Pembentukan kontrak
1.
Tawaran
2.
Penerimaan
3.
Balasan
4.
Niat
mewujudkan perhubungan undang-udang
5.
Kelayakan
untuk berkontrak
3.1 Balasan
Seksyen 2(d) menjelaskan balasan adalah menurut kehendak
pembuat janji, apabila penerima janji atau siapa sahaja yang telah membuat atau
telah menahan diri dari membuat sesuatu, maka perbuatan atau penahan diri atau
janji itu adalah disebut sebagai balasan untuk janji itu.
Seksyen 2(e) setiap janji dan setiap
set janji yang menjadi balasan pihak masing-masing adalah suatu perjanjian.
S. 2(f) janji yang merupakan balasan
atau sebahagian balasan untuk pihak masing-masing adalah disebut janji berbalas
(reciprocal promises)
S.2(g) sesuatu perjanjian yang tidak
boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang adalah batal.
s.2 (h) Sesuatu perjanjian yang boleh
dikuatkuasakan oleh undang-undang adalah satu kontrak.
3.2
Perjanjian tanpa balasan adalah batal.
Batal bermaksud apabila balasan yang diberi adalah bercanggah dengan undang-undang. Balasan atau tujuan sesuatu perjanjian adalah
disifatkan tidak sah. Setiap perjanjian
yang tujuan atau balasannya tidak sah adalah batal.
s.24 Apa balasan dan tujuan yang sah disisi
undang-undang dan apa yang tidak:
(a) ianya dilarang oleh
undang-undang
(b) ianya bersifat
sedemikian rupa jika dibenarkan, maka ianya akan mengecewakan peruntukan-
peruntukan mana-mana undang-undang atau
(c) ianya merupakan frod atau
(d) ianya mendatangkan atau melibatkan bencana
kepada diri atau harta orang lain atau
(e) Mahkamah menganggap tak moral, atau
bertentangan dengan muslimat awam.
S.25 Perjanjian batal, jika balasan atau tujuan
tak sah sebahagiannya. Jika mana-mana
bahagian sesuatu balasan untuk satu atau lebih tujuan, atau satu atau
sebahagian dari satu dari beberapa balasan untuk satu tujuan, adalah tak sah
disisi undang-undang, maka perjanjian itu adalah terbatal.
Jenis-jenis perjanjian adalah sah walaupun dibuat tanpa balasan
3.3 Seksyen 26 menjelaskan
perjanjian tanpa balasan adalah batal kecuali bertulis dan didaftarkan.
S.26 (a) (b). Sesuatu perjanjian
yang dibuat tanpa balasan adalah batal, kecuali;
S.26 (a) ianya
dinyatakan secara bertulis dan didaftarkan menurut undang-undang (jika ada)
yang pada masa itu berkuatkuasa untuk pendaftaran dokumen sedemikian, dan dibuat
berdasarkan atas kasih sayang semulajadi antar pihak-pihak yang ada hubungan
karib antara satu sama lain , atau
kecuali
S.26(b) ianya sesuatu
janji untuk memampaskan, keseluruhan
atau sebahagiannya, kepada seseorang yang telah berbuat sesuatu secara sukarela
untuk pembuat janji, atau berbuat sesuatu yang pembuat janji boleh dipaksa
disisi undang-undang untuk membuat , atau
S.26 (c) sesuatu janji
untuk membayar hutang yang dihalang oleh hadmasa. Ianya sesuatu janji, yang dibuat secara
bertulis dan ditandatangani oleh orang yang menanggungnya atau agennya, yang
diberi kuasa secara am atau khusus untuk maksud itu, supaya membayar keseluruhan
atau sebahagian dari sesuatu hutang, yang pembayarannya boleh dikuatkuasakan
oleh sipiutang seandainya tidak ada undang-undang mengenai batasan guaman.
3.4 Prinsip-prinsip Common Law
Prinsip-prinsip common law yang
terpakai menunjukkan bahawa dalam keadaan tertentu, tiada balasan sah yang wujud. Perbuatan melakukan sesuatu yang merupakan
tugas awam atau tanggungjwab yang sedia ada tidak boleh ditakrifkan sebagai
balasan. Maka ia tidak akan membawa
kepada pembentukan kontrak yang sah.
Tetapi, jika perbuatan yang dilakukan oleh penerima janji melebihi tugas
awam atau tanggungjawab yang sedia ada, perbuatan itu boleh terjumlah kepada
balasan yang sah.
Prinsip common law yang terpakai, jika
satu pihak berjanji dengan pihak yang satu lagi untuk membayar wang, bayaran
sepenuhnya dikehendaki dibuat.
Pembayaran tidak boleh ditafsirkan sebagai pembayaran penuh walaupun
telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
Keadaan ini berbeza daripada kedudukan dibawah seksyen 64, dimana
balasan tambahan tidak diperlukan.
Tambahan lagi, S.64 tidak
memerlukan apa-apa perjanjian untuk pembayaran sebahagian diantara kedua-dua
pihak.
Seksyen 64 menjelaskan , penerima janji boleh
membebas atau mengurangkan perlaksaan janji.
Tiap-tiap penerima janji boleh membebas atau mengurangkan sebahagian
atau keseluruhan daripada perlaksaan janji yang telah dibuat kepadanya,
atau boleh melanjutkan masa untuk
perlaksanaan sedemikian itu, atau boleh menerima sebagai gantinya sebarang pemenuhan
janji yang dia fikir berpatutan.
Comments
Post a Comment