Skip to main content

Selamat Hari Lahir keatasmu insan termulia




Nabi yang dikasihi , Rasul yang dicintai , insan yang istimewa bertahta di hati setiap insan yang menjadi umatti baginda , insan yang lahirnya kedunia membawa rahmat sekalian alam, menyinari hati nan kelam menjadi bercahaya. Menyampaikan pesanan Tuhannya kepada seluruh kaum manusia sehingga bumi pun mengenali insan mulia ini  ,  Lahirnya pada  peristiwa Gajah pada 570 M bersamaan Hari Isnin, 12 Rabiulawal . Detik yang dinanti-nantikan telah menyinari seluruh alam dari paksi dimensi bumi terpacak, namanya sudah terukir , dari alam mula diciptakan, namanya sudah disahut dengan ucapan salam dan selamat keatas empunya nama maka selamat jua keatasmu yang memberi salam keatasnya. Itulah Nabi tercinta , Rasul junjungan, Nabi Muhammad saw , itulah Rasul pesuruh Allah swt dan penyampai risalah Tuhannya , terpilih antara sekalian nabi dan  rasul yang terakhir tiada nabi selepasnya, penutup segala risalah Tuhannya yang telah lengkap dari risalah yang sebelumnya, itu lah nama yang diberikan salam keatasnya maka Allah swt memberikan rahmat dan sejahtera keatas kita. 


Masih ingatkah kita  akan  jejak-jejak perjuangan Nabi tercinta? Masih ingatkah lagi bagaimana Nabi disakiti,  disakiti hatinya, diejek,  disakiti tubuhnya sehingga  darah sucinya  bertaburan kebumi menjadi debu di bumi Haram Mekah dan Madinah al munawarah.  ketika itu baginda kehilangan insan tersayang yang sekian lama menjadi tulang belakang, yang menjadi barisan pertahanannya, kini sudah kembali kepada Tuhannya, bagaimana pakciknya yang amat dikasihinya, pakcik yang melindunginya dari gangguan musuh, dan tidak lama kemudian pemergian isteri amat dicintai kembali kepada Tuhannya, meninggalkanya dalam kesunyian, kini hanya ditemani anak-anak yang tersayang yang selalu ditinggalkan kerana urusan dakwah kejalan Tuhan, anak-anak yang selalu menanti dengan kesabaran akan nasib ayah mereka untuk pulang kerumah setiap hari, penantian yang penuh debaran takut-takut ayah tercinta tidak sempat pulang kerumah lagi.  Dan kepulangan yang disambut dengan tangisan dalam kegembiraan kerana sang ayah selamat pulang kerumah dalam keadaan dipenuhi debu tanah ditubuhnya dan najis yang dilontar terkena kerambut dan tubuh sang ayah tercinta, disambut ayah itu dengan tangisan dan airmata  sambil membersihhkan ayahanda tercinta.

Masih ingatkah lagi, bagaimana Nabi dihalau dari kota Mekah oleh musuh Allah , lalu membawa langkah sambil melihat dan menolah kearah bumi Mekah, tempat kelahirannya itu , menahan sebak didada, menahan airmata jatuh berguguran kini pergi untuk membawa risalah Tuhannya untuk di isi dihati yang belum mengenal Tuhannya.  Jejak-jejak kakinya masih berbekas di tanah suci kota Mekah demi menyinarkan cahaya tauhid, demi menegakkan syiar islam. Masih jelas lagi, bagaimana kaum yang ingkar itu menyakiti tubuhnya , dilontar dengan batu disepanjang jalan itu, dihujani dengan batu dari kepala sehingga kekaki mengalir darah sucinya membasahi sandal sehingga tidak termampu lagi berjalan lalu terduduk, longlai sehingga rebah , tersungkur kebumi namun dipapa, berjalan lagi sehingga membawa jauh dari pandangan kaum itu. Kekasih Allah swt ini  tidak pernah sekalipun terasa  disakiti kerana hatinya sudah tergadai , menebusnya hanya dengan kalimah Satu syahadah Tiada Tuhan Selain Allah dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah, tiada lagi erti kesakitan dunia, jiwanya sudah pulih dalam penyampaian kalimah suci itu.  Itulah Pesuruh Allah, Muhammad saw.  Selawat dan salam keatasmu nabi junjungan Nabi Muhammad saw, keluarga dan sahabat baginda.

“Allahumma solli ala muhammad, wa ala ali sayyidina muhammad wassobbihi wassalim“

Comments

Popular posts from this blog

Pemberimilikkan Tanah

 S.76  KTN memberikan maksud pemberimilikkan adalah suatu pelupusan tanah kerajaan oleh PBN sama ada untuk :      (a) tempoh tidak melebihi 99 tahun      (b) buat selama-lamanya  Pegangan tanah terdiri daripada dua (2) jenis  :      a. pegangan kekal (freehold)      b. Pegangan bertempoh (leasehold) PBN diberikan kuasa untuk menentukan bentuk pegangan sama ada hakmilik  freehold atau leasehold bergantung kepada syarat-syarat pelupusan tanah yang akan dikenakan dan terikat status tersebut dan tidak mudah untuk diubah  atau ditukar sewenang-wenangnya. Hak milik terbahagi kepada dua :   1          Hak milik Pejabat Pendaftaran – iaitu hak milik yang dibuat melalui Pejabat Pengarah Tanah dan Galian di peringkat negeri. Hak milik jenis ini adalah untuk tanah bandar dan tanah pekan; lot tanah desa melebihi 4 hektar;dan bahagian pinggir laut atau dasar laut. 2.  ...

Pecah Bahagian Tanah ,Sempadan Tanah dan Menyatukan Tanah

Pecah bahagian ialahn satu proses yangn membolehkan mana-mana sebidang tanah bermilik yang dimiliki oleh dua (2) orang atau lebih pemilik bersama dipecah bahagian untuk membolehkan setiap pihak memperolehi kuasa keatas tanah berkenaan dibawah hakmilik yang berasingan.  Pernohonan dan syarat-syarat tertakluk kepada kelulusan Pengarah Negeri dan Pentadbir Tanah dibawah S.41 KTN. Permohonan Pecah Bahagian S.142  kelulusan permohan pecah sebahagian mana-mana tanah perlu dikemukakan secara bertulis menggunakan Borang 9B dan disertai oleh perkara-perkara berikut: a. fee permohonan b. Satu pelan menurut skala yang betul c. Kelulusan mana-mana pihak Perancang Pembangunan d. Keizinan bertulis dalam perenggan (e) e. Keizinan bertulis terhadap permohonan untuk tuanpunya bersama Pecah Tanah oleh Pemegang Syer Majoriti dan Pemegang Minoriti S.141A  pindaan-pindaan yang membenarkan tuan tanah, pemegang minoriti untuk membuat permohonan bagi pecah bahagian tanpa mendapatkan persetujuan ...

Hak Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan Pelupusan Tanah

  Undang-undang tanah di Malaysia adalah berasaskan Sistem Torrens iaitu  pendaftaran adalah segalanya.    Pada dasarnya urusan tanah terletak dibawah bidangkuasa Kerajaan Negeri sebagai Pihak Berkuasa Negeri (PBN) seperti yang Senarai II, Jadual ke-9 Perlembagaan Persekutuan.  S.40 KTN memperuntukkan bahawa semua tanah didalam negeri dan semua galian dan batuan yang terkandung didalam tanah terletak dibawah kuasa PBN. Oleh kerana PBN mempunyai kuasa keatas tanah negeri, maka kerajaan negeri mempunyai kuasa penuh dan hak seperti yang diperuntukkan dibawah seksyen-seksyen berikut; S.40- S.50 termasuk a. mempunyai hak dalam semua harta dalam bentuk tanah b. kuasa pelupusan melalui pemberimilikkan, perizaban, pemberian lsen dan permit c. Kuasa mengenakan syarat mengenai penjenisan dan penggunaan tanah. Selain itu PBN juga mempunyai kuasa : S.130 melucuthakkan atau merampas tanah S.195 Menyerah balik tanah S.351 Perkembalian tanah kepada PBN Kuasa Pelupusan Tanah Ha...