PENGASINGAN KUASA DI MALAYSIA
Badan
Perundangan
Pembahagian
Kuasa
Dalam kes Pendakwa Raya lwn Kok Wah Kuan [2007] 5 MLJ 174, Mahkamah
Persekutuan menyatakan bahawa “pengasingan kuasa adalah satu terma yang
dicipta oleh ahli pemikir Perancis bernama Baron de Montesquieu. Ia adalah satu
doktrin politik di mana badan perundangan, badan eksekutif dan badan kehakiman
kerajaan hendaklah diasingkan, demi mengelak dari berlakunya penyalahgunaan
kuasa.
Pembahagian
Kuasa atau dipanggil "Separation
of Powers" merupakan satu doktrin dalam pemerintahan demokrasi yang membahagikan urusan dalam negara kepada tiga cabang utama :
1.Badan
Pemerintah atau Eksekutif membuat undang-undang dan menguatkuasakan serta mentadbir mengikut
perlembagaan serta-merta.
2.Badan
Perundangan atau Legislatif
penggubal undang-undang, meminda dan meluluskan undang-undang persekutuan dan
negeri.
3.Badan
Kehakiman atau Judisiari mentafsir undang-undang
bertulis yang dibuat oleh Parlimen atau DUN serta menegakkan keadilan
undang-undang.
Pengasingan tiga kuasa tersebut adalah berperanan untuk :
a. mengelakkan salahguna kuasa akibat pemusatan
kepada kuasa mutlak
b. membolehkan setiap badan bertindak tanpa ada
gangguan oleh badan-badan yang lain
c.
mengelakkan
pertindihan bidangkuasa badan yang sama dalam pentadbiran lebih dari satu
kuasa.
Oleh itu konsep pengasingan kuasa dalam
perlembagaan berperanan sebagai pemeriksa dan pengimbang, tidak mempengaruhi
keputusan atau tindakan badan-badan yang lain. Dalam sistem
berparlimen hubungan antara institusi Eksekutif dan Legeslatif adalah amat
rapat sekali.
Badan
Eksekutif
Badan eksekutif
merupakan badan pembuat dasar Kerajaan Persekutuan. Ia juga bertindak
melaksanakan kuasa Kerajaan Persekutuan. -Badan eksekutif diketuai oleh Perdana
Menteri dan 28 orang Menteri lain. Di Malaysia, kabinet merupakan badan
tertinggi yang menjalankan kuasa eksekutif. Jemaah Menteri ini terdiri daripada mereka
yang mewakili parti yang mendapat majoriti dalam Parlimen ianya berperanan
sebagai:
(1) mentadbirkan
Kerajaan Persekutuan mengikut bidang kuasa yang terdapat dalam Senarai
Persekutuan
(2) Membuat dasar
kerajaan -Memperinci dasar-dasar umum yang dijanjikan kepada rakyat
(3) Membentuk dasar
koordinasi yang bertujuan membina sebuah kerajaan yang cekap dan efektif
(4) Mengendalikan
sebarang masalah kecemasan yang melibatkan negara dan rakyat.
Badan Perundangan atau
Legislatif adalah kuasa menggubal undang-undang diperingkat persekutuan terletak
pada Parlimen, yang terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan
Dewan Rakyat. Di peringkat Negeri, kuasa
ini dipegang Badan Perundangan Negeri masing-masing.
Struktur
Badan Perundangan (Legislatif)

|
DEWAN RAKYAT
|
DEWAN
NEGARA
|
||
|
LATAR BELAKANG
|
|||
|
·
222 kerusi di dalam Dewan Rakyat yang mewakili 222 kawasan
Pilihanraya Parlimen
·
membawa gelaran Wakil Rakyat atau MP (members of Parliament)
|
·
44 orang dilantik oleh YDPA atas cadangan PM
·
26 orang dilantik oleh DUN
·
Membawa gelaran Senator
|
||
|
PERANAN
|
|||
|
·
Membahaskan/Membuat/meminda/ mengubal /meluluskan rang
undang-undang
·
Meluluskan undang-undang yang tidak diluluskan DN dalam masa 1
bulan
·
Meluluskan undang-undang yang lain yang tidak diluluskan DN
dalam tempoh satu tahun,
·
Membentangkan masalah-masalah yang berkaitan dengan rakyat di
Parlimen.
|
·
Membahaskan Rang Undang-undang yang diluluskan oleh Dewan
Rakyat dengan teliti.
·
Memohon Dewan Rakyat mengkaji semula sesuatu Rang
Undang-undang.
·
Befungsi sebagai badan yang menyemak sesuatu Rang
Undang-undang
·
Berkuasa menangguh kelulusan rang undang-undang selama 1 bulan
atau selama 1 tahun.
|
||
|
KEAHLIAN
|
|||
|
·
Dipilih melalui pilihanraya umum
·
Setiap ahli mewakili satu kawasan
pilihanraya
·
Bilangan ahli-ahli Dewan Rakyat pada Pilihanraya Umum tahun
2008 adalah seramai 222 orang ahli
·
Umur 21 tahun untuk menjadi seorang MP
|
·
Terdapat dua kategori lantikan:
a. 26 orang ahli adalah
dari 13 buah negeri (di pilih oleh DUN untuk mewakili negeri)
b. 44 orang ahli yang dilantik Yang Dipertuan Agong, termasuk dua orang
ahli dari Wilayah Persekutan Kuala Lumpur dan Seorang dari Wilayah Persekutan
Labuan & Putrajaya
·
Berumur 30 tahun dan keatas
·
Berjasa kepada negara,pakar dalam sesuatu bidang atau mewakili
golongan-golongan tertentu
|
||
Kebebasan
Kehakiman
Dalam Metramac Corporation Sdn Bhd
v Fawziah Holdings Sdn Bhd [2007], hakim mengatakan bahawa, “kebebasan
kehakiman ini adalah kebebasan untuk melakukan keputusan tanpa terikat dengan
apa-apa melainkan undang-undang dan kesedarannya secara neutral, adil dan bebas
tekanan. Tujuannya adalah untuk memastikan keadilan diberikan dan mengembalikan
keyakinan kepada institusi kehakiman.”
Kuasa kehakiman terletak pada Mahkamah Tinggi
dan Mahkamah Rendah, Mahkamah Tinggi terdiri daripada Mahkamah Tinggi Malaya
dan dua (2) Mahkamah Tinggi Sabah dan
Sarawak, manakalah Mahkamah Rendah terdiri daripada Semenajung, Sabah dan
Sarawak adalah Mahkamah Seksyen , Mahkamah Majistret dan Mahkamah Penghulu di
Semenajung dan Mahkamah Negeri/ Adat di Sabah dan Sarawak. Mahkama ini penting kerana mahkamah dijamin dengan
kuasa ini untuk bertindak adil dan saksama dalam menguruskan hal-hal
pentadbiran keadilan. Selari dengan dua
prinsip Rukun Negara iaitu Kedaulatan Undang-undang dan Keluhuran Perlembagaan,
kehakiman berfungsi sebagai antaranya,
(1) melaksanakan keadilan,
(2) semak dan im bang antara legislative dan
eksekutif,
(3) mekanisme penyelesaian pertikaian,
(4) melindungi hak asasi manusia dan
(5) memelihara perlembagaan
Comments
Post a Comment