Skip to main content

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia penyelaras undang-undang syarie



Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)

Mahkamah syariah adalah terletak dibawah bidangkuasa kerajaan negeri. Setiap negeri di Malaysua berkuasa untuk menubuhkan dan mentadbir Mahkamah Syariah dalam soal hukum syarak  dan undang-undang islam.  Pentadbiran undang-undang islam di Malaysia seperti yang dinyatakan dalam perkara 74 dan 75 dalam perlembagaan Persekutuan berkaitan hal-hal perkara undang-undang Persekutuan dan Negeri.

Perkara 74(2) badan perundangan negeri boleh membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara dalam senarai Negeri (Jadual kesembilan Senarai kedua) atau Senarai Bersama .  

Perkara 75 menyatakan jika mana-mana undang-undang Negeri tidak selaras dengan undang-undang Persekutuan maka undang-undang Persekutuan mengatasi undang-undang Negeri dan undang- undang negeri tidak sah adalah setakat yang tidak selaras itu.

Penubuhan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) pada tahun 1988 adalah bertujuan sebagai Penyelaras iaitu menyelaras sistem perundangan islam, menyusun strategi dan pentadbiran Mahkamah Syariah disetiap negeri.

Hari ini kedudukan Mahkamah syariah dalam peringkat persekutuan adalah ditadbir oleh JKSM sebagai badan Penyelaras kehakiman diperingkat persekutuan dibawa Jabatan Perdana Menteri.

Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) Akta 355 adalah untuk memberi dan menyeragamkan bidangkuasa kepada mahkamah-mahkamah yang ditubuhkan dibawah mana-mana undang-undang negeri bagi maksud membicarakan kesalahan-kesalahan berkaitan hukum-hukum syarak dalam undang-undang islam. 

Akta 355 bertujuan untuk menyeragamkan bidangkuasa mahkamah dalam menjatuhkan hukuman-hukuman jenayah syariah oleh mahkamah  yang ditubuhkan dimana-mana negeri.  Kandungan dalam Seksyen 1, 2 dan 3 terpakai dan berkuatkuasa di seluruh negeri Malaysia. 

S.1 Akta 355 bahawa pemakaian akta ini adalah terpakai di seluruh Malaysia.

S. 2 Akta 355 adalah Mahkamah yang ditubuhkan dimana-mana undang-undang dalam negeri berkuatkuasa kepada orang yang menganut agama islam dan dalam berkenaan tiap-tiap perkara dalam perkara 74 perlembagaan yang disebut dalam Jadual ke-sembilan Senarai ke-dua... apa-apa kesalahan terhadap rukun islam oleh orang yang menganut agama islam boleh ditetapkan dalam mana-mana undang-undang bertulis. Dengan syarat hendaklah tidaklah boleh dijalankan berkenaan apa-apa hukuman penjara melebihi tempoh selama 3 tahun penjara, hukuman denda melebihi Rm5000 atau sebatan melebihi 6 kali sebatan atau gabungan kedua-duanya.

S.3 Akta 355  segala kesalahan hukum syarak sebelum mula berkuatkuasa akta ini berhubung undang-undang dinegeri-negeri Semenanjung .. dan berkaitan negeri Sabah dan Sarawak yang telah dibicarakan terdahulu oleh mana-mana mahkamah.. hendaklah disifatkan telah dibicarakan seolah-olah bidangkuasa berkenaan telah diberi kepada Mahkamah syariah tersebut oleh undang-undang Persekutuan.

Comments

Popular posts from this blog

Pemberimilikkan Tanah

 S.76  KTN memberikan maksud pemberimilikkan adalah suatu pelupusan tanah kerajaan oleh PBN sama ada untuk :      (a) tempoh tidak melebihi 99 tahun      (b) buat selama-lamanya  Pegangan tanah terdiri daripada dua (2) jenis  :      a. pegangan kekal (freehold)      b. Pegangan bertempoh (leasehold) PBN diberikan kuasa untuk menentukan bentuk pegangan sama ada hakmilik  freehold atau leasehold bergantung kepada syarat-syarat pelupusan tanah yang akan dikenakan dan terikat status tersebut dan tidak mudah untuk diubah  atau ditukar sewenang-wenangnya. Hak milik terbahagi kepada dua :   1          Hak milik Pejabat Pendaftaran – iaitu hak milik yang dibuat melalui Pejabat Pengarah Tanah dan Galian di peringkat negeri. Hak milik jenis ini adalah untuk tanah bandar dan tanah pekan; lot tanah desa melebihi 4 hektar;dan bahagian pinggir laut atau dasar laut. 2.  ...

Pecah Bahagian Tanah ,Sempadan Tanah dan Menyatukan Tanah

Pecah bahagian ialahn satu proses yangn membolehkan mana-mana sebidang tanah bermilik yang dimiliki oleh dua (2) orang atau lebih pemilik bersama dipecah bahagian untuk membolehkan setiap pihak memperolehi kuasa keatas tanah berkenaan dibawah hakmilik yang berasingan.  Pernohonan dan syarat-syarat tertakluk kepada kelulusan Pengarah Negeri dan Pentadbir Tanah dibawah S.41 KTN. Permohonan Pecah Bahagian S.142  kelulusan permohan pecah sebahagian mana-mana tanah perlu dikemukakan secara bertulis menggunakan Borang 9B dan disertai oleh perkara-perkara berikut: a. fee permohonan b. Satu pelan menurut skala yang betul c. Kelulusan mana-mana pihak Perancang Pembangunan d. Keizinan bertulis dalam perenggan (e) e. Keizinan bertulis terhadap permohonan untuk tuanpunya bersama Pecah Tanah oleh Pemegang Syer Majoriti dan Pemegang Minoriti S.141A  pindaan-pindaan yang membenarkan tuan tanah, pemegang minoriti untuk membuat permohonan bagi pecah bahagian tanpa mendapatkan persetujuan ...

Hak Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan Pelupusan Tanah

  Undang-undang tanah di Malaysia adalah berasaskan Sistem Torrens iaitu  pendaftaran adalah segalanya.    Pada dasarnya urusan tanah terletak dibawah bidangkuasa Kerajaan Negeri sebagai Pihak Berkuasa Negeri (PBN) seperti yang Senarai II, Jadual ke-9 Perlembagaan Persekutuan.  S.40 KTN memperuntukkan bahawa semua tanah didalam negeri dan semua galian dan batuan yang terkandung didalam tanah terletak dibawah kuasa PBN. Oleh kerana PBN mempunyai kuasa keatas tanah negeri, maka kerajaan negeri mempunyai kuasa penuh dan hak seperti yang diperuntukkan dibawah seksyen-seksyen berikut; S.40- S.50 termasuk a. mempunyai hak dalam semua harta dalam bentuk tanah b. kuasa pelupusan melalui pemberimilikkan, perizaban, pemberian lsen dan permit c. Kuasa mengenakan syarat mengenai penjenisan dan penggunaan tanah. Selain itu PBN juga mempunyai kuasa : S.130 melucuthakkan atau merampas tanah S.195 Menyerah balik tanah S.351 Perkembalian tanah kepada PBN Kuasa Pelupusan Tanah Ha...