Skip to main content

Pembentukan kontrak Akta Kontra 1950 (Akta 136)_ Penerimaan




Pembentukan kontrak
1.        Tawaran
2.        Penerimaan
3.        Balasan
4.        Niat mewujudkan perhubungan undang-udang
5.        Kelayakan untuk berkontrak

2.1  Seksyen 3 menjelaskan komunikasi penerimaan melalui perbuatan atau ketinggalan pihak yang menerima. 

Seksyen 3 menjelaskan komunikasi cadangan, penerimaan cadangan, pembatalan cadangan dan pembatalan penerimaan masing-masing adalah dianggap dibuat dengan mana-mana perbuatan atau ketinggalan perbuatan oleh pihak yang mencadang,  yang menerima atau membatalkan . dengan pihak itu berniat untuk mengkomunikasikan cadangan,  penerimaan, atau pembatalan itu, atau yang pembatalan itu atau yang mempunyai akibat untuk mengkomunikasikan cadangan itu.
               

2.2   Seksyen 4 (2) Komunikasi penerimaan adalah lengkap :

(a)  Terhadap pencadang, bila komunikasi penerimaa itu telah dimasukkan kedalam perjalanan pengiriman kepadanya, dimana ianya berada diluar kuasa penerima
(b)    Terhadap penerima,  bila komunikasi penerimaan itu telah sampai kepada pengetahun pencadang.

2.3   Perimaan melalui cara terus:

                - Penerimaan melalui pos/telegram
                - Penerimaan melalui telefeks/telefon
                - Penerimaan melalui perbuatan
                - Penerimaan melalui berdiam diri

2.4  Penerimaan dengan melaksanakan syarat-syarat yang ditetapkan dalam tawaran.  Perlaksanaan syarat-syarat tawaran adalah penerimaan tawaran.

Seksyen 8 menjelaskan penerimaan dengan penunaian syarat atau penerimaan balasan . iaitu  Penunaian syarat-syarat cadangan atau penerimaan mana-mana  balasan untuk janji berbalas yang boleh ditawarkan dengan satu cadangan, adalah penerimaan cadangan itu. 

2.5   Cara penerimaan yang ditetapkan oleh pembuat tawaran.  Jika cara penerimaan tidak ditetapkan, penerimaan mestilah dibuat dalam cara yang munasabah dan biasa.

Seksyen 7 menjelaskan penerimaan mesti mutlak.  Untuk menjadikan sesuatu cadangan itu sebagai suatu janji, maka penerimaan itu mestilah:

(a)     Mutltak dan tidak bersyarat
Iaitu dalam tiga keadaan berikut, tiada penerimaan yang mutlak dan tidak bersyarat:
I   Tawaran balas oleh penerima tawaran
Ii  Terma-terma tawaran dipinda pada masa penerimaan
Ii  Penerimaan dibuat “tertakluk kepada kontrak” atau bergantung kepada pematuhan sesuatu syarat terdahulu.

(b)     Dinayatakan secara biasa dan munasabah.  Melainkan jika cadangan itu menetapkan cara penerimaan.  Jika cadangan itu menetapkan cara penerimaannya, dan penerimaan itu tidak dibuat menurut cara yang ditetapkan itu maka pencadang dalam tempoh yang munasabah sesudah penerimaan itu dikomunikasikan kepadanya, boleh menegaskan bahawa cadangan itu hendaklah diterima menurut cara yang telah ditetapkan dan tidak sebalik;  tetapi, jika ia mungkir berbuat demikian, maka ia adalah menerima penerimaan itu.

2.6   Pembatalan Penerimaan
Seksyen 5(2) sesuatu penerimaan boleh dibatalkan pada bila-bila masa sebelum komunikasi penerimaan itu adalah lengkap terhadap penerima, tetapi tidak selepasnya.

2.7  Bila penerimaan pembatalan lengkap. 

Seksyen 4 (3)(a) terhadap orang yang membuat pembatalan, bila komunikasi pembatalan itu telah dimasukkan ke dalam perjalanan pengiriman kepada siapa pembatalan itu dibuat
Seksyen 4 (3) (b)  terhadap orang kepada siapa yang ianya dibuat, bila pembatalan itu sampai kepada pengetahuan. 

Comments

Popular posts from this blog

Pemberimilikkan Tanah

 S.76  KTN memberikan maksud pemberimilikkan adalah suatu pelupusan tanah kerajaan oleh PBN sama ada untuk :      (a) tempoh tidak melebihi 99 tahun      (b) buat selama-lamanya  Pegangan tanah terdiri daripada dua (2) jenis  :      a. pegangan kekal (freehold)      b. Pegangan bertempoh (leasehold) PBN diberikan kuasa untuk menentukan bentuk pegangan sama ada hakmilik  freehold atau leasehold bergantung kepada syarat-syarat pelupusan tanah yang akan dikenakan dan terikat status tersebut dan tidak mudah untuk diubah  atau ditukar sewenang-wenangnya. Hak milik terbahagi kepada dua :   1          Hak milik Pejabat Pendaftaran – iaitu hak milik yang dibuat melalui Pejabat Pengarah Tanah dan Galian di peringkat negeri. Hak milik jenis ini adalah untuk tanah bandar dan tanah pekan; lot tanah desa melebihi 4 hektar;dan bahagian pinggir laut atau dasar laut. 2.  ...

Pecah Bahagian Tanah ,Sempadan Tanah dan Menyatukan Tanah

Pecah bahagian ialahn satu proses yangn membolehkan mana-mana sebidang tanah bermilik yang dimiliki oleh dua (2) orang atau lebih pemilik bersama dipecah bahagian untuk membolehkan setiap pihak memperolehi kuasa keatas tanah berkenaan dibawah hakmilik yang berasingan.  Pernohonan dan syarat-syarat tertakluk kepada kelulusan Pengarah Negeri dan Pentadbir Tanah dibawah S.41 KTN. Permohonan Pecah Bahagian S.142  kelulusan permohan pecah sebahagian mana-mana tanah perlu dikemukakan secara bertulis menggunakan Borang 9B dan disertai oleh perkara-perkara berikut: a. fee permohonan b. Satu pelan menurut skala yang betul c. Kelulusan mana-mana pihak Perancang Pembangunan d. Keizinan bertulis dalam perenggan (e) e. Keizinan bertulis terhadap permohonan untuk tuanpunya bersama Pecah Tanah oleh Pemegang Syer Majoriti dan Pemegang Minoriti S.141A  pindaan-pindaan yang membenarkan tuan tanah, pemegang minoriti untuk membuat permohonan bagi pecah bahagian tanpa mendapatkan persetujuan ...

Hak Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan Pelupusan Tanah

  Undang-undang tanah di Malaysia adalah berasaskan Sistem Torrens iaitu  pendaftaran adalah segalanya.    Pada dasarnya urusan tanah terletak dibawah bidangkuasa Kerajaan Negeri sebagai Pihak Berkuasa Negeri (PBN) seperti yang Senarai II, Jadual ke-9 Perlembagaan Persekutuan.  S.40 KTN memperuntukkan bahawa semua tanah didalam negeri dan semua galian dan batuan yang terkandung didalam tanah terletak dibawah kuasa PBN. Oleh kerana PBN mempunyai kuasa keatas tanah negeri, maka kerajaan negeri mempunyai kuasa penuh dan hak seperti yang diperuntukkan dibawah seksyen-seksyen berikut; S.40- S.50 termasuk a. mempunyai hak dalam semua harta dalam bentuk tanah b. kuasa pelupusan melalui pemberimilikkan, perizaban, pemberian lsen dan permit c. Kuasa mengenakan syarat mengenai penjenisan dan penggunaan tanah. Selain itu PBN juga mempunyai kuasa : S.130 melucuthakkan atau merampas tanah S.195 Menyerah balik tanah S.351 Perkembalian tanah kepada PBN Kuasa Pelupusan Tanah Ha...