulatan undang-undang juga merujuk kepada
badan kehakiman yang bebas (Perkara 125), serta pemakaian prinsip semakan
kehakiman dan kebebasan asasi (Bahagian II Perlembagaan). Ini membawa maksud
pentadbiran yang berlandaskan undang-undang; bukan yang dipelopori oleh
pemerintah semata-mata. Kedaulatan undang-undang berteraskan kepada konsep
Pengasingan Kuasa yang menjamin institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa.
Di Malaysia, takrif istilah ini yang dirumuskan oleh The International Bar Association (IBA) adalah lebih dekat dihati mereka. Menurut badan ini, berasaskan satu ketetapannya pada 8 Oktober 2009, istilah rule of law ini mengandungi beberapa ciri penting, antaranya:
a.
Negara mesti ada badan kehakiman yang bebas dan tidak berat sebelah.
b.
Hak mendapatkan perbicaraan yang terbuka dan adil tanpa kelengahan yang
melampau.
c.
Pendekatan yang rasional dan seimbang mengenai hukuman.
e.
Satu profesion guaman dalam negara yang kuat dan bebas.
f.
Komunikasi antara peguam dan anak guam hendaklah dilindungi.
g.
Hak sama rata di sisi undang-undang bagi semua orang.
Mengikut Deklarasi Delhi
(1959) yang dirumuskan dalam satu persidangan International Commission of Jurists
di Delhi, India (dihadiri oleh lebih 185 hakim, peguam dan profesor
undang-undang dari 53 negara), istilah rule of law mengandungi jaminan hak
asasi rakyat, institusi kehakiman yang bebas dan hal keadaan sosial, ekonomi
serta budaya yang mampu memelihara kehormatan insaniah (human dignity).
Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB) mentakrif istilah rule of law ini sebagai satu prinsip urus
tadbir (governance) yang mengandungi ciri-ciri berikut:
a. Semua orang, institusi, entiti awam dan swasta, serta kerajaan
sendiri adalah tertakluk kepada undang-undang negara.
b. Undang-undang negara hendaklah jelas, diketahui umum,
dikuatkuasakan secara adil dan tidak berat sebelah.
c. Jika timbul pertikaian atau pelanggaran undang-undang, isu ini
akan diadili oleh satu badan kehakiman yang bebas (tidak tertakluk kepada
pengaruh atau kuasa badan perundangan atau badan eksekutif).
d. Pemerintahan yang setara dan konsisten dengan norma dan standard
hak asasi manusia sejagat.
e. Ada langkah-langkah yang sempurna dalam negara untuk memelihara
ketinggian undang-undang, hak sama rata di sisi undang-undang, pengasingan
kuasa, penyertaan dalam membuat keputusan, ketentuan undang-undang, ketiadaan
kuasa arbitrari dan ketelusan undang-undang dan prosedur.
AV Dicey telah memperkenalkan tiga elemen asas
kedaulatan undang-undang. Pertama,
tiada kuasa yang boleh dilaksanakan secara sewenang-wenangnya. Kedua, mematuhi
keluhuran undang-undang. Ketiga, kuasa budi bicara yang terhad. Mengikut Dicey, intipati rule of law adalah semua pihak dalam sebuah
negara (rakyat biasa, kerajaan yang memerintah, pegawai kerajaan yang
menguatkuasakan undang-undang dan hakim-hakim sekali) tertakluk kepada
undang-undang yang sama. Ini bermakna tidak ada kerajaan kuku besi, autokrasi,
diktator selain tiada diskriminasi.
Secara dasarnya rule of law mengandungi
empat elemen penting iaitu kebertanggungjawaban (accountability), undang-undang
yang adil (just laws), kerajaan terbuka (open government) dan penyelesaian
pertikaian yang mudah dicapai dan tidak berat sebelah (accessible and impartial dispute
resolution). ia
merangkumi aspek semua orang dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan
sebaliknya dalam mahkamah, tidak ada tangkapan atau pemenjaraan yang arbitrary,
tiada harta rakyat boleh diambil secara salah dan hukuman yang dijatuhkan oleh
mahkamah hendaklah padan dengan kesalahan yang dilakukan.
Kegagalan mematuhi Kedaulatan Undang-undang
Krisis kehakiman 1988, menyaksikan Ketua Hakim
pada masa itu Tun Mohammed Salleh Abas dipecat oleh Perdana Menteri Dr.
Mahathir menunjukkan kegagalan berfungsi sistem perundangan dalam bidangkuasa
badan kehakiman kerana Malaysia mengamalkan pemisahan kuasa antara badan
perundangan, badan kehakiman dan badan eksekutif daripada mencampuri urusan pentadbiran
antara satu sama lain. Campur-tangan
badan Eksekutif keatas badan kehakiman ini jelas menunjukkan terdapat
kerosakkan badan kehakiman dan demokrasi di negara ini.
Fakta seperti Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail
telah ditamatkan perkhidmatan pada tahun 2015 dari kerana alasan kesihatan, dan
digantikan oleh bekas hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali. Beliau yang ditamatkan perkhidmatannya supaya
kerusinya boleh diisi oleh seorang Peguam Negara baharu yang dengan segera
menyatakan Datuk Seri Najib Tun Razak (selaku orang yang bertanggungjawab ke
atas 1MDB) adalah tidak bersalah, fakta
bagaimana kerja Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menjadi kelam-kabut
apabila ada ahlinya dilantik sebagai timbalan menteri, tekanan dikenakan ke
atas beberapa penjawat awam dan laporan audit 1MDB dijadikan rahsia di bawah
Akta Rahsia Rasmi (OSA) menunjukkan kepada kita bahawa rule of law tidak
dihormati dan gagal dipatuhi. Pada 16 Mei 2018 pula, portal Human Rights Watch menyatakan bahawa hari Datuk Seri Anwar Ibrahim
dibebaskan dari penjara dengan pengampunan penuh pastinya merupakan hari yang
amat gembira baginya dan ahli keluarganya, tetapi lebih penting lagi ia
menandakan satu pembaharuan kepada kedaulatan undang-undang di negara ini.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/utama/prinsip-kedaulatan-undang-undang-rakyat-kerajaan-sama-sama-terikat-1.685280#ixzz5jl1C91W8
© Utusan Melayu (M) Bhd
Artikel
Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/utama/memahami-maksud-i-rule-of-law-i-1.677074#ixzz5jl497gwD
© Utusan Melayu (M) Bhd
© Utusan Melayu (M) Bhd
Comments
Post a Comment