Perceraian, dari segi bahasa Arab,
bererti tindakan melepaskan atau menguraikan ikatan. Contohnya –
(a) “Aku ceraikan kau”;
(b) “Aku lepaskan kau”
Lafaz perceraian boleh dibahagikan
kepada 2 jenis –
(a) dalam bentuk jelas (sareh);
(b) dalam bentuk tidak jelas atau
sindiran (kinayah).
Lafaz sareh ialah lafaz yang menggunakan ucapan
yang jelas dan tegas dengan maksud menunjukkan makna perceraian. Contohnya –
(a) “Aku talakkan engkau”;
(b) “Aku ceraikan engkau dengan talak
1, 2 atau 3”
Lafaz kinayah ialah suatu lafaz yang boleh bererti
talak dan boleh pula membawa erti yang lain. Lafaz itu haruslah dilihat
hubungannya dengan suasana sebelum dan sesudahnya serta tanda-tanda (qarinah)
yang mempertegas erti yang dimaksudkan dan juga niat pihak suami. Talak kinayah
adalah lafaz yang mengandungi makna perceraian yang tersirat tetapi tidak
secara langsung. Juga termasuk dalam
talak kinayah adalah talak sharih (langsung) yang dibuat secara tertulis atau melalui
SMS.
Contoh lafaz
kinayah –
(a) “Baliklah
kamu kepada ibu bapa kamu”;
(b) “Saya tak
hendak kepada kamu lagi”;
(c) “Mulai
hari ini berpisahlah kita berdua”.
Kesan
perkataan-perkataan atau lafaz-lafaz seperti di atas bergantung pada niat suami
yang melafazkannya itu. Jika dia berniat menceraikan isterinya, terjadilah
perceraian. Sebaliknya, jika dia tidak berniat menceraikan isterinya, lafaz
tersebut tidak memberi kesan perceraian.
JENIS-JENIS TALAK
1. Perceraian dengan persetujuan
Perceraian secara talaq berlaku
apabila kedua-dua pihak suami dan isteri bersetuju untuk bercerai secara baik,
atau suami membuat keputusan untuk menceraikan isteri dengan lafaz talaq. Perceraian dengan persetujuan/dengan perintah
mahkamah Perceraian dengan persetujuan atau dengan perintah mahkamah bererti,
seorang suami atau isteri membuat permohonan kepada mahkamah dengan mengisi
borang-borang tertentu untuk bercerai sekiranya kedua-dua pihak bersetuju untuk
berbuat demikian. Borang tersebut perlu diserahkan kepada mahkamah dengan
disertai akuan berkanun (surat sumpah) dengan memenuhi perkara yang berikut:
i.
butir-butir perkahwinan, nama anak, umur anak (hasil
daripada perkahwinan);
ii.
perkahwinan itu didaftarkan di bawah Enakmen
Pentadbiran Undang- Undang Keluarga Islam dan salah satu pihak bermastautin dalam
Negeri di bawah Enakmen tersebut;
iii.
ibutir-butir mengenai apa-apa perbicaraan terdahulu
mengenai hal ehwal suami isteri, jika ada;
iv.
pernyataan mengenai sebab-sebab hendak bercerai;
v.
pernyataan sama ada langkah-langkah perdamaian telah
diambil;
vi.
syarat apa-apa perjanjian berkenaan dengan nafkah,
tempat tinggal isteri dan anak- anak hasil daripada perkahwinan, penjagaan anak
dan pembahagian apa-apa aset; dan
vii.
butir-butir perintah yang diminta. Borang ini boleh
diperolehi di Mahkamah Syariah di tempat yang berhampiran dengan pasangan
suami/isteri tinggal atau bermastautin.
2. Penceraian Ta'liq
Ta'liq ertinya
perjanjian yang telah dibuat oleh suami selepas akad nikah mengikut Hukum
Syarak dan sepertimana yang diperuntukkan dalam Akta/Enakmen/Ordinan Undang-undang
Keluarga Islam Negeri. Cerai Ta'liq boleh disabitkan apabila berlaku
pelanggaran ke atas Ta'liq dan setelah aduan dibuat serta disahkan oleh
Mahkamah.
didefinisikan mengikut
Undang-undang Keluarga Islam sebagai lafaz perjanjian yang dibuat oleh suami
selepas akad nikah. Perceraian secara ta'liq berlaku apabila suami melanggar
ta'liq yang dibuat olehnya semasa upacara akad nikah.
Pada lazimnya, taklik tersebut menyebut antara lain –
Pada lazimnya, taklik tersebut menyebut antara lain –
i.
sekiranya suami meninggalkan isteri
lebih daripada enam bulan tanpa memberi nafkah zahir atau batin secukupnya;
atau
ii.
sekiranya suami memukul atau mendera
isteri atau mendatangkan mudarat kepada isterinya. Isteri yang ditinggalkan
atau dicederakan seperti di atas boleh mengadu kepada Mahkamah Syariah di
kawasan yang berhampiran dengan tempat tinggalnya dan sekiranya pengaduan itu sabit
dan disahkan oleh Mahkamah, maka terjadilah perceraian secara taklik.
iii.
Perceraian taklik boleh juga berlaku
apabila seorang suami membuat janji atau memberi amaran kepada isteri supaya
melakukan atau meninggalkan daripada melakukan sesuatu.
Contoh lafaz ta'liq selepas akad nikah:
“Saya mengaku apabila saya tinggalkan isteri saya (nama
isteri) selama empat bulan hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau
paksaan, dan saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya selama tempoh
yang tersebut pada hal ia taatkan saya atau saya melakukan sebarang mudarat
kepada tubuh badannya, kemudian ia mengadu kepada mahkamah syariah, dan apabila
sabit aduannya di sisi mahkamah syariah, dan ia memberi kepada Mahkamah
Syariah, yang menerima bagi pihak saya satu ringgit maka pada ketika itu
tertalak ia dengan cara talak khulu'.”
3. Perceraian Tebus
Talaq @ Khulu
ialah satu perceraian
yang diminta oleh isteri daripada suaminya dengan wang atau harta benda
sepertimana yang dipersetujui melalui ijab dan qabul. Cerai Khulu' adalah
merupakan cerai Bain Sughra dan tidak boleh dirujuk melainkan dengan akad dan
mas kahwin yang baru.
Hukum yang ditimbulkan oleh khulu’ adalah talaq ba'in sughra yang memberi maksud, hilangnya hak rujuk pada suami selama masa ‘iddah. Bererti, sekiranya lelaki tersebut ingin kembali bersama bekas isterinya, dia diwajibkan untuk melamar dan menikah semula dengan bekas isterinya itu. Sementara itu, wanita yang meminta khulu' itu wajib menunggu sampai masa ‘iddahnya berakhir sekiranya ingin menikahi lelaki lain.
4. Penceraian Li'an
Perceraian secara li'an berlaku apabila suami menafikan anak
yang dilahirkan oleh isterinya atau anak di dalam kandungan isterinya sebagai
anaknya, atau menuduh isterinya berzina dengan lelaki lain tetapi tidak dapat
membuktikan melalui penyaksian empat orang saksi.
Sumpah li’an dilakukan oleh suami dengan menyatakan atas nama Allah, dia bersumpah bahawa isterinya telah melakukan zina. Sumpah itu dinyatakan sebanyak 4 kali oleh suami, dan pada sumpah kelima, suami menyatakan dia siap menerima laknat Allah jika dia berbohong.
Demikian juga sebaliknya, isteri dapat melakukan sumpah balik (sumpah nukul), atas nama Allah, dia bersumpah bahawa dia tidak melakukan zina. Sumpah itu dinyatakan isteri sebanyak 4 kali dan pada sumpah kelima, isteri menyatakan dia siap menerima laknat Allah jika tuduhan suaminya itu benar.
Maka apabila pihak-pihak tersebut (suami dan isteri) telah mengangkat sumpah dengan cara li'an, mengikut hukum Syara' di hadapan Hakim Syar'ie, maka mereka akan difaraqkan. Kesannya, kedua-dua pihak tidak boleh rujuk kembali atau berkahwin semula.
5. Penceraian Fasakh
ialah pembubaran perkahwinan
disebabkan oleh sesuatu perkara yang diharuskan oleh Hukum Syarak. Di antara
perkara-perkara yang mengharuskan fasakh ialah apabila suami atau isteri :
+ Tidak diketahui di mana mereka
berada selama tempoh lebih dari satu (1) tahun.
+ Tidak mengadakan peruntukkan nafkah isteri selama tempoh tiga (3) bulan.
+ Telah dihukum penjara selama tempoh tiga (3) tahun atau lebih.
+ Tidak menunaikan tanpa sebab yang munasabah nafkah batin selama satu (1) tahun.
+ Telah mati pucuk.
+ Telah gila selama tempoh dua (2) tahun.
+ Sedang mengidap penyakit kusta atau penyakit kelamin yang berjangkit.
+ Lazim menyakiti atau menjadikan kehidupan isterinya menderita.
+ Berkawan dengan perempuan-perempuan jahat.
+ Memaksa isteri hidup secara lucah.
+ Melupuskan harta isteri.
+ Menghalang isteri menunaikan kewajipan agama.
+ Tidak berlaku adil kepada isteri-isterinya mengikut Hukum Syarak..
+ Tidak menyetubuhi isteri dengan sengaja walaupun empat (4) bulan telah berkahwin.
+ Dan apa-apa alasan lain yang diiktiraf Hukum Syarak.
+ Tidak mengadakan peruntukkan nafkah isteri selama tempoh tiga (3) bulan.
+ Telah dihukum penjara selama tempoh tiga (3) tahun atau lebih.
+ Tidak menunaikan tanpa sebab yang munasabah nafkah batin selama satu (1) tahun.
+ Telah mati pucuk.
+ Telah gila selama tempoh dua (2) tahun.
+ Sedang mengidap penyakit kusta atau penyakit kelamin yang berjangkit.
+ Lazim menyakiti atau menjadikan kehidupan isterinya menderita.
+ Berkawan dengan perempuan-perempuan jahat.
+ Memaksa isteri hidup secara lucah.
+ Melupuskan harta isteri.
+ Menghalang isteri menunaikan kewajipan agama.
+ Tidak berlaku adil kepada isteri-isterinya mengikut Hukum Syarak..
+ Tidak menyetubuhi isteri dengan sengaja walaupun empat (4) bulan telah berkahwin.
+ Dan apa-apa alasan lain yang diiktiraf Hukum Syarak.
6. Pembubaran perkahwinan kerana pertukaran
agama
Pertukaran agama oleh salah satu
pasangan perkahwinan akan menjadikan perkahwinannya menjadi bubar atas
pengesahan Mahkamah. Walau bagaimanapun, kedudukan suami isteri adalah seperti
yang berikut:
(i)
sekiranya salah satu pasangan menjadi
murtad, perkahwinan hanya menjadi bubar setelah disahkan oleh Mahkamah;
(ii)
sekiranya isteri atau suami telah
memeluk Islam dan pasangannya telah turut memeluk Islam dalam tempoh idah
perkahwinan mereka mengikut hukum Syarak, maka status perkahwinan mereka
dikekalkan iaitu mereka tidak perlu kepada akad nikah baru
Comments
Post a Comment