Pembentukan kontrak Akta Kontrak 1950 (Akta 136)
1. Tawaran
2.
Penerimaan
3.
Balasan
4.
Niat
mewujudkan perhubungan undang-udang
5.
Kelayakan
untuk berkontrak
Sekyen 10 Akta Kontrak
1.
Tawaran
1.1 Seksyen
2(a) mendefinasikan makusd tawaran bagi akta kontrak menggunakan perkataan
“cadangan” tetapi ia membawa erti yang sama dengan “tawaran”. Ia juga harus menyatakan bahawa terma-terma
satu tawaran mesti menunjukkan kesanggupan pihak yang membuat tawaran untuk
diikat sebaik sahaja tawaran itu diterima oleh penerima tawaran.
1.2
Keperluan
satu tawaran
(a) Tawaran mesti sah dari segi
undang-undang
(b) Tawaran mesti terang dan jelas
maksudnya sebelum dikatakan sah.
(c) Tawaran boleh dibuat secara nyata
(express) atau tersirat (implied).
(d) Tawaran mesi dikomunikasikan kepada
penerima tawaran
1.3 Tawaran
vs Pelawaan
Pelawaan untuk tawaran adalah satu
jemputan kepada pihak-pihak yang berminat untuk membuat satu tawaran. Iklan, pameran atupun sebutan untuk tender
dianggap sebagai pelawaan untuk tawaran.
Pihak yang membuat pelawaan untuk tawaran bukan pembuat tawaran. Tawaran datangh daripada pihak yang menjawab
pelawaan untuk tawaran. Pihak yang
membuat pelawaan untuk tawaran berhak untuk menerima atau menolak tawaran
tersebut. Tawaran seperti ini, apabila
diterima mewujudkan satu perjanjian.
1.4
Pembatalan
Tawaran
Sekyen 6 menjelasan pembatalan dan
syarat-syaratnya:
(a) Dengan mengkomunikasikan notis
pembatalan oleh pencadang kepada pihak lain
(b) Dengan luputnya waktu yang telah
ditetapkan dalam cadangan itu mengenai penerimaannya, atau bila waktu tidak
ditetapkan sedemikian, dengan luputnya waktu yang munasabah, tanpa komunikasi
penerimaan itu
(c) Atas kemungkiran/kegagalan penerima
untuk memenuhi syarat terdahulu mengenai penerimaan
(d) Atas kematian atau ketidaksempurnaan
akal pihak pencadang, jika fakta kematian atau sakit otak itu diketahui oleh
penerima sebelum penerimaan.
1.5
Tempoh
masa melakukan pembatalan
Seksyen 5(1) menjelaskan sesuatu cadangan boleh
dibatalkan pada billa-bila masa sebelum komunikasi penerimaannya adalah lengkap
terhadap pencadang, tetapi tidak selepasnya
1.6
Bila
pembatalan effiktif
Seksyen 4 (1) komunikasi cadangan
adalah lengkap, bila cadangan itu sampai kepada pengetahuan pihak kepada siapa
cadangan itu dibuat.
Seksyen 4 (3) menjelaskan komunikasi pembatalan adalah
lengkap :
(a) Terhadap orang yang membuat
pembatalan, bila komunikasi pembatalan itu telah dimasukkan kedalam perjalanan
pengirim kepada siapa pembatalan itu dibuat, dimana ianya berada diluar kuasa
orang yang membuatnya.
(b) Terhadap orang kepada siapa yang ianya
dibuat, bila pembatalan itu sampai kepada pengetahuan
A membatalkan
cadangannya melalui taligram. Pembatalan
itu lengkap terhadap B apabila B menerima taligram itu.
B
membatalakan penerimaannya melalui taligram.
Pembatalan terhadap A lengkap apabila taligram sampai kepadanya.
1.7
Komunikasi
tawaran dan pembatalan tawaran
Seksyen 3 menjelaskan komunikasi
cadangan, penerimaan cadangan, pembatalan cadangan dan pembatalan penerimaan masing-masing
adalah dianggap dibuat dengan mana-mana perbuatan atau ketinggalan perbuatan oleh
pihak yang mencadang, yang menerima atau
membatalkan . dengan pihak itu berniat untuk mengkomunikasikan cadangan, penerimaan, atau pembatalan itu, atau yang
pembatalan itu atau yang mempunyai akibat untuk mengkomunikasikan cadangan itu.
Comments
Post a Comment