Skip to main content

Hukum Kanun Melaka v Undang-undang Adat



Undang-Undang Adat Melayu

Pelbagai pandangan sudah diberi sarjana Inggeris untuk memaknakan undang-undang adat Melayu. Sebahagiannya cuba menyamakan undang-undang adat Melayu dengan istilah code dalam undang-undang moden Inggeris.  Pandangan Rigby (1908: 11) adalah seperti yang berikut telah menyanggah maksud code yang diberikan kepada undang-undang  Melayu itu  Undang-Undang Sembilan Puluh Sembilan Perak bukan bentuk undang-undang yang boleh disamakan maksudnya dengan konsep code dalam pengertian undang-undang Inggeris. Pandangan Rigby (1908: 11)   adalah Pengertian undang-undang adat Melayu tidak seharusnya terpengaruh dengan maksud code dalam undang-undang moden Inggeris yang telah melalui proses legislative authority.   Sebaliknya, undang-undang adat Melayu lebih bercorak digest (intisari) sahaja. 

Menurut tulisan Zainur Zakaria (1995: 79):  Adat, as used in the region, can mean custom, courtesy, proper behaviour or customary law. Reference to adat in this section is taken to mean customary law or customs which have legal consequences.

Undang-undang adat Melayu adalah undang-undang tidak bertulis merupakan senarai peraturan yang disusun berasaskan adat istiadat, nilai, norma, moral atau adab yang menjadi amalan hidup zaman kesultanan Melayu Melaka, khususnya sebagai panduan dan kawalan kepada raja dan pembesar dalam melaksanakan proses pemerintahan negara. Undang-undang adat meliputi undang-undang di daratan (seperti Undang-Undang Melaka dan Undang-Undang Kedah) dan undang-undang di lautan  (seperti Undang-Undang Laut Melaka dan Undang-Undang Pelabuhan Kedah).

Adat Perpatih dan Adat Temenggung pula merupakan undang-undang adat melayu yang dijadikan panduan hidup dan amalan masyarakat pada zaman kesultanan melayu.  Umum, semua undang-undang yang berasal dari Minangkabau telah digolongkan sebagai Adat Perpatih, sementara semua undang-undang adat Melayu lain sebagai Adat Temenggung. Pembahagian ini mungkin berpunca daripada wujudnya beberapa persamaan antara adat Melayu di tanah melayu dengan adat yang diasaskan Datuk Ketemenggungan di Minangkabau. 


  
Hukum Kanun Melaka  ( disusun semasa pemerintahan Muhammad Shah (1424-1444)

Apa yang menarik tentang Hukum Kanun Melaka, selain ia adalah sebuah perlembagaan bertulis, kewujudannya adalah lebih awal daripada British Bill of Rights 1689 dan campur tangan kuasa-kuasa asing di Tanah Melayu. Ini menunjukkan prinsip raja berperlembagaan telah difahami oleh orang Melayu lebih awal daripada orang Inggeris.  Hukum Kanun Melaka adalah himpunan adat Melayu dan undang-undang Islam yang digubal semasa pemerintahan Sultan Muhammad Syah (1424-1444).  Sebelum tarikh itu, Kesultanan Melayu Melaka sudah memiliki undang-undang dalam bentuk tidak bertulis iaitu adat Melayu,  wa’adat Sang Sapurba dan titah di-Raja.


Semasa Zaman Kesultanan Melaka dibawah pemerintahan Sultan Muhammad Shah (1424-1444) yang terkenal dengan penaklukan wilayah, negeri Melaka bertambah besar, jajahan Melaka semakin meluas, arah Barat hingga Beruas Ujung Karang, arah ke Timur hingga Terengganu. Sultan Muhammad Shah dikatakan mengemaskini adat istiadat negeri dan menitahkan Hukum Kanun Melaka .  Sehingga tahun 1459, kawasan-kawasan Dinding, Selangor, Muar, Singapura, Bentan, Pahang, Indragiri dan Kampar (di Sumatera Timur) ditakluki Melaka. Sehingga pada masa kemangkatan Sultan Mansor Syah (1477), ditakluki pula Bernam dan Perak di Semanjung Tanah Melayu serta Siak, Rupat dan Rokan di Sumatera. Inderagiri, Kampar dan Pahang ketika itu cuba membebaskan diri, tetapi ditindas oleh Melaka. Ketika Sultan Alauddin Riayat Syah memerintah, kawasan penguasaan Melaka dikembangkan lagi ke kawasan petempatan Orang Laut di Selatan, iaitu seluruh kepulauan Riau-Lingga. Sehingga tahun 1511, seluruh kawasan Semenanjung termasuk Patani, Kelantan, Kedah dan Terengganu menjadi taklukan Melaka.


Hukum Kanun Melaka adalah perlembagaan Kesultanan Melayu Melaka kerana ia bukan hanya berkuatkuasa di Kota Melaka bahkan semua jajahan takluk dan negeri-negeri lindungan Kesultanan Melayu Melaka. Kesultanan Melayu Melaka meliputi hampir semua wilayah Semenanjung Tanah Melayu dan bahagian pesisir pantai Pulau Sumatera. 

Hukum Kanun Melaka juga dikenali sebagai Undang-undang Melaka iaitu terdiri dari enam bahagian yang berurusan antara lain dengan undang-undang maritim, perkawinan dan perdagangan. Enam bahagian adalah: 
·         Undang-undang Laut ( undang-undang maritim )
·         Undang-undang Darat (undang-undang di tanah Melaka)  
·         Hukum Perkahwinan Islam ( perundangan perkahwinan Islam )
·         Hukum Perdagangan dan Syahadat ( perundangan ekonomi Islam )
·         Undang-Undang Negeri (undang-undang negeri)
·         Undang-undang Johor (undang-undang Johor).


Melaka sebagai pusat penyebaran agama Islam dan pelabuhan terkaya dan bertaraf bertaraf dunia .  Undang-Undang Laut Melaka  yang diperkenalkan iaitu dikenali sebagai undang-undang Maritim adalah kod undang-undang daripada Kesultanan Melaka (1400-1511) yang memperkatakan secara khusus mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan undang-undang dan peraturan maritim, serta prosedur nautika mengenai hal ehwal perairan kapal saudagar , berkaitan dengan laut seperti peraturan pelayaran, tatacara jualbeli di atas kapal, bidang kuasa nakhoda dan tanggungjawab pegawai kapal. Digubal untuk menjaga keselamatan anak-anak kapal dan pedagang-pedagang yang berdagang dengan kapal.

Fasal-fasal yang terdapat dalam Undang-Undang Laut Melaka meliputi kawasan yang luas, dengan mengambil kira pelbagai keadaan yang mungkin timbul di atas kapal, berkenaan dengan isu sosial, seperti perhambaan, perzinaan, pembunuhan, pencurian, tidak menghormati pegawai dan kecuaian dalam menjalankan tugas; juga aspek ekonomi seperti cukai dan perdagangan, termasuk pengukuran berat dan kawasan. Kod perundangan juga menggariskan organisasi yang sangat berstruktur di atas kapal, dengan tajuk pegawai dinyatakan dengan jelas lengkap dengan tanggungjawab mereka.  Penguatkuasaan undang-undang laut membuktikan ia sudah memiliki tata-pengurusan pelabuhan dan perdagangan yang efisien. Itu ditambah lagi dengan tugas salah seorang pembesar Melaka yang digelar Laksamana. Beliau mengetuai armada laut dan menguatkuasakan undang-undang dalam perairan Kerajaan Empayar Melayu Melaka.

Undang-Undang Melaka dapat dikatakan sebagai manuskrip undang-undang yang tertua dan juga yang terpenting bagi masyarakat Melayu.  Undang-Undang Melaka diasaskan di Melaka pada zaman Sultan Muhammad Syah (1424-1444), yakni sultan Melaka pertama yang memeluk Islam.  Pertembungan antara adat dan Islam dalam penulisan undang-undang Melayu dapat dikesan dalam Undang-Undang Melaka, Undang-Undang Sembilan Puluh Sembilan Perak, Undang-Undang Pahang, Undang-Undang Kedah, Undang-Undang Minangkabau, Undang-Undang Aceh, Undang- Undang Raja Nati dan Undang-Undang Jambi.  Tetapi, unsur perundangan Islam dalam naskhah-naskhah itu hanya diletakkan pada bahagian tertentu, sedangkan undang-undang adat masih tetap mendapat keutamaan.

Secara beransur-ansur, Islam telah mengubah corak pemerintahan raja-raja Melayu daripada pautan kukuh pengaruh Hindu kepada asas pemerintahan dalam Islam. Kewujudan unsur perundangan Islam dalam undang-undang adat Melayu adalah kesan langsung daripada pengenalan awal raja-raja terhadap pemerintahan Islam. Undang-undang syariah adalah perundangan Islam yang berasaskan Quran, hadis, ijmak, qisas dan sumber perundangan lain yang telah diakui ulama.  Dipercayai kitab-kitab perundangan Islam dari Tanah Arab telah dibawa masuk oleh pendakwah dan ulama sewaktu penyebaran awal syiar Islam di Alam Melayu.   Asas perundangan Islam akhirnya menjadi semakin mantap dalam pegangan dan amalan hidup orang Melayu dan sedikit sebanyak telah meninggalkan undang-undang adat  sehingga memerlukan undang-undang Islam yang lebih khusus dan menyeluruh. Ini dapat dilihat dalam  penyalinan dan penulisan manuskrip perundangan syariah oleh pengarang berpendidikan agama, ulama, kadi dan sebagainya. 



Pengaruh Hukum Kanun Melaka dalam Perlaksanaan undang-undang Islam

Hukum Kanun Melaka adalah himpunan adat Melayu dan undang-undang Islam yang mula disusun pada masa pemerintahan Sultan Muhammad Shah (1424-1444M).    Sebelum tarikh itu, Kesultanan Melayu Melaka sudah memiliki undang-undang dalam bentuk tidak bertulis iaitu adat Melayu,  wa’adat Sang Sapurba dan titah di-Raja.  Adat Melayu itu sudah wujud sebelum kedatangan Islam dan berasal dari Palembang.

Apabila raja Melaka menganut agama Islam, maka al-Qur’an dan al-Sunnah sekali gus mengambil tempat sebagai sumber perundangan tertinggi, lantaran itu ianya mempengaruhi undang-undang bertulis dan tidak bertulis Kesultanan Melayu Melaka, mengatasi sumber perundangan Melaka Tua (Sebelum kedatangan Islam).  Pengaruh Islam dalam prinsip perlembagaan Kesultanan Melayu Melaka dijelaskan seperti di atas.

Prinsip Perlembagaan Kesultanan Melayu Melaka dilandaskan pada Hukum Kanun Melaka, selain itu ia bersumberkan al-Qur’an, al-Sunnah, qiyas, ijma,’ adat Melayu, titah di-Raja dan keputusan para pembesar baginda yang dibatasi bidang kuasa seperti dinyatakan dalam Hukum Kanun Melaka.

Pada asalnya Hukum Kanun Melaka digubal di Kota Melaka, kemudiannya ditambah suai oleh kerajaan-kerajaan Alam Melayu yang berada di bawah pengaruh Kesultanan Melayu Melaka. Ia mempunyai beberapa versi misalnya Kedah, Patani, Johor dan Aceh. Hukum Kanun Melaka dipercayai pernah digunakan di Riau, Pontianak dan Brunei.

Peruntukan Hukum Kanun Melaka terdiri daripada pelbagai bentuk undang-undang iaitu undang-undang sivil, perlembagaan, jenayah, tanah, perhambaan, kontrak, perwakilan, Undang-undang Islam pula mengandungi hukum jual-beli, tatacara pengadilan, hukum qisas dan hukum jenayah Islam atau hudud, harta pusaka dan kekeluargaan Islam. Peruntukan dalam Hukum Kanun Melaka ditambah dari semasa ke semasa sehingga abad ke-19 Masihi.  Sehingga kini ditemui lebih daripada 40 buah naskhah Hukum Kanun Melaka.

Pelaksanaan perundangan Islam bermula seawal Raja Melaka memeluk agama Islam.   Bukti kukuh mengenai pengaruh perundangan Islam dapat dilihat melalui peruntukan dalam Hukum Kanun Melaka, yang merupakan sebuah perlembagaan dan undang-undang bertulis bagi Kerajaan Empayar Melayu Melaka.  Undang-undang Melaka versi Biblioteca Apostolica Vaticana mengandungi 48 fasal keseluruhannya. Pembahagian undang-undang yang ada bolehlah dinyatakan seperti berikut:

1. Undang-undang perlembagaan: Ia terkandung dalam Fasal 1 hingga Fasal 3, menyatakan pemakaian undang-undang Melaka ke atas negeri dan raja bagi manfaat negeri, raja dan menteri untuk memelihara segala rakyat. Seterusnya diperihalkan peruntukan-peruntukan berkaitan dengan hak keistimewaan dan syarat-syarat seorang raja, tanggungjawab rakyat,  pelantikan pembesar negeri, bidang kuasa para pembesar dan tatacara antara raja dengan rakyat;

2. Undang-undang jenayah mengikut adat Melayu: Ia terkandung dalam Fasal 4 hingga Fasal 18 (kecuali 15) dan 24, dinyatakan juga syarat-syarat seorang menteri, had bidang kuasa pengampunan seorang hakim dan menteri, asas-asas beladiri, prinsip mitigasi hukuman, prosedur perbicaraan jenayah, prinsip kafa’ah dalam perlakuan jenayah dan hukuman; menyentuh jenayah bunuh, tetak, fitnah, curi, salah tahan, cabul, tuduhan palsu, penyubahatan jenayah, tipu dan angkara. Dalam peruntukan tersebut diperjelaskan hukuman daripada sisi adat dan juga syariat Islam;
3. Undang-undang kontrak perkhidmatan (upah) dan sewa mengikut adat Melayu: Ia terkandung dalam Fasal-fasal 15 dan 49, dinyatakan bentuk-bentuk pampasan (remedy) apabila berlakunya hilang keupayaan kontrak (frustration of contract), kecuaian (negligence) dan pecah syarat (breach of contract);
4. Undang-undang tanah mengikut adat Melayu, terkandung dalam Fasal-fasal 19, 20 dan 22;
5. Undang-undang kecuaian berhubung penjagaan harta mengikut adat Melayu, terkandung dalam Fasal 21;
6. Undang-undang bencana dan tuntutan pampasan mengikut adat Melayu, terkandung dalam Fasal 23, dinyatakan keadaan-keadaan yang dikategorikan sebagai bencana, pengecualiannya dan bentuk-bentuk pampasan bagi mereka yang menyelamatkan harta bencana;
7.  Undang-undang wakalah (Perwakilan), terkandung dalam Fasal 24;
8.  Undang-undang keluarga Islam, terkandung dalam Fasal 25 hingga Fasal 28;
9.  Perletakkan bidang kuasa Shahbandar, terkandung dalam Fasal 29;
10. Undang-undang kontrak Islam, terkandung dalam Fasal 30 hingga Fasal 39;
11. Undang-undang jenayah hudud Islam seperti curi, zina, qazaf, murtad, dan minum arak, terkandung dalam Fasal-   
      fasal 7, 11, 12, 41, 45 dan 47;
12. Undang-undang Jenayah Qisas dan Diyat Islam, terkandung dalam Fasal-fasal 5, 8, 16 dan 24; dan
13. Undang-undang Tatacara Jenayah dan Mal Islam, terkandung dalam Fasal-fasal 40, 42 dan 43. Peruntukannya menyentuh pengakuan dalam kesalahan jenayah dan syarat-syarat sah suatu pengakuan atau ikrar, syarat-syarat saksi, prosiding perbicaraan dan syarat-syarat sabitan suatu kesalahan jenayah


Undang-undang Islam dalam Hukum Kanun Melaka

Undang-undang Jenayah- terbahagi kpd 3 bahagian.

1.Hukum Qisas  Dinyatakan sesispa yang mengambil nyawa (membunuh) orang akan dibalas bunuh. Orang Islam yang membunuh orang kafir tak dikenakan qisas. Dalam soal mencederakan anggota juga akan dibalas perbuatan yang sama dan setimpal. Hal ini selari dengan surah al-Maidah ayat 45. Hukum Diat  Fasal 17 Hukum Kanun Melaka menyatakan pembunuh dengan sengaja jika diberi maaf oleh waris akan dikenakan Diat(denda). Hal ini selari dengan mazhab Shafiee. 

2.Hukum Hudud berhubung dengan kesalahan zina, Qazaf, Mencuri, Minum arak dan Murtad. Sebagai contoh kesalahan zina akan direjam sampi mati bagi yang telah berkahwin dan disebat 100 x bagi yang belum berkahwin. Hal ini selari dengan surah an-Nur ayat 2 dan juga Hadith. Bagi kesalahan Qazaf akan disebat 80 x sebatan. Bagi kesalahan minum arak akan disebat 40 x  sebatan. 

3.Hukum Ta’zir bagi kesalahan yang tidak dikenakan hudud dan qisas seperti mencuri tidak cukup nisab akan dikenakan ta’zir iaitu budibicara. Contoh akan diminta pulang semula barang yang dicuri atau digantung dileher dan di arak keliling kampung sebagai pengajaran.

Undang-undang Muamalah,
Ini berhubung dengan jual beli, riba, sewa, pinjam meminjam ada dinyatakan dalam fasal 30 Hukum Kanun Melaka.   Islam juga menetapkan semula nilai-nilai moral, menjernihkan amalan dan kepercayaan, mewujudkan muamalat yang diredai Allah SWT; contohnya, amalan riba disebut dengan nyata adalah haram dan bentuk penindasan lain dihapuskan secara berperingkat.


Undang-undang Keluarga
Ini berhubung dengan perkahwinan,perceraian,wali talak dan sebagainya. Dalam hal ini semuanya selari dengan hukum Islam.



Undang-undang Keterangan dan Acara
Upacara-upacara untuk membesarkan Hari Kebesaran Islam diadakan.  Hal berkaitan dengan syarat-syarat menjadi Sultan seperti mesti Islam, adil, pengampun, pemurah dan sebagainya. Seorang raja adalah khalifah yang bertanggungjawab kepada Allah SWT, setiap tindak-tanduk dan keputusan baginda dalam pemerintahan akan disoal di akhirat nanti. 

Penglibatan Ulamak dalam soal pentadbiran negeri disebut dengan nyata.   Ulamak dan Kadi terlibat aktif dalam soal pertabalan, perkahwianan pemakaman seseorang raja/sultan.   Majlis Syura dalam bentuk Mesyuarat Bicara dianggotai oleh para pembesar bergelar dan golongan ulamak menujukkan terdapat amalan demokratik antara kerajaan dan badan-badan kehakiman dan mahkamah bagi memperolehi keadilan. Disini dinyatakan juga hakim/kadi dilarang menerima hadiah.   


Undang-undang yang Tidak Selari Dengan Islam

Undang-undang adat masih dikekalkan dalam teks Hukum Kanun Melaka walaupun sebahagiannya tidak selari dengan prinsip perundangan Islam.  Itu menunjukkan Undang-undang Islam mengambil alih kedudukan adat Melayu yang bercanggah dengan hukum Syara’ secara  berperingkat dalam sistem perundangan Kesultanan Melayu Melaka. Undang-undang Islam jelas mendominasi undang-undang adat dalam Hukum Kanun Melaka.  Adat juga memainkan peranan penting dan selagi tidak bercanggah dengan prinsip perundangan Islam, ia terus diamalkan.   Meskipun pengaruh Islam amat ketara dalam Hukum Kanun Melaka, masih terdapat banyak pengaruh Hindu dan adat Melayu yang bertentangan dengan Islam seperti perkara di bawah.  


1.  Sultan berada di atas undang-undang  ( Konsep Devaraja)
2.  Hukuman qisas tidak dikenakan kepada sultan/ kerabat raja contohnya  Raja Muhammad telah membunuh Tun Besar, hukuman dibuang negeri.
3.  Hukuman hudud tidak dikenakan kepada sultan contoh  Sultan Mahmud telah berzina dengan isteri orang.

Mengamalkan Diskriminasi Dalam Undang-undang
Tidak amalkan persamaan taraf,  ini kerana ada larangan memakai warna kuning contohnya untuk menghias rumah.

Konsep Daulat dan Tulah
Tulah amalan konsep pantang derhaka kepada raja/sultan walaupun memerintah dengan zalim.   Ketaatan pada raja dijelaskan melalui kalimah ‘daulat’ yang dipetik daripada perkataan Arab.  Menurut Muhammad Yusuff Hashim, daulat dihubung pada peribadi dan tubuh badan raja yang memerintah, bukanlah tersyarat pada geopolitik yang membataskan wilayah pemerintahan.  Kerajaan menurut tradisi Melayu hanya wujud selepas diangkat seorang raja, lalu diinstitusikan kalimah ‘daulat tuanku.  Sesebuah kerajaan hanya dianggap tumpas apabila rajanya terbunuh.

Hukum Kanun Melaka terus diterima pakai oleh Kerajaan-kerajaan Melayu walaupun setelah terbubarnya Kesultanan Melayu Melaka di Johor pada tahun 1699.  Ekoran daripada itu, negeri-negeri Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Selangor dan Terengganu muncul sebagai kerajaan kerajaan Melayu yang bebas dan berdaulat.   Kelangsungan Hukum Kanun Melaka dapat dilihat pada Hukum Kanun Pahang, Undang-undang Kedah, Undang-undang Johor dan Undang-undang Sungai Ujung.   




Comments

Popular posts from this blog

Pemberimilikkan Tanah

 S.76  KTN memberikan maksud pemberimilikkan adalah suatu pelupusan tanah kerajaan oleh PBN sama ada untuk :      (a) tempoh tidak melebihi 99 tahun      (b) buat selama-lamanya  Pegangan tanah terdiri daripada dua (2) jenis  :      a. pegangan kekal (freehold)      b. Pegangan bertempoh (leasehold) PBN diberikan kuasa untuk menentukan bentuk pegangan sama ada hakmilik  freehold atau leasehold bergantung kepada syarat-syarat pelupusan tanah yang akan dikenakan dan terikat status tersebut dan tidak mudah untuk diubah  atau ditukar sewenang-wenangnya. Hak milik terbahagi kepada dua :   1          Hak milik Pejabat Pendaftaran – iaitu hak milik yang dibuat melalui Pejabat Pengarah Tanah dan Galian di peringkat negeri. Hak milik jenis ini adalah untuk tanah bandar dan tanah pekan; lot tanah desa melebihi 4 hektar;dan bahagian pinggir laut atau dasar laut. 2.  ...

Pecah Bahagian Tanah ,Sempadan Tanah dan Menyatukan Tanah

Pecah bahagian ialahn satu proses yangn membolehkan mana-mana sebidang tanah bermilik yang dimiliki oleh dua (2) orang atau lebih pemilik bersama dipecah bahagian untuk membolehkan setiap pihak memperolehi kuasa keatas tanah berkenaan dibawah hakmilik yang berasingan.  Pernohonan dan syarat-syarat tertakluk kepada kelulusan Pengarah Negeri dan Pentadbir Tanah dibawah S.41 KTN. Permohonan Pecah Bahagian S.142  kelulusan permohan pecah sebahagian mana-mana tanah perlu dikemukakan secara bertulis menggunakan Borang 9B dan disertai oleh perkara-perkara berikut: a. fee permohonan b. Satu pelan menurut skala yang betul c. Kelulusan mana-mana pihak Perancang Pembangunan d. Keizinan bertulis dalam perenggan (e) e. Keizinan bertulis terhadap permohonan untuk tuanpunya bersama Pecah Tanah oleh Pemegang Syer Majoriti dan Pemegang Minoriti S.141A  pindaan-pindaan yang membenarkan tuan tanah, pemegang minoriti untuk membuat permohonan bagi pecah bahagian tanpa mendapatkan persetujuan ...

Hak Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan Pelupusan Tanah

  Undang-undang tanah di Malaysia adalah berasaskan Sistem Torrens iaitu  pendaftaran adalah segalanya.    Pada dasarnya urusan tanah terletak dibawah bidangkuasa Kerajaan Negeri sebagai Pihak Berkuasa Negeri (PBN) seperti yang Senarai II, Jadual ke-9 Perlembagaan Persekutuan.  S.40 KTN memperuntukkan bahawa semua tanah didalam negeri dan semua galian dan batuan yang terkandung didalam tanah terletak dibawah kuasa PBN. Oleh kerana PBN mempunyai kuasa keatas tanah negeri, maka kerajaan negeri mempunyai kuasa penuh dan hak seperti yang diperuntukkan dibawah seksyen-seksyen berikut; S.40- S.50 termasuk a. mempunyai hak dalam semua harta dalam bentuk tanah b. kuasa pelupusan melalui pemberimilikkan, perizaban, pemberian lsen dan permit c. Kuasa mengenakan syarat mengenai penjenisan dan penggunaan tanah. Selain itu PBN juga mempunyai kuasa : S.130 melucuthakkan atau merampas tanah S.195 Menyerah balik tanah S.351 Perkembalian tanah kepada PBN Kuasa Pelupusan Tanah Ha...