Skip to main content

Bidangkuasa Mahkamah Syariah di Malaysia



Bidangkuasa Mahkamah Syariah di Malaysia

Pindaan perlembagaan 121(1A) memperuntukkan apa-apa bidangkuasa mahkamah syariah adalah berasingan dari Mahkamah Sivil dan kuasa Mahkamah Persekutuan dalam perkara 121(1).

Mahkamah syariah ialah institusi kehakiman yang membicarakan serta menjatuhkan hukuman bagi kesalahan sivil dan jenayah keatas orang islam mengikut bidangkuasa yang diperuntukkan kepadanya.  

Peranan Mahkamah syariah adalah melaksanakan keadilan mengikut hukum syarak yang diberikan oleh undang-undang dan dibawah perlembagaan seperti dalam Jadual ke sembilan senarai kedua. Antara bidangkuasa Mahkamah syariah adalah:

1. Bidangkuasa undang-undang Mal (sivil)
2. Bidangkuasa undang-undang jenayah
3. Bidangkuasa semakan kehakiman

Bidangkuasa sivil
* perkahwinan, pertunangan, pembubaran dan penceraian perkahwinan
*wasiat dan pembahagian harta pusaka 
* tuntutan nafkah, harta sepencarian dan penjagaan anak
* wakaf, nazar, hibah dan lain-lain perundangan islam yang diberikan kepadanya

Bidangkuasa jenayah
*kesalahan-kesalahan matrimoni seperti menganiayai isteri atau tidak taat kepada suami dan pengabaian dan kecuaian penjagaan anak
* kesalahan yang berkaitan dengan hubungan yang berkaitan hubungan tidak sah disisi syarak seperti khalwat, persetubuhan dll
* kesalahan-kesalahan berkaitan aspek akidah seperti tidak berpuasa dibulan ramadhan, meminum arak dll
* kesalahan keluar agama seperti murtad dan menyebar agama palsu atau menyesatkan akidah

Bidangkuasa semakan kehakiman
Contohnya Enakmen Pentadbiran Undang-undang Selangor telah memasukkan bidangkuasa Mahkamah Syariah Selangor untuk mendengar, membicarakan dan memutuskan permohonan semakan kehakiman terhadap apa-apa Majlis Islam Selangor.

Perlembagaan 1984 pindaan dalam perlembagaan memperuntukkan kuasa Mahkamah syariah adalah seperti berikut:
• membicara dan menghukum hukuman penjara atau denda keatas orang islam sahaja
• denda tidak melebihi RM5000 sahaja
• penjara 3 tahun
• hukuman rotan tidak melebihi 6 kali sebatan
• atau ketiga-tiga nya

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH 

•Membicarakan kes-kes yang diperuntukkan oleh enakmen negeri
•Mendengar dan memutuskan kes-kes tersebut
•Menyediakan kertas-kertas keputusan dan laporan mahkamah
•bicarakan kes-kes di peringkat daerah.

Bidangkuasa Mahkamah Rendah Syariah

MELEBIHI 2 TAHUN PENJARA @ KEDUA-DUANYA SEKALI.

1 Pemujaan Salah 
2 Menghina Pihak Berkuasa Agama
3 Menyebarkan Pendapat Bertentangan Dengan Fatwa
4 Mengajar Tanpa Tauliah
5 Mengingkari Perintah Mahkamah 
6 Penerbitan Bertentangan Hukum Syarak
7 Judi
8 Minuman Yang Memabukkan 
9 Khalwat 
10 Menghalang Pasangan Yang Sudah Bernikah Daripada Hidup Sebagai Suami Isteri 
11 37 Pemungutan Zakat / Fitrah Tanpa diberi kuasa

DENDA: TIDAK MELEBIHI RM2,000.00 @ TIDAK MELEBIHI 1 TAHUN PENJARA @ KEDUA-DUANYA SEKALI.

12 Tidak Menghormati Ramadhan
13 Hubungan Jenis Antara Orang Yang Sama Jantina 
14 Penyalahgunaan Tanda Halal
15 Penghinaan Mahkamah 
16 Maklumat, Keterangan @ Pengakuan Palsu 
17  Pegawai Agama Yang Mengingkari Arahan Undang-Undang Dengan Niat Hendak Menyebabkan Bencana Kepada Mana-mana Orang 

DENDA: TIDAK MELEBIHI RM1,000.00 @ TIDAK MELEBIHI 6 BULAN PENJARA @ KEDUA-DUANYA SEKALI.

18 Tidak Menunaikan Solat Jumaat 
19 Lelaki Berlagak Seperti Perempuan
20 Perbuatan Tidak Sopan Di Tempat Awam 
21 Tidak Hadir Di Hadapan Pendaftar Dalam Masa Yang Ditetapkan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 
22 Poligami Tanpa Kebenaran Mahkamah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 
23 Perceraian Di Luar Mahkamah Tanpa Kebenaran Mahkamah 
24 Tidak Membuat Laporan 
25 Meninggal Langsung Isteri 
26 Menganiayai Isteri / Suami 
27 Tidak Memberi Keadilan Yang Sewajarnya Kepada Isteri 

DENDA: TIDAK MELEBIHI RM100.00 (Untuk Kesalahan Yg Pertama) 
TIDAK MELEBIHI RM500.00 (Bagi Kesalahan Yg Kedua & Seterusnya)
28. Isteri Tidak menurut Perintah 

HUKUMAN: TIDAK MELEBIHI 1 TAHUN PENJARA

29 Percubaan Menjadi Murtad Untuk Membatalkan Perkahwi
30 Kecuaian Dengan Sengaja Untuk Mematuhi Perintah 

DENDA: TIDAK MELEBIHI RM500.00 @ TIDAK MELEBIHI 3 BULAN PENJARA @ KEDUA-DUANYA SEKALI.

31 Persetubuhan Luar Nikah Antara Orang Yang Bercerai 

HUKUMAN @ DENDA SAMA SEPERTI KESALAHAN YANG DIPERUNTUKAN DALAM KESALAHAN ITU.

32 Percubaan Dan Subahat

MAHKAMAH TINGGI SYARIAH 

•Membicarakan kes-kes yang diperuntukkan kepadanya
•Mengeluarkan perintah kes-kes sivil dan jenayah
•Menyelesaikan dan mengesahkan kes-kes faraid
•Menguruskan kes-kes rayuan
•Menyediakan jurnal mahkamah untuk diterbitkan (bagi sesetengah negeri)

Bidangkuasa Mahkamah Tinggi Syariah

DENDA: TIDAK MELEBIHI RM5,000.00 @ TIDAK MELEBIHI 3 TAHUN PENJARA @ KEDUA-DUANYA SEKALI.

1 Mendakwa Bukan Islam 
2 Takfir
3 Doktrin Palsu
4 Dakwaan Palsu 
5 Mempersendakan Ayat Al-Quran dll
6 Menghina Agama Islam 
7 Memusnahkan/Mencemarkan Tempat Beribadat 
8 Tidak Membayar Zakat/Fitrah
9 Memujuk Lari Perempuan Bersuami
10 Menghasut Suami/Isteri Supaya Bercerai 
11 Menjual/Memberikan Anak Kpd Bukan Islam
12 Qazaf 

DENDA: TIDAK MELEBIHI RM5,000.00 @ TIDAK MELEBIHI 3 TAHUN PENJARA @ TIDAK MELEBIHI 6 SEBATAN.

13 Sumbang Mahram 
14 Pelacuran 
15 Muncikari 
16 Persetubuhan Luar Nikah 
17 Persediaan Bersetubuh Luar Nikah 
18 Persetubuhan Bertentangan Dgn Hukum Tabi'i 

TATACARA JENAYAH

19 Perintah bagi pembayaran pampasan
20 Peruntukan tentang pampasan
21 Pampasan jika tuduhan tak berasas

MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH

•Bertugas untuk mendengar kes-kes rayuan
•Mempunyai kuasa pembatalan mana-mana sabitan hukuman oleh Mahkamah Syariah
•Mengurangkan hukuman
•Memerintah supaya diadakan pembicaraan semula atau ulang bicara
•Menerima rayuan responden yang dihukum penjara atau denda tidak kurang RM25.00 dan telah membuat rayuan mengikut prosedur yang telah ditetapkan
•Keputusan mahkamah adalah muktamad dan sah.

Comments

Popular posts from this blog

Pemberimilikkan Tanah

 S.76  KTN memberikan maksud pemberimilikkan adalah suatu pelupusan tanah kerajaan oleh PBN sama ada untuk :      (a) tempoh tidak melebihi 99 tahun      (b) buat selama-lamanya  Pegangan tanah terdiri daripada dua (2) jenis  :      a. pegangan kekal (freehold)      b. Pegangan bertempoh (leasehold) PBN diberikan kuasa untuk menentukan bentuk pegangan sama ada hakmilik  freehold atau leasehold bergantung kepada syarat-syarat pelupusan tanah yang akan dikenakan dan terikat status tersebut dan tidak mudah untuk diubah  atau ditukar sewenang-wenangnya. Hak milik terbahagi kepada dua :   1          Hak milik Pejabat Pendaftaran – iaitu hak milik yang dibuat melalui Pejabat Pengarah Tanah dan Galian di peringkat negeri. Hak milik jenis ini adalah untuk tanah bandar dan tanah pekan; lot tanah desa melebihi 4 hektar;dan bahagian pinggir laut atau dasar laut. 2.  ...

Pecah Bahagian Tanah ,Sempadan Tanah dan Menyatukan Tanah

Pecah bahagian ialahn satu proses yangn membolehkan mana-mana sebidang tanah bermilik yang dimiliki oleh dua (2) orang atau lebih pemilik bersama dipecah bahagian untuk membolehkan setiap pihak memperolehi kuasa keatas tanah berkenaan dibawah hakmilik yang berasingan.  Pernohonan dan syarat-syarat tertakluk kepada kelulusan Pengarah Negeri dan Pentadbir Tanah dibawah S.41 KTN. Permohonan Pecah Bahagian S.142  kelulusan permohan pecah sebahagian mana-mana tanah perlu dikemukakan secara bertulis menggunakan Borang 9B dan disertai oleh perkara-perkara berikut: a. fee permohonan b. Satu pelan menurut skala yang betul c. Kelulusan mana-mana pihak Perancang Pembangunan d. Keizinan bertulis dalam perenggan (e) e. Keizinan bertulis terhadap permohonan untuk tuanpunya bersama Pecah Tanah oleh Pemegang Syer Majoriti dan Pemegang Minoriti S.141A  pindaan-pindaan yang membenarkan tuan tanah, pemegang minoriti untuk membuat permohonan bagi pecah bahagian tanpa mendapatkan persetujuan ...

Hak Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan Pelupusan Tanah

  Undang-undang tanah di Malaysia adalah berasaskan Sistem Torrens iaitu  pendaftaran adalah segalanya.    Pada dasarnya urusan tanah terletak dibawah bidangkuasa Kerajaan Negeri sebagai Pihak Berkuasa Negeri (PBN) seperti yang Senarai II, Jadual ke-9 Perlembagaan Persekutuan.  S.40 KTN memperuntukkan bahawa semua tanah didalam negeri dan semua galian dan batuan yang terkandung didalam tanah terletak dibawah kuasa PBN. Oleh kerana PBN mempunyai kuasa keatas tanah negeri, maka kerajaan negeri mempunyai kuasa penuh dan hak seperti yang diperuntukkan dibawah seksyen-seksyen berikut; S.40- S.50 termasuk a. mempunyai hak dalam semua harta dalam bentuk tanah b. kuasa pelupusan melalui pemberimilikkan, perizaban, pemberian lsen dan permit c. Kuasa mengenakan syarat mengenai penjenisan dan penggunaan tanah. Selain itu PBN juga mempunyai kuasa : S.130 melucuthakkan atau merampas tanah S.195 Menyerah balik tanah S.351 Perkembalian tanah kepada PBN Kuasa Pelupusan Tanah Ha...