Pertunangan dan mungkir janji-kahwin
Bertunang bermaksud mengikat janji untuk menjadi suami-isteri. Pertunangan adalah tanda persetujuan oleh kedua-dua pihak untuk membina sebuah rumahtangga. Dalam islam, pertunangan adalah bagi tujuan mengenal akhlak dan sifat pasangan sebelum diadakan akad nikah serta persiapan diri masing-masing sebelum berkahwin.
Riwayat Al-Tirmizi
“Lihatlah perempuan itu dulu kerana ia akan lebih mengekalkan kasih sayang antara kamu berdua”.
S.15 Akta undang-undang kelaurga Islam (Wilayah Persekutuan) memperuntukkan pertunangan mengikut undang-undang yang sah.
S. 15 pertunangan dalam syarak sama ada secara lisan atau bertulis, sama ada secara bersendirian atau perantaraan..
Maka ia adalah dianggap suatu perjanjian yang sah.
Riwayat Bukhari
“Orang islam terikat dengan syarat perjanjian mereka kecuali perjanjian untuk menjadikan perkara haram halal dan halal haram”.
S.15 jika pertunangan itu diputuskan, pihak yang satu enggan berkahwin tanpa apa-apa sebab munasabah kepada pihak yang telah bersetuju berkahwin dengannya, maka mana-mana pihak yang mungkir adalah bertanggungjawab memulangkan pemberian pertunangan, jika ada. Membayar sama nilainya atau wang yang telah dibelanjakan oleh pihak yang satu dalam persedian perkahwinan tersebut dan atau boleh menuntutnya melalui tindakan mahkamah.
Kes Nafsiah v Abdul Majid
Plaintif mendakwa telah di goda sehingga melahirkan anak dan telah mungkir janji untuk berkahwin. Dalam undang-undang islam tiada memperuntukkan perlanggaran perjanjanjian untuk berkahwin . Mahkamah tinggi memberi gantirugi sebanyak RM1,2000.00 kepada plaintiff.
Walaupun mahkamah boleh memberikan gantirugi putus tunang, tetapi mana-mana pihak yang mungkir janji untuk berkahwin tidak dibenarkan untuk menuntut gantirugi.
Dalam kes Maria tunku Sabri v Datuk Wan Jamaluddin , S.14 (1) Akta 303 memperuntukkan tidak ada mana-mana perempuan dalam masa perkahwinan dengan lelaki lain (belum bercerai), berkahwinan dengan seseoran lelaki yang lain.
Dalam undang-undang islam perjanjian perkahwinan untuk berkahwin adalah tidak sah berasakan perjanjian penyelesaian yang telah disepakati oleh kedua-dua pihak yang mana dimungkiri oleh sebelah pihak. Dari sudut penghakiman sivil melalui S.24 Akta Kontrak 1950 balasan dan tujuan yang sah dan yang tidak sah disisi undang-undang jika:
S.24(e) kerana hal itu tidak bermoral dan bertentangan dengan polisi awam kerana akan mengiktiraf atau membenarkan mana-mana wanita islam yang berkahwin berlaku curang. Dan ianya
S.24 (a) dilarang oleh undang-undang . Dan S.24(b) jika dibenarkan akan mengecewakan peruntukkan-peruntukkan mana-mana undang-undang.
Comments
Post a Comment