Pembentukan kontrak
1.
Tawaran
2.
Penerimaan
3.
Balasan
4.
Niat mewujudkan perhubungan
undang-udang
5.
Kelayakan untuk berkontrak
Elemen niat untuk mewujudkan perhubungan yang mengikat disisi
undang-undang. Dan boleh dikuatkuasakan
melalui undang-undang.
5. Kelayakan untuk
berkontrak
Seksyen 10 (1)
menjelaskan, Semua perjanjian adalah kontrak jika dibuat atas kerelaan
bebas pihak-pihak yang layak membuat kontrak, untuk sesuatu balasan yang sah
dan dengan sesuatu tujuan yang sah; dan tidak ditetapkan dengan nyata dibawah
peruntukan Ordinan ini bahawa ianya batal.
Seksyen 11 menjelaskan setiap
orang layak membuat kontrak sekiranya ia dewasa menurut undang-undang
yang mana ia tertaklut, dan sekiranya ia berakal sempurna, dan tidak hilang kelayakan
untuk membuat kontrak menurut mana-mana undang-undang yang mana ia tertakluk.
Seksyen 12 (1) menjelaskan seseorang adalah dikatakan berakal
sempurna untuk membuat kontrak jika, pada masa ia membuat kontrak itu, ia
berkeupayaan memahami kontrak yang diperbuatnyua dan berkeupayaan membuat
pertimbangan yang rasional terhadap kesan atas kepentingannya.
Seksyen 12 (2)
Seseorang yang lazimnya tak berakal sempurna, tetapi sekali-sekala
berakal sempurna, boleh membuat kontrak bila ia berakal sempurna.
Seksyen 12 (3)
Seseorang yang lazimnya berakal sempurna, tetapi sekal –sekala tak
berakal sempurna, tidak boleh membuat kontrak
bila ia tak berakal sempurna.
Comments
Post a Comment