Skip to main content

Hak Kesamarataan ataupun pengkelasan orang-orang tertentu




Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan

"Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang."

Dalam memahami hak kesamarataan ia adalah hak yang bukan mutlak dan terdapat syarat dan had-had tertentu diberikan perhatian dalam menangani isu berkaitan kes-kes yang dikira rasional untuk diberkan perbezaan dan perbezaan layanan yang dikira sah dalam keputusan-keputusan mahkamah.  Berikut prinsip-prinsip yang diambil kira dalam menentukan sesuatu keputusan mahkamah yang berbeza antara satu sama lain walupun terdapat kes yang hamper-hampir sama .

PP v Tengku Mahmood Iskandar (1973)

Di dalam kes ini, responden telah dituduh menyebabkan kematian pekerja di kelab golf semasa beliau bermain golf di Cameron Highland. Namun, disebabkan alasan beliau seorang putera Sultan Johor, hukuman terhadapnya dikurangkan. Perkara ini menimbulkan kontroversi kerana ia didakwa bercanggah dengan apa yang termaktub di bawah Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut bahawa semua orang adalah sama dan berhak kepada perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.


Ujian Diffirentia Intelligible

Berdasarkan konsep Intelligible Diffirentia.  Intelligible sesuatu yang boleh difahami atau boleh dikawal oleh fahaman manusia. Differentia bermaksud kebolehan untuk membezakan sesuatu yang mana sesuatu itu adalah berlainan dengan yang lain. Intelligible Differentia bermaksud membezakan antara orang-orang yang dikumpulkan bersekali dengan orang yang dikeluarkan dari kumpulan tersebut. Perbezaan itu mestilah mempunyai sebab yang rasional dan logik terhadap undang-undang yang dipertikaikan. Perbezaan boleh dibuat berasaskan kepada geografi, perkara atau kesalahan. Seseorang itu mestilah memastikan bahawa nexus antara alasan pengkelasan itu dengan objektif akta yang dipersoalkan.

Ujian kemunasabahan Wednesbury

Diskriminasi terhadap seseorang atas dasar warna kulit (atau DNA) adalah tidak berpatutan. Kedua, dengan menggunakan bangsa sebagai kriteria untuk layanan baik atau tidak baik.

Teori Rawl v Pandangan Islam
Apabila merujuk kepada pandangan Islam, manusia hanya dibezakan oleh ketaatan, dilihat sebagai sama rata, dan perbezaan latar belakang seumpama kepelbagaian bangsa bukanlah persoalan yang membenarkan sesiapa untuk menuntut atau diberikan hak istimewa. Namun, perkara berkenaan adalah identiti diri, supaya masyarakat dapat mengenali antara satu sama lain.
Teori Rawls pulan menunjukkan pendapat yang kontra. Yang mana, menurut teori ini, manusia tidak sama antara satu sama lain. Sesetengah dilahirkan dengan keistimewaan, seumpama kedudukan. Oleh hal yang demikian, menurut teori keadilan Rawls, perbezaan ini menuntut layanan yang berbeza antara manusia sesuai dengan keperluannya. Teori ini memperlihatkan keadilan berdasarkan kepada latar belakang individu.

Pengkelasan Munasabah

Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan hanya mengkehendaki pengkelasan tersebut bersifat munasabah dan bukanlah dibuat sesuka hati tanpa alasan yang kukuh.     Mahkamah menggunakan doktrin pengkelasan munasabah berasaskan prinsip bahawa setiap orang perlu dibezakan menurut ciri-ciri mereka tersendiri di dalam situasi tertentu. Hak untuk diberi layanan sama rata tidak bermaksud undang-undang tidak berkuasa untuk mengkelaskan seseorang itu mengikut beberapa kumpulan dan memberi layanan yang berbeza kepada mereka.  
Terdapat beberapa prinsip yang dilahirkan berdasarkan Doktrin Pengkelasan Munasabah. Antara prinsip-prinsip tersebut ialah:
1.      Peruntukan berkenaan dengan hak kesamarataan tidak bersifat mutlak. 
Hal ini bermaksud, bukan semua undang-undang dikehendaki berfungsi secara sama rata kepada semua orang tanpa mengira tempat atau keadaan.
2.      Peruntukan mengenai hak kesemarataan mempunyai syarat-syaratnya tersendiri.
3.      Sekatan terhadap layanan dikenakan kepada badan perundangan dan badan eksekutif.
4.      Tegahan terpakai kepada undang-undang tatacara dan substantif.
5.      Terdapat bayangan yang disimpulkan dari peruntukan perkara 8 yang dilihat membenarkan penindasan berdasarkan pengkelasan dijalankan.
6.      Perkara 8 sendiri membayangkan bahawa penindasan berdasarkan pengkelasan adalah dibenarkan.

Prinsip utama Perkara 8 menyatakan bahawa sebuah undang-undang haruslah beroperasi secara sama rata pada semua orang apabila diguna pakai dalam keadaan yang sama.  Namun, ini tidak bermakna bahawa undang-undang yang sama haruslah diaplikasikan kepada semua orang secara mutlak.  Perkara 8 hanya menjamin bahawa seseorang dalam sebuah kelas yang sama haruslah diberi layanan secara sama rata di bawah Perkara 8 seperti orang lain dalam kelas tersebut.


Diskriminasi bukan keputusan mutlak

PP v Su Liang Yu (1976)
Dalam kes tersebut, tertuduh telah didakwa di bawah Seksyen 4(c) Akta Pencegahan Rasuah 1961. Permasalahan berlaku apabila Peguam Negara menggunakan kuasanya yang diperuntukkan dari Seksyen 418A Kanun Tatacara Jenayah (CPC) untuk memindahkan kes tertuduh daripada Mahkamah Sesyen Lumut ke Mahkamah Tinggi Ipoh. Hal ini menyebabkan tertuduh kehilangan satu peluang untuk membuat rayuan, kerana kesnya telah dibawa ke mahkamah yang lebih tinggi. Akibat daripada pemindahan kes tersebut, tertuduh mencabar keabsahan Seksyen 418A CPC dengan hujah bahawa peruntukan tersebut bercanggah dengan Perkara 8(1), yang mana semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.  Semasa memutuskan kes tersebut, Hakim Hashim Yeop Sani mentafsirkan peruntukan hak kesamarataan dalam Perlembagaan itu berbentuk ‘keadaan fikiran’ (state of mind) dan bukan sebuah undang-undang yang nyata. Peruntukan ini merangkumi kesedaran kita terhadap sesuatu yang telah berlaku, tetapi tidak boleh ditafsir dengan tepat melalui analisis. Disebabkan terdapatnya masalah ini, keputusan yang dibuat terhadap perkara yang sama berkemungkinan berbeza kerana keadaan dan situasi setiap kes itu berbeza-beza. Menurut beliau, setiap keputusan kes itu perlu dibuat mengikut merit masing-masing. Tiada formula tetap yang boleh diaplikasikan ke atas semua kes. Maka, keputusan mahkamah akan dibuat mengikut situasi masing-masing, walaupun kesalahan yang dilakukan oleh pesalah-pesalah itu sama.

Datuk Haji Harun Haji Idris v PP (1977)
Asas Rayuan: Seksyen 428A CPC (yang membenarkan kes dipindahkan dari mahkamah bawahan ke Mahkamah Tinggi) bercanggah dengan Perkara 8(1).  Alasan Bantahan: Pindaan tidak menyatakan objek atau asas akta pindaan. Tidak ada pengkelasan dan tidak dinyatakan asas kepada pengkelasan. JIKAPUN ADA pengkelasan tidak ada intellegible differentia dan membolehkan pendakwa menyalahgunakan kuasa.
·         Persoalan pertama yang timbul adalah adakah undang-undang tersebut bersifat diskriminatori, dan jika undang-undang tersebut tidak bersifat begitu, maka ia boleh diaplikasikan kepada semua orang, dan merupakan undang-undang yang baik. Manakala, jika undang-undang tersebut bersifat diskriminatori, haruslah difahamkan bahawa Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan tidak melarang layanan yang berbeza secara mutlak. Soalan yang terakhir yang harus diambil kira adalah sama ada undang-undang yang bersifat diskriminatori tersebut adalah sah. Hal ini sama ada diskriminasi tersebut disebut secara spesifik dalam undang-undang tersebut ataupun dibenarkan oleh mahkamah sebagai pengkelasan yang berbentuk munasabah.

Ahmad Tajuddin v Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (1977)
Keputusan dalam kes ini adalah rayuan tersebut telah ditolak kerana mahkamah berpendapat diskriminasi tersebut bukanlah bersifat tidak adil kerana kelayakan perayu adalah lebih rendah berbanding yang diperlukan untuk jawatan yang tidak ditawarkan kepada mereka.  Untuk membuktikan bahawa terdapatnya diskriminasi, beberapa elemen hendaklah dibuktikan. Pertama, seseorang itu perlulah membuktikan bahawa mereka tidak dilayan secara sama rata. Kedua, perlulah dibuktikan bahawa terdapatnya diskriminasi yang berbentuk kekejaman dan ketidakadilan.
Michael Ben Anak Panggi v Public Prosecutor (1979)
 Semasa memutuskan kes, Hakim Yusoff mengatakan bahawa mahkamah mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman yang akan menyebabkan kelayakan seseorang ahli Parlimen atau Dewan Perundangan Negeri terbatal, tanpa melanggar Perkara 53 Perlembagaan Persekutuan dan juga Perkara 19 Perlembagaan Sarawak.  , perkara penting yang perlu dilihat semasa menjatuhkan sesebuah hukuman itu, adalah kesan kesalahan pesalah terhadap kepentingan awam. Justeru itu, selain daripada menjunjung keadilan, sesebuah hukuman yang bakal dijatuhkan itu sangat penting kerana ia akan berfungsi sebagai penghalang kepada pesalah, dan juga orang-orang lain yang ingin melakukan kesalahan yang sama. Dalam kes ini, perayu memang telah melakukan kesalahan jenayah, dan dia didapati bersalah, tanpa mengambil kira status rasminya. Permohonan perayu untuk membawa kes ini ke Mahkamah Persekutuan ditolak kerana Hakim Mahkamah Rayuan, Hakim Yusoff mendapati bahawa percubaan itu semata-mata mementingkan kepentingan diri perayu.
Merdeka University v Government of Malaysia (1981)
Petisyen mereka utnuk mendapatkan perintah pemerbadanan Universiti Merdeka menurut Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 yang dihantar kepada YPDA ditolak.  Merdeka University Bhd kemudian mencabar keputusan itu di mahkamah. Mahkamah Agung memutuskan bahawa Universiti Merdeka, jika diwujudkan, akan menjadi suatu institusi awam dan Bahasa Cina akan digunakan untuk tujuan rasmi, dimana hal ini bercanggah dengan Per 152 Perlembagaan PersekutuanMeskipun kes plaintif ditolak oleh Mahkamah Persekutuan, ujian kemunasabahan yang diguna oleh hakim memperlihatkan intelligable differentia , dimana Perkara 8(2) tidak membenarkan diskriminasi terhadap bangsa dan agama, tetapi bukan agama. 

Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan

"Kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata oleh Perlembagaan ini tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau dalam pelantikan kepada apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang yang berhubung dengan pemerolehan, pemegangan atau pelupusan harta atau berhubungan dengan penubuhan atau penjalanan atau apa-apa pertukangan, perniagaan, profesion, kerjaya atau pekerjaan."
Benarkah hak Warganegara tanpa di diskriminasikan ?
Sebagai warganegara  Malaysia adalah menjadi hak seseorang warganegara untuk menikmati hak-haknya tanpa perbezaan antara ras keturunan, bangsa, kaum, agama, tempat lahir , pekerjaan dan perlantikan jawatan  yang termaktub didalam perlembagaan iaitu :
(a)     Kebebasan beragama
(b)     Hak kebebasan bergerak dan larangan buangan negeri
(c)     Hak terhadap harta
(d)     Hak berkenaan pendidikan
(e)     Hak Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpasukan
Diskriminasi dalam Per 8(2) adalah dilarang berkisar kepada 5 perkara dasar yang penting iaitu :
1.     Agama
2.     Kaum
3.     Keturunan
4.     Tempat lahir
5.     Jantina
Oleh itu, diskriminasi terhadap mana-mana warganegara hanya atas alasan agama, ras, keturunan atau tempat lahir dalam mana-mana undang-undang adalah dilarang di bawah Perkara 8(2). Diskriminasi yang dinyatakan tidak boleh disahkan dengan mempunyai pengecualian kepada prinsip pengelasan munasabah yang dibenarkan oleh Perkara 8(1) Untuk menggunakan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan, pemohon mesti menmbuktikan bahawa beberapa undang-undang atau tindakan Eksekutif mendiskriminasikan hak indiividu tersebut.

Beatrice v Sistem Penerbangan Malaysia
Antara  isu yang dibawa ke mahkamah ialah  dakwaan pemecatan sebagai pramugari MAS atas alasan mengandung sebagai bercanggah dengan Per 8.  Hakim Abdul Malek Ahmad telah menyatakan dalam penghakimannya iaitu perlindungan saksama dalam per 8(1) meliputi hanya kepada mereka dalam kelas yang sama. Hal ini menerangkan bahawa si plaintiff tidak boleh membandingkan tugasnya dengan kerja biasa kerana sudah jadi lumrah menjadi ‘flight attendant’ bahaya. Mahkamah juga mengambil notis kehakiman bahawa sifat tugas tersebut sememangnya tidak sesuai untuk wanita mengandung. Oleh itu, tiada fasal khusus dalam perjanjian tersebut adalah brsifat diskriminasi.  Pemecatan si plaintif  adalah berperlembagaan.

Norfadilla Ahmad Saikin v Chayed bin Basiron & Ors (2012)
Tugasan sebagai pramugari tidak boleh dibandingkan tugasan biasa. Maka dalam kes Beatrice rayuannya telah ditolak rayuan  dan dalam kes Norfadilla Ahmad Saikin v Chayed bin Basiron & Ors rayuan adalah diterima. Mengapa ianya diterima?  Hakim Zaleha Yusof  memberikan pandangan beliau tentang pemakaian CEDAW  dalam kes ni. Beliau berpendapat bahawa tidak ada halangan bagi mahkamah untuk merujuk kepada CEDAW dalam mentafsirkan seni 8 ( 2 ) Perlembagaan Persekutuan. Maka , menggunakan artikel 1 dan 11 CEDAW mahkamah memegang bahawa kehamilan dalam kes ini adalah satu bentuk gender diskriminasi. Plaintif sepatutnya berhak untuk bekerja sebagai guru sandaran tidak terlatih (GSTT) walaupun dia sedang mengandung. Seterusnya, plaintif mengandung kerana jantinanya. Diskriminasi atas dasar kehamilan adalah satu bentuk diskriminasi jantina kerana fakta asas biologi yang hanya wanita mempunyai keupayaan untuk hamil.

Government of Malaysia v VR Menon
yang mana melihatkan perbezaan layanan berdasarkan kerakyatan adalah dibenarkan.   Menon, rakyat India yang tinggal di Madras tetapi adalah merupakan orang berpencen kerajaan Malaysia. S1(2) Pensions Adjustment Act 1980 mengecualikan orang berpencen bukan warganegara dari menerima faedah tambahan. Menon telah mencabar perbezaan layanan ini.  Mahkamah peringkat rayuan (Mahkamah Agong) memutuskan  bahawa walaupun terdapat layanan berbeza antara orang berpencen tempatan dan bukan warganegara, pengklasan yang dibuat adalah berdasarkan ujian ‘intellegible differentia’ dan terdapat nexus yang rasional antara tujuan yang ingin dicapai oleh Akta berkenaan, iaitu memperbaiki kedudukan kewangan orang berpencen tempatan akibat dari kejatuhan nilai ringgit dan peningkatan taraf hidup di negara ini. Syarat residen adalah dibenarkan dan tidak melanggar Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan

The Malaysian Bar v The Government of Malaysia (1987)
Di dalam kes ini, juga timbul isu yang sama iaitu perbezaan layanan berdasarkan kumpulan pekerjaan. Isunya adalah sama ada peruntukan seksen 46A Akta Guaman bercanggah dengan peruntukan artikel 8 iaitu hak perlindungan yang sama di bawah undang-undang. Seksen 46A menyatakan bahawa hanya peguam yang telah berkhidmat selama 7 tahun sahaja yang layak untuk menjadi ahli Majlis Peguam, ahli Jawatankuasa Peguam Negeri, atau Jawatankuasa Majlis Peguam.  Merujuk kepada keputusan penghakiman (majoriti), Hakim Mahkamah Persekutuan Salleh Abbas menyatakan bahawa segala undang-undang yang dibuat dan dikuatkuasa demi kebaikan dan kebajikan sesuatu perkara dan ianya dilakukan atas pilihan serta untuk melengkapi perbezaan dan kekurangan antara satu sama lain.  Ini bagi memastikan tahap piawaian dan kelayakan jawatan itu dicapai dan dipatuhi supaya tugas tersebut dalam dijalankan oleh ahli yang layak dan profesional. Oleh itu, ia tidak menimbulkan isu tentang hak kesamarataan, justeru itu ia adalah sah dan tidak bercanggah dengan Perkara 8.

Rethi Development Sdn Bhd v Majlis Perbandaran Seberang Perai (2013)
Di dalam kes ini, Majlis Perbandaran Seberang Perai telah mengenakan syarat yang menetapkan bahawa projek perumahan yang dijalankan oleh pihak pemaju (Rethi Development Sdn Bhd) akan mendapat kelulusan dengan syarat bahawa 30% unit yang dibina perlulah dikhaskan untuk golongan bumiputera dengan kadar diskaun 5% bagi setiap unit. Syarat tersebut dilihat tidak adil kerana ia lebih bersifat rasis yang mana ia dengan jelas bertentangan dengan peruntukan yang telah digariskan di bawah perkara 8 Perlembagaan Persekutuan dan perkara 153 juga tidak boleh digunakan untuk menjustifikasikan isu dalam kes ini. Mahkamah memutuskan bahawa syarat yang diletakkan tersebut perlulah dibuang kerana ia dilihat bersifat berat sebelah dan tidak adil kerana meletakkan syarat berdasarkan kaum-kaum tertentu.

Konsep Perkara 8(3) dan 8(4) Perlembagaan Persekutuan
Perkara 8(3) menerangkan tentang status kesamarataan untuk setiap rakyat Malaysia yang memberi pengkhususan kepada orang-orang atasan seperti raja.   Tidak kira apa pun pangkat atau kedudukan seseorang itu, jika seseorang itu telah melakukan kesalahan, seseorang itu patut dihukum mengikut undang-undang yang telah sedia ada seperti yang telah termaktub di dalam Perkara 8(1).
Public Prosecutor v Tunku Mahmood Iskandar

Dalam kes ini, seseorang putera Sultan Johor telah didakwa di baawah Kanun Keseksaan (Penal Code). Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara selama 6 bulan dan denda sebanyak RM6000 keatas putera Johor tersebut.  Hakim Raja Azlan Shah menyatakan dalam penghakimannya iaitu  tidak kira sesiapapun dan apa pun pangkat seseorang itu jika dia perlu dihukum maka ia adalah perlu dihukum secara sama rata seperti yang diperkatakan dalam Per 8(1) iaitu semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.
Perkara 8(4) menerangkan tentang hak rakyat supaya tidak didiskriminasikan oleh pihak berkuasa awam seperti badan perundangan (Parlimen), eksekutif (Kabinet), kehakiman, pihak berkuasa tempatan dan sebagainya atas alasan bermastautin atau melakukan perniagaan di mana-mana kawasan persekutuan yang berada di luar bidang kuasa mereka. Walaupun tiga badan pentadbiran Malaysia adalah badan yang penting, mendiskriminasi orang awam masih dianggap satu kesalahan. Prinsip ultra-vires merupakan prinsip yang menetapkan fungsi pihak berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya dan Majlis Perbandaran. Prinsip ini menetapkan bahawa pihak berkuasa awam hanya boleh menjalankan bidang tugas mereka mengikut undang-undang yang telah termaktub. Oleh itu, sebarang perbuatan yang berada di luar bidang kuasa mereka adalah tidak sah termasuklah melakukan diskriminasi terhadap orang awam. Selain itu, terdapat juga prinsip general competence yang menekankan kepada kuasa pihak berkuasa awam dalam menjalankan sebarang kegiatan dengan syarat pihak berkuasa awam itu mampu membiayai kegiatan tersebut. Perkataan "kegiatan" tersebut tidak termasuk bermastautin dan melakukan perniagaan di kawasan persekutuan. Oleh itu, sudah terang dinyatakan di dalam perlembagaan mahupun prinsip yang telah dijelaskan di atas yang tidak membenarkan pihak berkuasa awam daripada melakukan diskriminasi terhadap orang awam.

Peruntukan dalam Hak Kesamarataan
Berdasarkan perbezaan fahaman mengenai teori kesamarataan, mahkamah telah menggariskan beberapa panduan tentang prinsip kesamarataan yang termaktub dibawah Perkara 8(4) dan Perkara 8(5) melalui kes yang telah diputuskan, iaitu, kes Datuk Haji Harun Haji Idris v Public Prosecutor , iaitu:
i) Peruntukan tersebut tidak mutlak dan tidak terpakai kepada setiap individu dalam semua keadaan.
Yang menerangkan bahawa terdapat beberapa pertimbangan yang perlu dilihat mahkamah kerana tidak semua situasi yang dialami individu adalah sama.
ii) Peruntukan kesamarataan mempunyai syarat dan terhad.
Contoh : Perkara yang diperuntukkan dalam Perkara 8(5) dan 153
iii) Frasa 'pihak berkuasa awam' dalam Perkara 8(4) dan perkataan 'amalan' dalam Perkara 8(5)(b) merupakan peruntukan yang membenarkan larangan terhadap layanan yang tidak sama ke atas badan tertentu seperti :
a) Badan Ekeskutif
b) Badan Legislatif
iv) Larangan layanan tidak sama juga terpakai dalam kedua-dua undang-undang:
a) Substantif
b) Prosedur
v) Pendiskriminasian terhadap peruntukan undang-undang juga boleh berlaku dalam perkara seperti mana yang terdapat dalam Perkara 8(5), contohnya :
a) Orang Islam, berlainan dengan orang bukan Islam.
b) Orang Melayu dan bumiputera Borneo berlainan antara satu sama lain.
vi) Undang-undang dikatakan tidak adil dan baik sekiranya peruntukan yang terkandung tidak mendiskriminasi mana-mana pihak. Namun, jika terdapat pendiskriminasian perkara berkenaan perlu dirujuk kepada perlembagaan atau kehakiman, kerana berkemungkinan perkara yang dirujuk jatuh di bawah pengecualian yang dibenarkan.
vii) Oleh itu, Doktrin Pengkelasan adalah diterima bergantung kepada prinsip keenam di atas. Seterusnya, mahkamah mempunyai kuasa untuk menilai kewajaran pengkelasan tersebut oleh badan pembuat undang-undang (legislatif);
viii) Di dalam kes-kes yang tidak pernah dinyatakan oleh undang-undang, prosedur yang lebih drastik adalah sah di sisi perlembagaan; dan
ix) Impugned law (undang-undang yang dicabar) adalah sah di sisi undang-undang.

Secara kesimpulannya Perkara 8(1) – Perkara 8(5) adalah mengenai
(1) Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang,  
(2) Kecuali sebagaimana dibenarkan dengan nyatanya oleh Perlembagaan ini, tidaklah boleh ada pembezaan terhadap warganegara semata-mata oleh sebab agama, kaum, keturunan atau tempat lahir dalam mana-mana undang-undang atau dalam perlantikan bagi apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang berkenaan dengan memperolehi, memegang atau melepaskan harta atau berkenaan dengan menubuh atau menjalankan apa-apa tred, perniagaan, profesyen, vokesyen atau pekerjaan,  
(3) Tidaklah boleh ada pembezaan bagi faedah seseorang oleh sebab ia seorang rakyat Raja bagi mana-mana Negeri. Hak kesamarataan Perkara 8 bukanlah hak yang mutlak. Mahkamah mempunyai hak untuk menuntukan samada hak ini telah dilanggari berdasarkan pertimbangan samada pengkelasan yang dibuat adalah muansabah. Mahkamah juga melihat pengkelasan yang dibuat dengan berjaga-jaga.  
4) Diskriminasi yang termaktub dibawah perkara 8(5) adalah merupakan diskriminasi yang postif dan adalah dibenarkan di bawah Perlembagaan Persekutuan Malaysia.  
Secara rangkumannya ternyata hak layanan kesamarataan tidaklah bersifat mutlak kerana ianya masih lagi diikat oleh  kelonggaran peruntukan mahkamah untuk bersifat buta perbezaan . Perkara ini umpama sesuatu hak itu diberikan namun ianya ditarik kembali dengan pelbagai limitasi yang ditetapkan dibawah undang-undang. Pun begitu kelonggaran peruntukan dibawah perkara 8 ini jelas kelihatan dalam klausa (2). Hal ini apabila dibawah perkara 8(2) larangan bagi mendiskriminasi perkara didalam peruntukan itu hanya terpakai bagi perihal yang melibatkan pihak awam atau kerajaan sahaja dimana perlindungan ini tidak akan terpakai bagi kepincangan permasalahan antara private sector seperti mana yang terjadi didalam kes Beatrice di atas. Selain itu,prinsip dibawah perkara 8 ini juga turut kelihatan diganggu dengan bayangan undang-undang yang dibuat dibawah perkara 149 dan 151 perlembagaan persekutuan dimana kebanyakan tertuduh tidak akan diberikan hak mereka terutamanya hak dibawah perkara 8(1).        




Comments

Popular posts from this blog

Pemberimilikkan Tanah

 S.76  KTN memberikan maksud pemberimilikkan adalah suatu pelupusan tanah kerajaan oleh PBN sama ada untuk :      (a) tempoh tidak melebihi 99 tahun      (b) buat selama-lamanya  Pegangan tanah terdiri daripada dua (2) jenis  :      a. pegangan kekal (freehold)      b. Pegangan bertempoh (leasehold) PBN diberikan kuasa untuk menentukan bentuk pegangan sama ada hakmilik  freehold atau leasehold bergantung kepada syarat-syarat pelupusan tanah yang akan dikenakan dan terikat status tersebut dan tidak mudah untuk diubah  atau ditukar sewenang-wenangnya. Hak milik terbahagi kepada dua :   1          Hak milik Pejabat Pendaftaran – iaitu hak milik yang dibuat melalui Pejabat Pengarah Tanah dan Galian di peringkat negeri. Hak milik jenis ini adalah untuk tanah bandar dan tanah pekan; lot tanah desa melebihi 4 hektar;dan bahagian pinggir laut atau dasar laut. 2.  ...

Pecah Bahagian Tanah ,Sempadan Tanah dan Menyatukan Tanah

Pecah bahagian ialahn satu proses yangn membolehkan mana-mana sebidang tanah bermilik yang dimiliki oleh dua (2) orang atau lebih pemilik bersama dipecah bahagian untuk membolehkan setiap pihak memperolehi kuasa keatas tanah berkenaan dibawah hakmilik yang berasingan.  Pernohonan dan syarat-syarat tertakluk kepada kelulusan Pengarah Negeri dan Pentadbir Tanah dibawah S.41 KTN. Permohonan Pecah Bahagian S.142  kelulusan permohan pecah sebahagian mana-mana tanah perlu dikemukakan secara bertulis menggunakan Borang 9B dan disertai oleh perkara-perkara berikut: a. fee permohonan b. Satu pelan menurut skala yang betul c. Kelulusan mana-mana pihak Perancang Pembangunan d. Keizinan bertulis dalam perenggan (e) e. Keizinan bertulis terhadap permohonan untuk tuanpunya bersama Pecah Tanah oleh Pemegang Syer Majoriti dan Pemegang Minoriti S.141A  pindaan-pindaan yang membenarkan tuan tanah, pemegang minoriti untuk membuat permohonan bagi pecah bahagian tanpa mendapatkan persetujuan ...

Hak Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan Pelupusan Tanah

  Undang-undang tanah di Malaysia adalah berasaskan Sistem Torrens iaitu  pendaftaran adalah segalanya.    Pada dasarnya urusan tanah terletak dibawah bidangkuasa Kerajaan Negeri sebagai Pihak Berkuasa Negeri (PBN) seperti yang Senarai II, Jadual ke-9 Perlembagaan Persekutuan.  S.40 KTN memperuntukkan bahawa semua tanah didalam negeri dan semua galian dan batuan yang terkandung didalam tanah terletak dibawah kuasa PBN. Oleh kerana PBN mempunyai kuasa keatas tanah negeri, maka kerajaan negeri mempunyai kuasa penuh dan hak seperti yang diperuntukkan dibawah seksyen-seksyen berikut; S.40- S.50 termasuk a. mempunyai hak dalam semua harta dalam bentuk tanah b. kuasa pelupusan melalui pemberimilikkan, perizaban, pemberian lsen dan permit c. Kuasa mengenakan syarat mengenai penjenisan dan penggunaan tanah. Selain itu PBN juga mempunyai kuasa : S.130 melucuthakkan atau merampas tanah S.195 Menyerah balik tanah S.351 Perkembalian tanah kepada PBN Kuasa Pelupusan Tanah Ha...