Skip to main content

Kuasa Khas menentang Keganasan di Malaysia

Kuasa Khas menentang Perbuatan Subversif, Keganasan Terancang dan Perbuatan dan Jenayah yang memudaratkan orang awam dan Kuasa Darurat

Article 149 of Federal Constitutional stated Clause (1)  recites that action has been taken or threatened by any substantial body of persons, whether inside or outside the Federation :
(a) to cause a substantial number of citizen to fear, organised violence against person or property ; or
(b) to excite disaffection against the YDPA or Government in the Federation;
(c) to promote feelings of ill-will and hostility between different races or the classes of the population likely to cause violance;
(d) to procure the alteration, otherwise than by lawful means, of anything by law established;
(e) which is prejudicial to the maintenance or the functioning of any supply or service to the public or any class of the public in the Federation or any part thereof ;
(f) which is prejudicial to public order in, or the security of the Federation or any part thereof,

Anything of that law designed to stop or prevent that action is valid ...

Undang-undang tahanan Pencegahan dan Darurat adalah selari dengan Perkara 150 Proklamasi Darurat yang boleh dikeluarkan sebelum sebenarnya berlaku kejadian yang mengancam atau kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam didalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya jika YDPA berpuas hati bahawa kejadian sedemikian hampir berlaku.

Darurat adalah status dimana Pentadbiran negara boleh diubah dan undang-undang khas dibuat untuk menghadapi dan mengatasi ancaman-ancaman tertentu. Pengisthiran darurat dilakukan oleh YDPA jika terdapat 3 asas dilihat menggugat:
1. Keselamatan dalan negeri
2. Kehidupan sosial
3. Ketenteraman awam

Undang-undang Pencegahan Tahanan termaktub dalam perkara 149 bagi maksuf menentang tindakan yang telah diambil atau ancaman yang telah dibuat oleh SEKUMPULAN orang yang terbesar untuk menyebabkan mana-mana akibat buruk terhadap warganya, YDPA, kerajaan, kaum-kaum dan ketenteraman awam atau keselamatan negara.

Peruntukkan undang-undang yang digubal adalah sah walaupun ianya terkeluar daripada kuasa perundangan Parlimen Persekutuan dan kerajaan negeri tidak perlu dibawa berunding dalam menggubal undang-undang tersebut.  Undang-undang ini hanya terhenti berkuatkuasa jika dimansuhkan atau dibatalkan oleh Majlis Parlimen.

Akta Keselamatan dalam Negeri diperkenalkan pada 1.8.1960 memperuntukkan demi keselamatan dalam negeri Malaysia, tahanan pencegahan, perbuatan subversif, kekerasan yang terancang bagi perkara-perkara berkaitan.  

Ia adalah perintah tahanan dan tidak dibawa ke Mahkamah dan tidak melalui proses pendakwaan dan pembuktian. Undang-undangnya berupa tindakan dalam bentuk tahanan pencegahan, perintah kediaman terhad, pengawasan polis, buang negeri atau perintah pengusiran. 

Akta KDN memperuntukkan, Menteri Hal-Ehwal dalam Negeri diberi kuasa luas menahan sesiapa sahaja... bagi maksud pencegahan daripada bertindak dengan memudaratkan keselamatan Malaysia.

Kuasa pegawai-pegawai polis menangkap dan menahan untuk maksud penyiasatak selama tempoh 60 hari sesiapa yang disyaki... dengan  memudaratkan keselamatan. 

Pada 15.9.2011, Akta Keselamatan Dalam Negeri dimansuhkan ditukar kepada Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas ) 2012 SOSMA .  SOSMA digubal untuk membendung aktiviti seseorang atau kumpulan yang mahu mengguling atau melemahkan negara, apatah lagi dunia hari ini berhadapan dengan ancaman-ancaman baru yang merentas sempadan. 

10 fakta penting yang perlu anda tahu tentang SOSMA:
1. Seorang pegawai polis boleh, tanpa waran, menangkap dan menahan mana-mana pihak yang berkenaan dengannya jika dipercayai terlibat dalam kesalahan keselamatan.

2. Seseorang yang ditangkap hendaklah dimaklumkan dengan seberapa segera yang boleh, mengapa dia ditangkap.

3. Tiada seorang pun boleh ditangkap dan ditahan di bawah seksyen ini semata-mata atas kepercayaan politiknya atau aktiviti politiknya.

4. Pihak yang ditangkap boleh ditahan selama 24 empat jam bagi tujuan penyiasatan. 

5. Polis boleh melanjutkan tempoh tahanan untuk tempoh yang tidak lebih daripada 28 hari.

6. Peranti pengawasan elektronik boleh dipasangkan pada tertuduh yang dilepaskan.

7. Jaminan tidak boleh diberikan kepada seseorang yang dipertuduh atas kesalahan keselamatan.

8. Semua kesalahan keselamatan hendaklah dibicarakan oleh Mahkamah Tinggi.

9. Semasa perbicaraan, Mahkamah tidak boleh memerintahkan Pendakwa Raya mengemukakan apa-apa maklumat yang dianggap sensitif dan memudaratkan keselamatan atau kepentingan negara.

10. Seseorang tertuduh yang dipenjarakan di bawah seksyen ini, hendaklah ditahan sehingga semua rayuan dibereskan.

Comments

Popular posts from this blog

Pemberimilikkan Tanah

 S.76  KTN memberikan maksud pemberimilikkan adalah suatu pelupusan tanah kerajaan oleh PBN sama ada untuk :      (a) tempoh tidak melebihi 99 tahun      (b) buat selama-lamanya  Pegangan tanah terdiri daripada dua (2) jenis  :      a. pegangan kekal (freehold)      b. Pegangan bertempoh (leasehold) PBN diberikan kuasa untuk menentukan bentuk pegangan sama ada hakmilik  freehold atau leasehold bergantung kepada syarat-syarat pelupusan tanah yang akan dikenakan dan terikat status tersebut dan tidak mudah untuk diubah  atau ditukar sewenang-wenangnya. Hak milik terbahagi kepada dua :   1          Hak milik Pejabat Pendaftaran – iaitu hak milik yang dibuat melalui Pejabat Pengarah Tanah dan Galian di peringkat negeri. Hak milik jenis ini adalah untuk tanah bandar dan tanah pekan; lot tanah desa melebihi 4 hektar;dan bahagian pinggir laut atau dasar laut. 2.  ...

Pecah Bahagian Tanah ,Sempadan Tanah dan Menyatukan Tanah

Pecah bahagian ialahn satu proses yangn membolehkan mana-mana sebidang tanah bermilik yang dimiliki oleh dua (2) orang atau lebih pemilik bersama dipecah bahagian untuk membolehkan setiap pihak memperolehi kuasa keatas tanah berkenaan dibawah hakmilik yang berasingan.  Pernohonan dan syarat-syarat tertakluk kepada kelulusan Pengarah Negeri dan Pentadbir Tanah dibawah S.41 KTN. Permohonan Pecah Bahagian S.142  kelulusan permohan pecah sebahagian mana-mana tanah perlu dikemukakan secara bertulis menggunakan Borang 9B dan disertai oleh perkara-perkara berikut: a. fee permohonan b. Satu pelan menurut skala yang betul c. Kelulusan mana-mana pihak Perancang Pembangunan d. Keizinan bertulis dalam perenggan (e) e. Keizinan bertulis terhadap permohonan untuk tuanpunya bersama Pecah Tanah oleh Pemegang Syer Majoriti dan Pemegang Minoriti S.141A  pindaan-pindaan yang membenarkan tuan tanah, pemegang minoriti untuk membuat permohonan bagi pecah bahagian tanpa mendapatkan persetujuan ...

Hak Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan Pelupusan Tanah

  Undang-undang tanah di Malaysia adalah berasaskan Sistem Torrens iaitu  pendaftaran adalah segalanya.    Pada dasarnya urusan tanah terletak dibawah bidangkuasa Kerajaan Negeri sebagai Pihak Berkuasa Negeri (PBN) seperti yang Senarai II, Jadual ke-9 Perlembagaan Persekutuan.  S.40 KTN memperuntukkan bahawa semua tanah didalam negeri dan semua galian dan batuan yang terkandung didalam tanah terletak dibawah kuasa PBN. Oleh kerana PBN mempunyai kuasa keatas tanah negeri, maka kerajaan negeri mempunyai kuasa penuh dan hak seperti yang diperuntukkan dibawah seksyen-seksyen berikut; S.40- S.50 termasuk a. mempunyai hak dalam semua harta dalam bentuk tanah b. kuasa pelupusan melalui pemberimilikkan, perizaban, pemberian lsen dan permit c. Kuasa mengenakan syarat mengenai penjenisan dan penggunaan tanah. Selain itu PBN juga mempunyai kuasa : S.130 melucuthakkan atau merampas tanah S.195 Menyerah balik tanah S.351 Perkembalian tanah kepada PBN Kuasa Pelupusan Tanah Ha...