Skip to main content

Hak-hak kemanusian Islam



“Sesungguhnya agama islam disisi Allah ialah islam” Surah Al-Imran : ayat 19

Dari  segi istilah islam  bermakud tenang, damai  sejahtera dan harmoni  dan penuh keyakinan supaya mengtauhidkanNya serta menyerahkan sepenuhnya kepercayaan kepada Tuhan Yang Esa dan meninggalkan larangan dan menunaikan suruhan Nya.

Kenapa aktivis kebebasan masih tidak menghormari pegangan agama islam??  Apa salahnya jika penganut islam menolak segala larangan yang telah dituntut dalam pegangan hidup mereka ?? Kenapa mereka (aktivis yang berkaitan) menuntut larangan yang telah termaktub dalam pegangan penganut agama islam itu sendiri.  Apa yang dipertahankan sebenarnya dalam perjuangan mereka? Bukan kah kau juga seorang islam? Seorang melayu? Seorang yang lahir kedunia sebagai islam yang telah mengenal agama yang hanya meminta supaya mentauhidkanNya?  Jadi kenapa perjuangan kebebasan fahaman liberal yang amat jelas bertentangan dengan nilai-nilai kepercayaan islam juga yang kau pilih. Kenapa perlu memcorak kepercayaan yang merosakkan akidah umat islam lainnya? Sedangkan dalam agama islam dan kau pun tahu telah terpelihara nilai dan pedoman hidup yang telah diterapkan dalam nas dan kitab Al-Quran sebagai panduan yang lengkap bukan sahaja penyusunan politik tetapi telah siap menyusun hukum-hukum alam dan perundangan syariat dan keadilan hak-hak manusia yang mentermadunkan umat manusia sejagat.

Salah ke jika umat islam menjaga ketertibannya dalam bersosial? Salah ke jika umat islam dilarang meminum arak kerana ianya melalaikan penganutnya dari melakukan solat atau ibadah kewajipan bagi seluruh umatnya? Apa hak dan kebebasan yang hendak dituntut? Adakah dengan tidak mengambil arak maka seseorang telah jatuh mundur tidak maju dari segi inteleknya? Apakah kemajuan itu di ukur sejauh mana masyarakat islam mengambil arak?  Adakah negara-negara yang maju memartabatkan arak dalam garis panduan untuk menjadi negara maju?  Jadi kenapa hendak memajukan arak kedalam masyarakat yang majmuk berbilang kaum dan agama menyebabkan sensitiviti kepada masyarakat islam?  Adakah jika ingin membentuk negara maju, masyarakatnya hendak meminum arak?

Tiada satu pun falsafah agar  memartabatkan hubungan bebas. Adakah kerana tidak bergaul bebas antara wanita dan lelaki seseorang itu kelihatan pelik? Maju kah jika nilai-nilai moral telah mundur sehingga masyarakatnya ketagih menjalinkan hubungan terlarang.  Sihat ke jika  menyarankan hubungan bebas, zina dan hubungan songsang? Apa yang hendak disarankan jika masyarakat umum menolak kebebasan yang menjengkelkan pandangan dan nilai moral yang tidak bermanfaat.  Apakah kebebasan yang ingin disampaikan jika penularan idea yang menolak fitrah dan sifat semulajadi manusia akhirnya menjerat manusia kepada pemikiran yang merosakkan institusi kekeluargaan. Selamatkah masyarakat yang hidup dikalangan yang menghalalkan zina dan hubungan bebas?  Dimana kah rasa hormat yang menjadi benteng perpaduan manusia jika hak-hak tersebut telah dicabul?

Dimana salah nya  penganut umat islam supaya berhijab dan tidak menampakkan sosok bagi kaum wanitanya? Jika pakaian kaum non-muslim  atau apa-apa kaum bebas menyarung pakaian, maka ianya sama seperti kami yang tidak mempersoalkan pun cara pemakian mereka.  Apa  kebebasan hak-hak manusia yang diperjuangkan?  Adakah penganut beragama islam itu belum bebas dan masih dijajah  dan terpenjara atau dipinggirkan hak-haknya? Kerana penganut islam menjaga kesopanan yang menebal dalam diri mereka. Salah ke jika hijab yang disarungkan menutupi seluruh badan mereka? Kenapa perlu menuntut supaya persamaan antara wanita islam membuka hijab yang seolah-olah menuntut mereka melanggar peraturan dengan Tuhannya. Jika peraturan agama telah menjadi tuntutan, maka dimana tanggungjawap masyarakat supaya menghormati  hak mereka itu.

Bila bercakap tentang hak-hak kemanusian, agama islam membatasi hak tersebut dengan hak-hak Tuhan supaya tidak dicabuli oleh manusia.  Jika Allah melarang , maka larangan bagi kami. Jika Allah menyuruh, maka suruhan bagi kami.  Jadi kenapa masih ada yang tidak mahu menghormati pegangan agama islam? Kenapa perlu menidakkan kedaulatan undang-undang syariah yang diturunkan demi mensejahterakan penganut agama islam? Dimana keadilan  hak-hak sebagai manusia yang beragama islam jika pegangan hidup dan nila-nilai kemanusian dicabul? Adil kah begitu? Maka oleh itu, jika kebebasan liberal adalah untuk kebebasan bagi mereka yang ingin mendapat kesamaan hak-hak kemanusian yang  sama rata didalam satu kelompok masyarakat agar mendapat layanan dan keharmonian bersama. Maka, layan lah juga masyarakat islam dengan persamaan sebagai manusia yang menjaga hak-hak dan rukun-rukun pegangan agama islam supaya mereka juga boleh hidup didalam kelompok tersebut tanpa diskriminasi oleh larangan dan suruhan agama Tuhan mereka.

Comments

Popular posts from this blog

Pemberimilikkan Tanah

 S.76  KTN memberikan maksud pemberimilikkan adalah suatu pelupusan tanah kerajaan oleh PBN sama ada untuk :      (a) tempoh tidak melebihi 99 tahun      (b) buat selama-lamanya  Pegangan tanah terdiri daripada dua (2) jenis  :      a. pegangan kekal (freehold)      b. Pegangan bertempoh (leasehold) PBN diberikan kuasa untuk menentukan bentuk pegangan sama ada hakmilik  freehold atau leasehold bergantung kepada syarat-syarat pelupusan tanah yang akan dikenakan dan terikat status tersebut dan tidak mudah untuk diubah  atau ditukar sewenang-wenangnya. Hak milik terbahagi kepada dua :   1          Hak milik Pejabat Pendaftaran – iaitu hak milik yang dibuat melalui Pejabat Pengarah Tanah dan Galian di peringkat negeri. Hak milik jenis ini adalah untuk tanah bandar dan tanah pekan; lot tanah desa melebihi 4 hektar;dan bahagian pinggir laut atau dasar laut. 2.  ...

Pecah Bahagian Tanah ,Sempadan Tanah dan Menyatukan Tanah

Pecah bahagian ialahn satu proses yangn membolehkan mana-mana sebidang tanah bermilik yang dimiliki oleh dua (2) orang atau lebih pemilik bersama dipecah bahagian untuk membolehkan setiap pihak memperolehi kuasa keatas tanah berkenaan dibawah hakmilik yang berasingan.  Pernohonan dan syarat-syarat tertakluk kepada kelulusan Pengarah Negeri dan Pentadbir Tanah dibawah S.41 KTN. Permohonan Pecah Bahagian S.142  kelulusan permohan pecah sebahagian mana-mana tanah perlu dikemukakan secara bertulis menggunakan Borang 9B dan disertai oleh perkara-perkara berikut: a. fee permohonan b. Satu pelan menurut skala yang betul c. Kelulusan mana-mana pihak Perancang Pembangunan d. Keizinan bertulis dalam perenggan (e) e. Keizinan bertulis terhadap permohonan untuk tuanpunya bersama Pecah Tanah oleh Pemegang Syer Majoriti dan Pemegang Minoriti S.141A  pindaan-pindaan yang membenarkan tuan tanah, pemegang minoriti untuk membuat permohonan bagi pecah bahagian tanpa mendapatkan persetujuan ...

Hak Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan Pelupusan Tanah

  Undang-undang tanah di Malaysia adalah berasaskan Sistem Torrens iaitu  pendaftaran adalah segalanya.    Pada dasarnya urusan tanah terletak dibawah bidangkuasa Kerajaan Negeri sebagai Pihak Berkuasa Negeri (PBN) seperti yang Senarai II, Jadual ke-9 Perlembagaan Persekutuan.  S.40 KTN memperuntukkan bahawa semua tanah didalam negeri dan semua galian dan batuan yang terkandung didalam tanah terletak dibawah kuasa PBN. Oleh kerana PBN mempunyai kuasa keatas tanah negeri, maka kerajaan negeri mempunyai kuasa penuh dan hak seperti yang diperuntukkan dibawah seksyen-seksyen berikut; S.40- S.50 termasuk a. mempunyai hak dalam semua harta dalam bentuk tanah b. kuasa pelupusan melalui pemberimilikkan, perizaban, pemberian lsen dan permit c. Kuasa mengenakan syarat mengenai penjenisan dan penggunaan tanah. Selain itu PBN juga mempunyai kuasa : S.130 melucuthakkan atau merampas tanah S.195 Menyerah balik tanah S.351 Perkembalian tanah kepada PBN Kuasa Pelupusan Tanah Ha...