Skip to main content

Hak Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan Pelupusan Tanah

 

Undang-undang tanah di Malaysia adalah berasaskan Sistem Torrens iaitu  pendaftaran adalah segalanya.    Pada dasarnya urusan tanah terletak dibawah bidangkuasa Kerajaan Negeri sebagai Pihak Berkuasa Negeri (PBN) seperti yang Senarai II, Jadual ke-9 Perlembagaan Persekutuan.  S.40 KTN memperuntukkan bahawa semua tanah didalam negeri dan semua galian dan batuan yang terkandung didalam tanah terletak dibawah kuasa PBN.


Oleh kerana PBN mempunyai kuasa keatas tanah negeri, maka kerajaan negeri mempunyai kuasa penuh dan hak seperti yang diperuntukkan dibawah seksyen-seksyen berikut;

S.40- S.50 termasuk

a. mempunyai hak dalam semua harta dalam bentuk tanah

b. kuasa pelupusan melalui pemberimilikkan, perizaban, pemberian lsen dan permit

c. Kuasa mengenakan syarat mengenai penjenisan dan penggunaan tanah.


Selain itu PBN juga mempunyai kuasa :

S.130 melucuthakkan atau merampas tanah

S.195 Menyerah balik tanah

S.351 Perkembalian tanah kepada PBN


Kuasa Pelupusan Tanah

Hak dan penguasaan kerajaan negeri atau PBN ini diperkuat lagi dengan peruntukan seksyen 41-45 yang secara jelas memberikan kuasa kepada PBN untuk melupuskan tanah. Pelupusan boleh dibuat samada melalui pemberimilikan, perizaban, pemberian lesen dan pemberian permit  bagi pengeluaran bahan batuan daripada manamana tanah selain dari hutan simpanan (s.70) dan mengeluarkan permit penggunaan ruang udara di atas tanah Kerajaan dan tanah simpanan (s.75A). PBN juga berhak mengenakan syarat ke atas tanah yang dilupuskannya.   Kuasa pelupusan tanah oleh PBN menjadikan sebarang permohonan tanpa melalui peraturan yang dinyatakan adalah tidak sah kecuali melalui kebenaran dan keizinan PBN.   


a. Pemberimilikkan

Pelupusan adalah pemberian hak-hak tertentu yang berkaitan dengan tanah samada secara kekal atau sementara oleh PBN kepada individu atau badan-badan. 

Sek. 76  memperuntukkan terdapat 2 jenis pemberimilikkan 

(a) pelupusan tanah dan 

(b) pemberimilikkan 

Walau bagaimana pun PBN tidak boleh melupuskan tanah untuk tujuan melombong atau untuk mengambil hasil hutan daripadanya. PBN juga tidak boleh membenarkan pengeluaran bahan batuan untuk mendapatkan logam atau galian  kecuali melalui hak yang diberikan oleh Akta Perlombongan dan akta-akta lain yang berkaitan. Mereka juga tidak boleh membawa keluar bahan batuan dan hasil hutan dari sempadan tanah masing-masing melainkan melalui permit khas yang ditetapkan. KTN juga melarang pemberimilikan tanah pertanian yang kurang daripada dua perlima hektar kepada lebih daripada satu pihak kecuali dalam kes luarbiasa.   PBN Berkuasa menentukan bentuk pegangan sama ada (a)  pegangan kekal atau (b) pegangan sementara.  ianya bergantung kepada syarat-syarat pelupusan tanah tersebut dan ianya akan mengikat status tanah tersebut dan tidak mudah untuk diubah seweang-wenangya. 


 

b. Perizaban dan Permit 

Selain itu PBN juga boleh melakukan pelupusan melalui: 

a. memberi pajakan tanah rizab 

b. memberi permit pengeluaran dan pemindahan bahan batuan 

c. memberi permit penggunaan ruang udara. 


(a) Rizab

Seksyen 62 memperuntukkan kuasa PBN untuk merizabkan tanah kerajaan bagi apa-apa maksud awam seperti untuk membina jalanraya, lebuhraya, parit dan tali air. S. 63 pula membenarkan PBN untuk memberi pajakan tanah rizab tersebut mana-mana bahagiannya bagi tempoh tidak melebihi 21 tahun. S. 64 memperuntukkan bahawa perintah rizab mana-mana tanah bagi maksud awam boleh dibatalkan oleh PBN pada bila-bila masa samada untuk keseluruhan atau mana-mana bahagian dari tanah tersebut.

(b) Permit 

Pihak yang menerima pelupusan tidak boleh mencabut apa-apa logam atau galian kecuali melalui hak yang diberikan oleh Akta Perlombongan dan akta-akta lain yang berkaitan. Mereka juga tidak boleh membawa keluar bahan batuan dan hasil hutan dari sempadan tanah masing-masing melainkan melalui permit khas yang ditetapkan  di bawah KTN. Namun begitu mereka bebas untuk mengeluar, memindah dan menggunakan bahan batuan serta hasil hutan dalam sempadan mereka.  

Suatu permit yang dikeluarkan boleh dibatalkan oleh PBN pada bila-bila masa sama ada berlakunya perlanggaran mana-mana kaedah, syarat yang tertakluk  kepada permit itu dan tiada apa-apa bayaran akan dibuat untuk apa-apa pampasan  seperti dibawah S.75G.


c. Memberikan Lesen Pendudukan Sementara (LPS)

LPS dikeluarkan bagi tempoh akan tamat pada tiap-tiap penghujung tahun dan boleh diperbaharui dibawah Sek.67(1) dan boleh lah diperbaharui tiap-tiap tahun.  LPS tidak boleh diserahmilik dan terhenti atas kematian orang yang namanya didalam lesen seperti dibawah Sek.68.    PBN berhak untuk enggan memperbarui atas nama orang yang mati kepada orang lain , ini kerana  Lesen LPS tidak boleh dipusakai.  .  

Comments

Popular posts from this blog

Pemberimilikkan Tanah

 S.76  KTN memberikan maksud pemberimilikkan adalah suatu pelupusan tanah kerajaan oleh PBN sama ada untuk :      (a) tempoh tidak melebihi 99 tahun      (b) buat selama-lamanya  Pegangan tanah terdiri daripada dua (2) jenis  :      a. pegangan kekal (freehold)      b. Pegangan bertempoh (leasehold) PBN diberikan kuasa untuk menentukan bentuk pegangan sama ada hakmilik  freehold atau leasehold bergantung kepada syarat-syarat pelupusan tanah yang akan dikenakan dan terikat status tersebut dan tidak mudah untuk diubah  atau ditukar sewenang-wenangnya. Hak milik terbahagi kepada dua :   1          Hak milik Pejabat Pendaftaran – iaitu hak milik yang dibuat melalui Pejabat Pengarah Tanah dan Galian di peringkat negeri. Hak milik jenis ini adalah untuk tanah bandar dan tanah pekan; lot tanah desa melebihi 4 hektar;dan bahagian pinggir laut atau dasar laut. 2.  ...

Pecah Bahagian Tanah ,Sempadan Tanah dan Menyatukan Tanah

Pecah bahagian ialahn satu proses yangn membolehkan mana-mana sebidang tanah bermilik yang dimiliki oleh dua (2) orang atau lebih pemilik bersama dipecah bahagian untuk membolehkan setiap pihak memperolehi kuasa keatas tanah berkenaan dibawah hakmilik yang berasingan.  Pernohonan dan syarat-syarat tertakluk kepada kelulusan Pengarah Negeri dan Pentadbir Tanah dibawah S.41 KTN. Permohonan Pecah Bahagian S.142  kelulusan permohan pecah sebahagian mana-mana tanah perlu dikemukakan secara bertulis menggunakan Borang 9B dan disertai oleh perkara-perkara berikut: a. fee permohonan b. Satu pelan menurut skala yang betul c. Kelulusan mana-mana pihak Perancang Pembangunan d. Keizinan bertulis dalam perenggan (e) e. Keizinan bertulis terhadap permohonan untuk tuanpunya bersama Pecah Tanah oleh Pemegang Syer Majoriti dan Pemegang Minoriti S.141A  pindaan-pindaan yang membenarkan tuan tanah, pemegang minoriti untuk membuat permohonan bagi pecah bahagian tanpa mendapatkan persetujuan ...