Sejarah Undang-undang Islam Mahkamah Syariah di Tanah Melayu
Sejarah undang-undang islam adalah bermula dari Mekah yang dibawah oleh Rasurullah selepas mendapat wahyu dari Allah swt pada tahun 610 M . Islam ketika itu telah mewujudkan satu dasar yang menyeluruh berhubung dengan hukum dan ketetapan syariat islam , perintah dan larangan Allah swt dan juga hubungan antara manusia sejagat. Dasar yang lengkap merangkumi ekonomi, sosial dan politik sebagai peraturan hidup dalam menjaga ketertiban dan keharmonian umat islam dan bukan islam yang hidup dalam satu kelompok masyarakat. Sejarah undang-undang islam telah wujud pada zaman Nabi Muhammad bersumberkan Al-quran dan sunnah Nabi dan diteruskan selepas zaman Nabi ditafsir melalui Qias dan Ijma ulamak. Undang-undang islam menyentuh tentang ibadah dan aqidah umat islam, hukum muamalat, jenayah, perwarisan harta dan pusaka , kekeluargaan islam dalam soal perkahwinan dan penceraian, penyelesaian cukai diwilayah jajahan politik. Islam menetapkan hukum syarak dalam perundangan islam dalam syarak adalah menuntut keadilan dalam perlaksanaan undang-udang islam.
Surat Maidah Ayat 8
Allah swt berfirman hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu supaya menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, menerangkan kebenaran , janganlah membenci terhadap suatu lain kaum kerana ia mendorong kepada ketidakadilan. Hendaklah berlaku adil kepada sesiapa sahaja.
Islam mula tersebar ke tanah melaya bermula pada zaman kesultanan Melayu Melaka sekitar abad ke 1400 , memperlihatkan perkembangan islam yang amat pesat selain daripada faktor kejatuhan Kerajaan Hindu di Jawa. Islam pesat berkembang pada zaman pemerintahan Sultan Mansor Shah yang banyak menjalankan perluasan wilayah dan takluk jajahan selain dilihat sebagai simbol keagamaan menarik ramai pedagang-pedagang dari tanah Arab dan India untuk menjalankan urusan perdagangan di Melaka. Dari segi perundangan, undang-undang islam telah diguna-pakai , agama islam adalah agama rasmi dan Sultan adalah memegang kuasa tertinggi sebagai legaslatif, eksekutif dan mahkamah yang berasaskan undang-undang islam dalam Hukum Kanun Melaka dan juga undang-undang adat Melaka. Undang-undang adat diterima sebagai sumber perundangan selain undang-undan islam. Sistem kehakiman Kesultanan Melaka menjelaskan kedudukan Sultan adalah tertinggi diikuti Mahkmah Balai (Mahkamah Syariah) bertindak sebagai bidang kehakiman sebelum rayuan dibuat kepada Sultan.
Melaka jatuh ketangan Portugis pada abad tahun 1500 bermulalah era penjajahan Inggeris di tanah melayu dari peristiwa kekalahan tentera Melaka dalam peperangan menentang portugis. Kemudian kekalahan Belanda menewaskan Portugis di Melaka pada tahun 1641 dan ditawan semula oleh British pada tahun 1795 dalam perjanjian triti English-Belanda. Kedatangan British ke tanah melayu bermula dengan ketibaan Francis Light di Pulau pinang pada 1786 , Sir Stamford Raffers di Singapura pada 1824. Ketiga-tiga negeri telah disatukan oleh British sebagai negeri-negeri selat pada tahun 1826 adalah kawasan pelabuhan terbesar dan terkemuka di rantau asia pada ketika itu bertujuan ingin menolopi perdagangan dan mengukuhkan ekonomi mereka dirantau ini. Kedatangan British secara tidak langsung membawa undang-undang common law dan kaedah-kaedah ekuiti. Ia dibawa masuk melalui Charter, melalui peguam-peguam dan hakim-hakim yang terlatih di England dan kemudiannya melalui undang-undang bertulis seperti ordinan, enakmen, kanun (code), kaedah dan peraturan.
Negeri-negeri Melayu adalah negeri-negeri naungan yang dibuat oleh raja-raja mereka untuk mendapat perlindungan British dari musuh dan perjanjian tersebut antara lainnya menerima pegawai-pegawai kerajaan British sebagai adviser digelar Residen. Pada ketika itu, penerimaan undang-undang Inggeris hanya secara tidak formal akibat penerimaan daripada sistem Residen inggeris dinegeri-negeri protektorat British sebagai penasihat dalam semua hal-ehwal negeri kecuali yang berkaitan dengan adat istiadat dan agama islam tetapi secara tidak langsung berlaku campur tangan Inggeris keatas undang-undang islam yang telah diamalkan di Tanah Melayu pada sekian lama.
Semasa zaman penjajahan British pada abad 1800-1900 sultan masih lagi sebagai pemerintah dan ketua agama islam negeri. Undang-undang islam yang digunapakai terbahagi kepada dua kuasa penghakiman iaitu Mahamah Balai (Mahkamah Syariah) dan Mahkamah Adat. Sistem perundangan islam berlaku perubahan pada tahun 1920-an apabila British memansuhkan Mahkamah Balai (Mahkamah Syariah) dibawah pentadbiran British tetapi mengekalkan Mufti sebagai penasihat agama kepada Sultan.
Pada 1 Februari 1948 negeri-negeri Melayu telah bergabung membentuk Persekutuan Tanah Melayu termasuk Melaka dan Pulau Pinang telah menubuhkan Ordinan Court 1948 dan memasukkan fungsi Mahkamah Syariah iaitu disebut sebagai Mahkamah Kathi didalam struktur mahkamah diperingkat kebangsaan dan ia merupakan sebahagian daripada Mahkamah Persekutuan dimana Mahkamah Agung adalah mahkamah yang tertinggi pada zaman tersebut. walaubagaimanpun, selepas Ordinan Court 1948 dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Mahkamah Rendah 1948 , Mahkamah syariah telah diturunkan status kehakimannya daripada mahkamah kebangsaan kepada mahkamah peringkat negeri. Mahkamah Syariah tidak ada lagi dalam struktur mahkamah persekutuan. Mahkamah Syariah sekarang dibawah penguatkuasaan kerajaan negeri. Tindakan British mengubah Mahkamah Syariah tersebut sebenarnya telah menurunkan martabat undang-undang Islam sebagai undang-undang rasmi selama ini.
Selepas kemerdekaan, Mahkamah Syariah kekal dibawah penguatkuasaan negeri-negeri seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia 1957. Status Mahkahmah Syariah telah diubah kepada kawalan dan penguatkuasaan Mahkahmah Negeri-negeri sahaja. Dimana perlembaggaan memperuntukkan kuasa penghakiman terletak hanya di Mahkamah Persekutuan, struktur kehakiman persekutuan terdiri daripada Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rendah, Mahkamah Majesret dan Mahkamah Penghulu. Status Mahkamah Syariah ketika itu dibawah organisasi yang sama dengan kuasa Mufti dan Jabatan Agama Islam. Pada tahun 1980-an berlaku pengasingan diri Mahkamah Syariah dari Majlis Agama Islam dan mengketorikan Mahkamah Syariah kepada 3 kategori iaitu Mahkmah Rayuan, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah.
Pada tahun 1998, penubuhan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) sebagai sebuah institusi yang berasingan dalam pentadbiran agama islam didalam perundangan dan kehakiman berkaitan undang-undang islam . Dibawah pentadbiran JKSM undang-undnag islam yang terpakai ditambah daripada undang-undang substantif kepada prosedur. JKSM ditubuhkan adalah bertujuan untuk menyelaraskan sistem perundangan, menyusun strategi dan mentadbir Mahkamah Syariah disetiap negeri. Professen dan kelayakan dalam bidang perundangan syariah telah diperkembangkan dalam usaha memperluaskan ilmu dalam bidang perundangan islam termasuk penambahbaikkan naik taraf mahkamah syariah supaya sama taraf dengan mahkamah sivil. JKSM adalah mahkamah tertinggi Syariah di Malaysia yang mendengar segala rayuan dari mahkamah tinggi negeri. Kedudukan Mahkamah Syariah selepas kemerdekaan dalam peringkat Persekutan ditadbir oleh JKSM dibawah Jabatan Perdana Menteri.
Comments
Post a Comment